Nama AM: Restasis Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Restasis?

Ubat titik mata Restasis® mengandungi Cyclosporine yang merupakan imunosupresan.

Cyclosporine dapat meningkatkan pengeluaran air mata yang telah dikurangkan disebabkan keradangan dalam mata.

Ubat titik mata Restasis® digunakan untuk merawat mata kering kronik yang mungkin disebabkan oleh keradangan.

Emulsi oftalmik Restasis®  juga boleh digunakan untuk merawat penyakit mata yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Restasis?

Gunakan ubat titis mata Restasis® dengan betul seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan gunakan ubat titis mata dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Dos biasa ialah 1 titis dalam setiap mata dua kali sehari. Gunakan ubat titis mata Restasis® (kira-kira) setiap 12 jam .

Baca semua maklumat untuk pesakit, panduan ubat-ubatan, dan lembaran arahan yang diberikan kepada anda. Tanya doktor atau ahli farmasi jika ada soalan.

Basuh tangan anda sebelum menggunakan ubat titis mata.

Untuk meletakkan ubat titis mata:

  • Pusing botol ubat ke atas dan bawah beberapa kali untuk mencampurkan ubat dengan lembut. Ubat titik mata Restasis® sepatutnya kelihatan berwarna putih.
  • Dongakkan kepala anda ke belakang sedikit dan tarik kelopak mata bawah anda untuk membuat poket kecil. Pegang botol ubat di atas mata dengan muncungnya mengarah ke bawah. Lihat ke atas, menjauhi muncung ubat lalu tekan setitik ubat keluar.
  • Tutup mata anda selama 2 atau 3 minit dengan kepala anda memandang ke bawah, tanpa berkelip. Tekan jari anda dengan perlahan di sudut mata selama kira-kira 1 minit, untuk memastikan cecair tidak mengalir ke dalam saluran air mata anda.
  • Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum menggunakan air mata tiruan, atau apa-apa titisan mata lain yang telah diberikan oleh doktor anda.

Jangan sentuh hujung botol ubat mata (penitis) atau meletakkannya terus pada mata anda. Penitis yang tercemar boleh menjangkiti mata anda, yang boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius.

Jangan gunakan ubat titis jika cecair telah berubah warna atau mempunyai zarah di dalamnya. Hubungi ahli farmasi anda untuk mendapatkan ubat baru.

Setiap botol tunggal Restasis® adalah untuk sekali kegunaan sahaja (dalam satu atau kedua-dua mata). Buang botol selepas penggunaan, walaupun masih terdapat ubat di dalamnya.

Bagaimana saya menyimpan Restasis?

Restasis® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Restasis®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Restasis® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Restasis® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Restasis?

Sebelum mengambil Restoril®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Restasis® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Restasis semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori C dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko.
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian.
  • C = Mungkin ada risiko.
  • D = Bukti positif risiko.
  • X = Tidak boleh sama sekali.
  • N = Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Berhenti mengambil Restasis® dan dapatkan bantuan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alergi terhadap Restasis®: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Berhenti menggunakan ubat ini dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai:

  • Kesakitan mata.
  • Bengkak mata, kemerahan, ketidakselesaan yang teruk, mata berkerak atau berair (mungkin tanda jangkitan).

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • Rasa pedih atau menyengat di mata.
  • Kemerah-merahan atau gatal-gatal yang ringan.
  • Penglihatan kabur.
  • Rasa seperti ada sesuatu di dalam mata.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Restasis?

Restasis® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Restasis?

Restasis® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Restasis?

Restasis® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos dewasa biasa untuk Keratokonjunktivitis Sicca:

1 titis 2 kali sehari dalam setiap mata kira-kira setiap 12 jam

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Restasis® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Emulsi oftalmik: cyclosporine 0.5mg dalam 1mL.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil Restasis®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda