Restoril

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Restoril Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Restoril?

Restoril® adalah benzodiazepine. Temazepam memberi kesan kepada bahan kimia dalam otak yang mungkin tidak seimbang pada orang yang mengalami masalah tidur (insomnia).

Restoril® digunakan untuk merawat gejala-gejala insomnia, seperti masalah untuk tidur atau masalah untuk tidur nyenyak.

Restoril® berfungsi dengan melambatkan sistem saraf pusat (otak), menyebabkan rasa mengantuk yang membantu pesakit tertidur.

Bagaimanakah kegunaan Restoril?

Ambil Restoril® tepat seperti yang ditetapkan untuk anda. Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan gunakan Restoril® dalam jumlah yang lebih besar, atau lebih lama daripada yang ditetapkan. Beritahu doktor anda jika ubat itu seolah-olah tidak berfungsi dalam merawat gejala anda.

Temazepam mungkin boleh membentuk tabiat ketagihan. Jangan sekali-kali berkongsi ubat ini dengan orang lain, terutamanya seseorang yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah atau ketagihan. Simpan Restoril® di tempat yang tidak dapat diambil oleh orang lain.

Anda tidak sepatutnya berkongsi ubat ini dengan orang lain yang mempunyai gejala yang sama.

Penyalahgunaan ubat yang membentuk tabiat boleh menyebabkan ketagihan, pengambilan secara berlebihan, atau kematian. Menjual atau memberi ubat ini sesuka hati adalah bertentangan dengan undang-undang.

Ambil Restoril® hanya apabila anda sudah bersiap untuk tidur beberapa jam. Anda mungkin tertidur dengan cepat selepas mengambil ubat.

Jangan mengambil temazepam melainkan jika anda dapat tidur sepenuh malam sebelum anda perlu aktif semula.

Ubat ini boleh menyebabkan keputusan yang luar biasa dengan ujian perubatan tertentu. Beritahu doktor yang merawat anda bahawa anda sedang menggunakan temazepam.

Restoril® harus digunakan untuk masa yang singkat bagi merawat insomnia. Hubungi doktor anda jika gejala anda tidak bertambah baik selepas 7 hingga 10 malam rawatan, atau jika ubat ini tidak berkesan dalam membantu anda tidur dan kekal tidur.

Jangan berhenti menggunakan Restoril® secara tiba-tiba selepas penggunaan jangka panjang, atau anda mungkin mengalami gejala ketagihan yang tidak menyenangkan. Gejala insomnia anda juga boleh kembali apabila anda berhenti menggunakan ubat tersebut. Tanya doktor anda bagaimana untuk berhenti mengambil temazepam dengan selamat.

Catat jumlah ubat yang digunakan dari setiap botol baru. Temazepam adalah ubat cenderung untuk penyalahgunaan dan anda perlu sedar jika ada sesiapa yang menggunakan ubat anda dengan tidak betul atau tanpa preskripsi.

Bagaimana saya menyimpan Restoril?

Restoril® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Restoril®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Restoril® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Restoril® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Restoril?

Sebelum mengambil Restoril®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Restoril® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Untuk memastikan Restoril® selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika anda mempunyai:

  • Asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), atau gangguan pernafasan yang lain.
  • Penyakit buah pinggang atau hati.
  • Sejarah kemurungan atau pemikiran atau tingkah laku bunuh diri.
  • Sejarah ketagihan dadah atau alkohol.
  • Anda menggunakan narkotik (opioid) Restoril®.

Jangan gunakan Restoril® jika anda sedang mengandung atau mungkin hamil. Ubat ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Bayi anda juga boleh ketagih kepada dadah. Ini boleh menyebabkan gejala ketagihan yang mengancam nyawa pada bayi selepas ia dilahirkan. Bayi baru lahir yang bergantung kepada ubat yang membentuk tabiat ketagihan mungkin memerlukan rawatan perubatan selama beberapa minggu. Beritahu doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil. Gunakan kawalan kelahiran yang berkesan untuk mengelakkan kehamilan semasa anda mengambil Restoril®.

Temazepam boleh mengalir ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi yang menyusu. Anda tidak sepatutnya menyusu badan semasa menggunakan ubat ini.

Kesan sedatif temazepam mungkin bertahan lebih lama pada orang dewasa yang lebih tua. Kejatuhan tidak sengaja adalah biasa dalam kalangan pesakit tua yang mengambil benzodiazepine. Gunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan terjatuh atau kecederaan yang tidak disengajakan semasa anda mengambil Restoril®.

Restoril® tidak diluluskan untuk kegunaan sesiapa yang berusia di bawah 18 tahun.

Adakah selamat untuk mengambil Restoril semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori X dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko.
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian.
  • C = Mungkin ada risiko.
  • D = Bukti positif risiko.
  • X = Tidak boleh sama sekali.
  • N = Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Restoril® boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Berhenti mengambil Restoril® dan dapatkan bantuan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alergi terhadap temazepam: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Sesetengah orang yang mengambil ubat ini dan melakukan aktiviti seperti memandu, makan, atau membuat panggilan telefon namun mereka kehilangan memori terhadap aktiviti yang mereka lakukan. Jika ini berlaku kepada anda, hentikan mengambil Restoril® dan bercakap dengan doktor anda tentang rawatan lain untuk gangguan tidur anda.

Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai:

  • Kekeliruan, pergolakan emosi, permusuhan, halusinasi.
  • Kegelisahan, masalah ingatan.
  • Emosi yang tertekan.
  • Fikiran untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Rasa mengantuk atau “hangover” pada waktu siang.
  • Sakit kepala.
  • Pening, keletihan.
  • Loya.
  • Rasa takut.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Restoril?

Restoril® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Restoril?

Restoril® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Restoril?

Restoril® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa biasa untuk Insomnia:

7.5 hingga 30 mg secara oral sekali sehari pada waktu tidur

Dalam insomnia sementara, dos 7.5 mg mungkin mencukupi untuk meningkatkan latensi tidur.

Dalam pesakit tua atau lemah, terapi perlu dimulakan pada 7.5 mg sehingga respon individu ditentukan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Restoril®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul: temazepam 7.5 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil Restoril®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda