backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Singulair

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/11/2022

Kegunaan

Apakah kegunaan Singulair® (montelukast)?

Singulair® adalah perencat leukotriena. Leukotriena merupakan bahan kimia yang dibebaskan oleh badan anda apabila anda bernafas dalam kawasan alergen (seperti debunga). Bahan kimia ini menyebabkan bengkak pada paru-paru anda dan pengetatan otot di sekitar saluran pernafasan anda, yang boleh mengakibatkan gejala asma.

Singulair® digunakan untuk mencegah serangan asma pada orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 bulan. Singulair® juga digunakan untuk mencegah bronchospasm yang disebabkan oleh senaman pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya 6 tahun.

Singulair® juga digunakan untuk merawat gejala alahan sepanjang tahun pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur sekurang-kurangnya enam bulan. Ia juga digunakan untuk merawat gejala alahan bermusim pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur sekurang-kurangnya dua tahun.

Singulair juga digunakan untuk mencegah bronkokonstriksi yang disebabkan oleh senaman (penyempitan saluran udara di paru-paru) pada orang dewasa dan remaja yang berusia sekurang-kurangnya 15 tahun dan belum mengambil ubat ini untuk keadaan yang lain.

Bagaimanakah saya harus mengambil Singulair®?

Ambil Singulair® sama seperti yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Singulair® biasanya diambil sekali sehari pada waktu petang untuk pencegahan gejala asma atau alergi. Untuk bronkokonstriksi yang disebabkan oleh senaman, ambil dos tunggal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda bersenam, dan jangan ambil dos lain sekurang-kurangnya 24 jam. Ikut arahan doktor anda.

Singulair® bukan ubat penyelamat. Ia tidak akan berfungsi dengan cepat untuk merawat serangan asma. Gunakan hanya ubat penyedutan yang bertindak pantas untuk serangan asma. Beritahu doktor anda jika nampaknya ubat asma anda tidak berfungsi juga.

Menelan tablet secara tetap, dengan segelas air.

Tablet Singulair® yang perlu dikunyah mestilah dikunyah sepenuhnya sebelum anda menelannya.

Granul oral boleh diletakkan terus ke dalam mulut dan ditelan, atau dicampur dengan epal, lobak, nasi, atau aiskrim. Granul oral juga boleh dicampur dengan 1 sudu teh susu formula atau susu ibu. Jangan gunakan sebarang jenis cecair lain untuk mencampurkan granul. Cecair lain boleh diambil sebelum atau selepas mengambil ubat.

Selepas membuka atau mencampurkan granul oral, anda mesti menggunakannya dalam masa 15 minit. Jangan simpan paket terbuka atau ubat yang telah dicampurkan untuk kegunaan kemudian.

Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum gejala anda bertambah baik. Teruskan menggunakan Singulair® seperti yang diarahkan dan beritahu doktor anda jika gejala anda tidak bertambah baik selepas beberapa minggu rawatan.

Jika anda juga mengambil ubat asma steroid, jangan berhenti menggunakannya secara tiba-tiba tanpa terlebih dahulu berbincang dengan doktor anda. Anda mungkin perlu menggunakan secara berkurangan berperingkat sebelum anda menghentikan pengambilan ubat tersebut sepenuhnya.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Singulair®?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Singulair® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Singulair atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Tablet yang boleh dikunyah mungkin mengandungi phenylalanine. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil dalam bentuk ini jika anda mempunyai phenylketonuria (PKU).

Singulair® tidak dijangka akan membahayakan kesihatan bayi yang belum lahir. Beritahu doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil semasa rawatan.

Tidak diketahui sama ada Singulair® boleh meresapi ke dalam susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang sedang menyusu. Beritahu doktor anda jika anda sedang menyusukan bayi.

Elakkan situasi atau aktiviti yang boleh mencetuskan serangan asma. Sekiranya gejala asma anda semakin teruk apabila anda mengambil aspirin, elakkan mengambil aspirin atau NSAID lain (ubat anti-radang nonsteroid) semasa anda mengambil Singulair®. NSAID termasuk ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, meloxicam, dan lain-lain.

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Singulair®?

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Demam atau gejala selesema lain
  • Gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit sinus, batuk, sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kencing malam atau kehilangan kawalan pundi kencing pada kanak-kanak

Hubungi doktor anda jika anda mempunyai:

  • Perubahan luar biasa dalam mood atau tingkah laku
  • Ruam kulit, lebam, kesakitan yang teruk, kebas, kelemahan otot
  • Sakit telinga, bengkak, atau hangat
  • Reaksi kulit yang teruk – demam, sakit tekak, bengkak di muka atau lidah anda, sakit mata, sakit kulit, diikuti dengan ruam kulit merah atau ungu yang merebak (terutamanya di muka atau bahagian atas badan) dan menyebabkan melepuh serta mengelupas

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alergi kepada Singulair®: gatal -gatal; kesukaran untuk bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Singulair®?

Singulair® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas Singulair®, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Singulair®?

Singulair® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Singulair®?

Singulair® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan Singulair® adalah:

  • Asma
  • Sejarah reaksi alergi yang teruk terhadap aspirin

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Singulair®.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Asma

Singulair® perlu diambil sekali sehari pada waktu petang.

Bagi orang dewasa dan remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg.

Bronchoconstriction-Exercise-Induced (EIB)

Untuk pencegahan EIB, dos tunggal Singulair® perlu diambil sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bersenam.

Bagi orang dewasa dan remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg.

Alergi Rhinitis

Untuk alergi rhinitis, Singulair® perlu diambil sekali sehari. Keberkesanan telah ditunjukkan untuk alergi rhinitis bermusim apabila montelukast diambil pada waktu pagi atau petang tanpa mengambil kira masa penghadaman makanan.  Masa pengambilan boleh disesuaikan mengikut keperluan pesakit.

Untuk rawatan gejala alergi rhinitis bermusim untuk orang dewasa dan remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg.

Untuk rawatan gejala alergi rhinitis perineal dari orang dewasa dan remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg.

Asma dan alergi rhinitis

Pesakit yang mempunyai kedua-dua asma dan alergi rhinitis perlu mengambil hanya satu dos Singulair® setiap hari pada waktu petang.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Asma

Singulair® perlu diambil sekali sehari pada waktu petang. Dos berikut disyorkan:

  • Bagi remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg
  • Bagi pesakit kanak-kanak 6 hingga 14 tahun: satu tablet 5 mg boleh dikunyah
  • Bagi pesakit kanak-kanak 2 hingga 5 tahun: satu tablet 4 mg boleh dikunyah atau satu bungkus 4-mg granul oral
  • Bagi pesakit kanak-kanak 12 hingga 23 bulan: satu paket 4 gram granul oral
  • Keselamatan dan keberkesanan dalam pesakit kanak-kanak kurang daripada 12 bulan dengan asma masih belum disahkan

Bronchoconstriction-Exercise-Induced (EIB)

  • Untuk pencegahan EIB, dos tunggal Singulair® perlu diambil sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bersenam. Dos berikut disyorkan:
    • Bagi remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg
    • Bagi pesakit kanak-kanak 6 hingga 14 tahun: satu tablet 5 mg boleh dikunyah

Alergi Rhinitis

  • Untuk alergi rhinitis, Singulair® perlu diambil sekali sehari. Keberkesanan telah ditunjukkan untuk alergi rhinitis bermusim apabila montelukast diambil pada waktu pagi atau petang tanpa mengambil kira masa penghadaman makanan. Masa pengambilan boleh disesuaikan mengikut keperluan pesakit
  • Dos yang berikut untuk rawatan gejala alergi rinitis bermusim yang disyorkan:

    • Bagi remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg
    • Bagi pesakit kanak-kanak 6 hingga 14 tahun: satu tablet 5 mg boleh dikunyah
    • Bagi pesakit kanak-kanak 2 hingga 5 tahun: satu tablet 4 mg boleh dikunyah atau satu bungkus 4-mg granul oral
    • Keselamatan dan keberkesanan pada pesakit kanak-kanak yang berusia lebih muda dari 2 tahun dengan alergi rhinitis bermusim masih belum disahkan

    Dos yang berikut untuk rawatan gejala alergi rhinitis perinial yang disyorkan:

    • Bagi remaja berumur 15 tahun ke atas: satu tablet 10 mg
    • Bagi pesakit kanak-kanak 6 hingga 14 tahun: satu tablet 5 mg boleh dikunyah
    • Bagi pesakit kanak-kanak 2 hingga 5 tahun: satu tablet 4 mg boleh dikunyah atau satu bungkus 4-mg granul oral
    • Bagi pesakit kanak-kanak 6 hingga 23 bulan: satu paket 4 gram granul oral
    • Keselamatan dan keberkesanan dalam pesakit kanak-kanak yang berusia lebih muda dari 6 bulan dengan alergi rhinitis perinial masih belum disahkan

    Asma dan alergi rhinitis

    Pesakit yang mempunyai kedua-dua asma dan rinitis rhinitis perlu mengambil hanya satu dos Singulair® setiap hari pada waktu petang.

    Apakah bentuk ketersediaan Singulair® (montelukast)?

    Singulair® (montelukast) boleh didapati dalam bentuk:

    • Tablet, tablet yang boleh dikunyah, granul oral: montelukast natrium 4 mg

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan