Sangobion

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Nama AM: Sangobion Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan sangobion®?

Sangobion® biasanya digunakan untuk:

  • Anemia kekurangan zat besi
  • Anemia semasa pertumbuhan, kehamilan, pemulihan, dan penuaan
  • Anemia megaloblastik dan makrocytic hyperchromic
  • Anemia penghadaman
  • Prophylaxis terhadap anemia dalam penderma darah
  • Anemia kekurangan zat besi pada kanak-kanak
  • Kekurangan zat besi dan vitamin B-kompleks yang terkandung dalam sirap semasa tempoh pembesaran
  • Kekurangan zat besi selepas kehilangan darah, penyakit kronik, dan semasa pemulihan

Bagaimanakah saya harus mengambil Sangobion®?

Ambil melalui oral dan seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau mengikut arahan yang dicetak pada  produk.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Sangobion®?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Sangobion® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Sangobion®  atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Sangobion®?

Seperti semua persediaan zat besi, najis boleh menjadi hitam selepas mengambil Sangobion® kerana kandungan besi dalam sirap. Begitu juga, kandungan vitamin B2 boleh menyebabkan air kencing berubah menjadi kuning. Fenomena ini adalah tidak berbahaya.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Sangobion®?

Sangobion® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adalah tidak digalakkan untuk mengambil antibiotik Sangobion® dan tetracycline pada masa yang sama kerana persediaan ini bertindak balas antara satu sama lain.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Sangobion®?

Sangobion® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Sangobion® ?

Sangobion® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Sangobion®.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Kapsul

Dos yang disyorkan adalah 1-2 caps setiap hari semasa atau selepas makan, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh doktor.

Sirap

Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh doktor, kanak-kanak diberi 1 sudu teh setiap hari untuk mencegah kekurangan besi dan vitamin B-kompleks yang terdapat dalam penyediaannya.

Untuk merawat kekurangan zat besi yang ditentukan oleh doktor, 3-6 sudu teh diambil setiap hari.

Dos harian akan bergantung kepada tahap kekurangan zat besi dalam setiap kes dan usia kanak-kanak.

Rawatan perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga kiraan sel darah merah dan kandungan besi dalam darah telah kembali normal.

Sirap Sangobion® disediakan terutamanya untuk kanak-kanak dan untuk orang yang mengalami kesukaran untuk menelan tablet. Sirap perlu diambil selepas makan.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Titisan: Kanak-kanak ≥ 1 tahun: 1.2 mL setiap hari, 6-12 bulan: 1 mL setiap hari.

Apakah bentuk ketersediaan Sangobion®?

Sangobion® boleh didapati dalam bentuk :

  • Caplet 100 mg
  • Sirap 100 ml
  • Titisan oral 15 ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 20, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 20, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut