Robitussin (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Nama AM: Robitussin (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema) Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apakah kegunaan Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selsema)biasanya digunakan untuk:

  • Kelegaan sementara simptom-simptom ini dengan selesema atau flu, iaitu:
  • Batuk disebabkan oleh iritasi bronkial dan tekak yang minor
  • Hidung tersumbat
  • Hidung sesak atau tersumbat
  • Sinus dalam tekanan dan sesak atau tersumbat
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Mengurangkan demam panas sementara
  • Membantu melembutkan kahak (lendir) dan rembesan bronkial tipis untuk mengalirkan tiub bronkial dan membuat batuk lebih produktif

Bagaimanakah saya perlu ambil Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Jangan mengambil lebih daripada enam dos dalam mana-mana tempoh 24 jam. Jangan melebihi dos yang disyorkan. Mengambil lebih daripada dos yang disyorkan (berlebihan) boleh menyebabkan kerosakan hati yang serius.

Ukur hanya dengan cawan dos yang disediakan. Simpan cawan dos dengan produk. Produk dewasa ini tidak digunakan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan ubatan ini di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama ubatan ini yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang ubatan ini ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubatan ini atau ubat-ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Amaran alahan: acetaminophen boleh menyebabkan reaksi kulit yang teruk. Gejala mungkin termasuk:

  • Kulit kemerahan
  • Lepuh
  • Ruam

Jika tindak balas kulit berlaku, hentikan penggunaan dan dapatkan rawatan segera.

Jika sakit tekak teruk, berterusan selama lebih dari 2 hari, disertai atau diikuti oleh demam, sakit kepala, ruam, mual, atau muntah, dapatkan segera bantuan doktor.

Jangan gunakan:

  • jika anda kini mengambil preskripsi monoamine oxidase prescription (MAOI) (ubat tertentu untuk kemurungan, psikiatri, atau keadaan emosi, atau penyakit Parkinson), atau selama dua minggu selepas menghentikan ubat MAOI. Jika anda tidak tahu jika ubat preskripsi anda mengandungi MAOI, tanya doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil produk ini; dan
  • bersama ubat lain yang mengandungi acetaminophen (preskripsi atau bukan preskripsi). Jika anda tidak pasti sama ada ubatan mengandungi acetaminophen tanyakan doktor atau ahli farmasi

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Hentikan penggunaan dan tanya doktor jika:

  • Anda mendapat gelisah, pening, atau tidak cukup tidur
  • Kesakitan, batuk, atau kesesakan hidung menjadi lebih buruk atau bertahan lebih daripada 7 hari
  • Demam menjadi lebih teruk atau bertahan lebih daripada 3 hari
  • Kemerahan atau bengkak muncul
  • Simptom baru berlaku
  • Batuk kembali atau berlaku dengan ruam atau sakit kepala yang berlanjutan. Ini mungkin tanda-tanda keadaan yang serius

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Ubatan ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Ubatan ini mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ianya berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Ubatan ini akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema).

Apakah dos Robitussin® Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos yang direkomendasi ialah 20 ml setiap 4 jam.

Apakah dos Robitussin® Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Dos yang disyorkan ialah 20 ml setiap 4 jam.

Kanak-kanak di bawah 12 tahun: jangan gunakan.

Apakah bentuk ketersediaan Robitussin® Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)

Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Cecair

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos Robitussin® (Formulasi Cecair bagi Kombinasi Batuk / Selesema)?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos ubatan ini, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Ogos 15, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 15, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut