Rexulti

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Rexulti Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Rexulti?

Rexulti® adalah sejenis ubat antipsikotik. Ia berfungsi dengan mengubah tindakan bahan kimia di dalam otak.

Rexulti® digunakan untuk merawat gejala skizofrenia.

Rexulti® juga digunakan bersama dengan ubat-ubatan lain untuk merawat gangguan kemurungan pada orang dewasa.

Bagaimanakah kegunaan Rexulti?

Ambil Rexulti® betul-betul seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan mengubah dos anda. Jangan gunakan ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Anda boleh mengambil ubat ini dengan atau tanpa makanan.

Minum banyak air, terutamanya dalam cuaca panas dan semasa bersenam. Anda boleh mudah mendapat dehidrasi semasa mengambil Rexulti®.

Anda tidak boleh berhenti menggunakan Rexulti® secara tiba-tiba. Hal ini boleh menjadikan keadaan anda lebih teruk.

Rexulti® boleh menyebabkan anda mengalami kadar gula dalam darah yang tinggi (hyperglycemia). Sekiranya anda menghidap diabetes, periksa paras gula dalam darah secara berkala semasa anda mengambil ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan Rexulti?

Rexulti® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Rexulti®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Rexulti® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Rexulti®  ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Rexulti?

Sebelum mengambil Rexulti®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Rexulti® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Rexulti® tidak diluluskan untuk digunakan dalam keadaan psikotik yang berkaitan dengan demensia. Rexulti® boleh meningkatkan risiko kematian pada orang dewasa yang lebih tua dengan keadaan yang berkaitan dengan demensia.

Anda tidak boleh menggunakan Rexulti® jika anda alah kepada brexpiprazole.

Untuk memastikan Rexulti® selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika anda mempunyai:

  • Penyakit hati.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Kadar kolesterol atau trigliserida tinggi (sejenis lemak dalam darah).
  • Penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau rendah.
  • Sejarah sel darah putih (WBC) rendah.
  • Sejarah serangan jantung atau strok.
  • Sejarah sawan, kecederaan kepala atau tumor otak.
  • Sejarah peribadi atau sejarah keluarga dengan kencing manis atau kandungan gula dalam darah yang tinggi.
  • Masalah menelan.

Sesetengah orang muda berfikir tentang membunuh diri ketika mula-mula mengambil antidepresan. Doktor anda perlu menyemak kemajuan anda pada lawatan temujanji berkala. Keluarga atau penjaga anda juga perlu berjaga-jaga terhadap perubahan dalam mood atau gejala anda.

Adakah selamat untuk mengambil Rexulti semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan terhadap Rexulti®: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Dos yang tinggi atau penggunaan Rexulti® untuk jangka panjang  boleh menyebabkan gangguan pergerakan yang serius yang mungkin tidak dapat dibalikkan. Gejala gangguan ini termasuklah pergerakan otot yang tidak dapat dikawal di bahagian bibir, lidah, mata, muka, lengan, atau kaki anda. Semakin lama anda mengambil Rexulti, semakin besar kemungkinan anda akan mengalami gangguan pergerakan yang serius. Risiko kesan sampingan ini lebih tinggi pada wanita dan orang dewasa yang lebih tua.

Laporkan gejala baru atau yang lebih teruk kepada doktor anda, seperti perubahan mood atau tingkah laku, kebimbangan, serangan panik, susah tidur, atau jika anda merasa impulsif, mudah marah, gelisah, berdendam, agresif, gelisah, hiperaktif (mental atau fizikal), lebih tertekan, atau berfikir tentang bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Gangguan fikiran yang teruk, rasa tertekan, atau gelisah.
  • Rasa pusing, seperti anda mungkin pitam.
  • Masalah menelan.
  • Rasa hangat, tidak tahan panas.
  • Fikiran tentang bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
  • Pergerakan otot yang terketar-ketar atau tidak terkawal.
  • Sawan (kejang).
  • Gula dalam darah yang tinggi – peningkatan rasa dahaga, peningkatan air kencing, kelaparan, mulut kering,  nafas berbau manis buah, mengantuk, kulit kering, penurunan berat badan.
  • Bilangan sel darah rendah – keletihan secara tiba-tiba atau rasa sakit, demam, menggigil, sakit tekak, gusi bengkak, luka mulut yang menyakitkan, gusi merah atau bengkak, luka kulit, gejala flu atau selesema, batuk, gangguan pernafasan.
  • Tindak balas sistem saraf yang teruk – otot yang sangat kaku (tegang), demam bersuhu tinggi, berpeluh, kekeliruan, degupan jantung yang cepat atau tidak sekata, terketar-ketar, rasa seperti anda mungkin pitam.

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Berat badan bertambah.
  • Rasa gelisah atau tidak dapat duduk dengan tenang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Rexulti?

Rexulti® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Sesetengah produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Ubat antibiotik atau antikulat
  • Antidepresan
  • Ubat antiviral untuk merawat hepatitis C atau HIV
  • Ubat irama jantung
  • Ubat sawan

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Rexulti?

Rexulti® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Rexulti?

Rexulti® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Rawatan Adjunktif untuk Gangguan kemurungan major

Dos permulaan yang disyorkan untuk Rexulti® sebagai rawatan adjunktif adalah 0.5 mg atau 1 mg sekali sehari, diambil secara oral dengan atau tanpa makanan.

Titratkan menjadi 1 mg sekali sehari, kemudian naikkan sehingga sasaran dos 2 mg sekali sehari. Peningkatan dos perlu dilakukan selang seminggu berdasarkan tindak balas klinikal dan toleransi pesakit. Maksimum dos harian yang disyorkan ialah 3 mg. Penilaian perlu dilakukan secara berkala untuk menentukan keperluan yang berterusan dan dos yang sesuai untuk rawatan.

Rawatan untuk Skizofrenia

Dos permulaan yang disyorkan untuk Rexulti® adalah 1 mg sekali sehari pada Hari pertama hingga hari keempat, diambil secara oral dengan atau tanpa makanan.

Dos sasaran yang disyorkan untuk Rexulti® adalah 2 mg hingga 4 mg sekali sehari. Titratkan kepada 2 mg sekali sehari pada Hari kelima hingga Hari 7 ketujuh, kemudian kepada 4 mg pada Hari kelapan berdasarkan tindak balas dan toleransi klinikal pesakit. Dos maksimum harian yang disyorkan adalah 4 mg.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Rexulti®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet: brexpiprazole 0.25 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil Rexulti®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.