Sambucol Cold & Flu Nighttime

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Nama AM: Sambucol Cold & Flu Nighttime Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Sambucol® Cold & Flu Nighttime biasanya digunakan untuk melegakan simptom selesema dan flu sementara memberikan tidur malam yang nyenyak, seperti kesesakan sinus, batuk, sakit badan & kesakitan, demam & menggigil, sakit tekak, sukar untuk tidur dan sakit kepala.

Bagaimanakah saya perlu ambil Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Untuk bentuk yang diambil secara oral, anda harus:

  • Ambil Sambucol Cold & Flu Nighttime dengan mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda mengenai: dos, jadual
  • Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pesakit harus menggunakan pada tanda pertama simptom selesema atau flu dan terus digunakan untuk tambahan 48 jam selepas gejala menurun
  • Baca label dengan teliti sebelum menggunakan Sambucol Cold & Flu Nighttime
  • Rujuk doktor anda untuk sebarang maklumat mengenai label yang anda tidak faham dengan jelas

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan ubatan ini di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama ubatan ini yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang ubatan ini ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubatan ini atau ubat-ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah Sambucol® Cold & Flu Nighttime selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan  Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Petanda sor tekak
  • Sakit atau sor tekak yang teruk atau berterusan disertai dengan demam panas yang tinggi, sakit kepala, loya, dan muntah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Ubatan ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Ubatan ini mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ianya berfungsi ataupunmeningkat  kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Ubatan ini akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Sambucol® Cold & Flu Nighttime.

Apakah dos Sambucol® Cold & Flu Nighttime yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos yang disyorkan untuk orang dewasa adalah 1 hidangan (10 ml), ulang setiap tiga jam sehingga gejala hilang.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pesakit harus menggunakan pada tanda pertama simptom selesema atau flu dan terus digunakan untuk tambahan 48 jam selepas simptom menurun.

Apakah dos Sambucol® Cold & Flu Nighttime yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun adalah 1 hidangan (10 ml), ulang setiap tiga jam sehingga gejala hilang.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pesakit harus menggunakan pada tanda pertama simptom selesema atau flu dan terus digunakan untuk tambahan 48 jam selepas simptom menurun.

Apakah bentuk ketersediaan Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Sambucol® Cold & Flu Nighttime boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Sirap mengandungi Bryonia 6X, Chamomilla 6X, Gelsemium Sempervirens 6X, 12X, 30X, Passiflora Incarnata 6X, Sambucus Nigra 4X, 6X, Silicea 12X, Sulphur 12X, Zincum Gluconicum 3X, Air USP QS dalam 1 ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos Sambucol® Cold & Flu Nighttime?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos ubatan ini, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 16, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut