Remeron

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Remeron Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Remeron?

Remeron® digunakan untuk merawat masalah kemurungan. Remeron® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Remeron?

Remeron® biasanya diambil sekali sehari pada waktu tidur. Ikuti arahan doktor anda.

Ambil tablet biasa Remeron®  dengan air.

Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum gejala anda bertambah baik. Teruskan mengambil ubat ini seperti yang diarahkan dan beritahu doktor anda jika gejala anda tidak bertambah baik selepas empat minggu rawatan.

Jangan berhenti menggunakan Remeron® secara tiba-tiba, atau anda mungkin mengalami gejala ketagihan yang tidak menyenangkan. Tanya doktor anda bagaimana untuk berhenti menggunakan Mirtazapine dengan selamat.

Bagaimana saya menyimpan Remeron?

Remeron®  paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Remeron®  di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Remeron® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Remeron® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Remeron?

Sebelum mengambil Remeron®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Remeron® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan gunakan Remeron® jika anda telah menggunakan inhibitor MAO sejak 14 hari sebelumnya. Tindak balas ubat yang berbahaya boleh berlaku. Inhibitor MAO termasuk Isokarboxazid, Linezolid, suntikan Methylene blue, Phenelzine, Rasagiline, Selegiline, Tranylcypromine, dan lain-lain.

Sesetengah orang muda yang mengalami kemurungan berfikir tentang bunuh diri ketika mula-mula mengambil antidepresan. Doktor anda perlu menyemak progres anda pada lawatan berkala semasa anda menggunakan Remeron®. Keluarga atau penjaga anda juga perlu berjaga-jaga terhadap perubahan dalam emosi atau gejala anda.

Adakah selamat untuk mengambil Remeron semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori C dalam risiko kehamilan, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan bagi kategori risiko kehamilan oleh FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti positif risiko
  • X = Tidak boleh sama sekali
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini:

  • Rasa mamai.
  • Sedasi.
  • Sakit kepala.
  • Mulut kering.
  • Peningkatan selera makan.
  • Mimpi yang tidak normal.
  • Kekeliruan.
  • Kebimbangan.
  • Insomnia.
  • Penat.
  • Pening.
  • Terketar-ketar.
  • Hipotensi ortostatik.
  • Loya.
  • Cirit-birit.
  • Muntah.
  • Sengal otot.
  • Sakit belakang.
  • Keletihan.
  • Retensi air kencing.
  • Peningkatan kreatin kinase.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Remeron?

Remeron® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Remeron?

Remeron® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Remeron?

Remeron® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Untuk memastikan Remeron® selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika anda mempunyai:

  • Penyakit hati atau buah pinggang.
  • Glaukoma sudut sempit.
  • Gangguan bipolar (kemurungan maniak).
  • Kejang atau epilepsi.
  • Tekanan darah rendah atau pening.
  • Kolesterol atau trigliserida tinggi.
  • Penyakit jantung, termasuk angina (sakit dada).
  • Sejarah serangan jantung atau strok.
  • Sejarah penyalahgunaan dadah atau fikiran bunuh diri.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dewasa termasuk orang tua

Dos yang disyorkan ialah 15-45 mg setiap hari.

Dos permulaan: 15 atau 30 mg.

Tingkatkan sehingga dos maksima jika tindak balas tidak mencukupi.

Dos yang mencukupi harus menghasilkan tindak balas positif dalam masa 2-4 minggu. Sekiranya tidak ada respons dalam masa 2-4 minggu lagi, rawatan perlu dihentikan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Remeron®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet Remeron® 30 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil Remeron®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.