Rantudil

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Rantudil Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Rantudil?

Rantudil® biasanya digunakan untuk merawat:

  • Kesakitan selepas pembedahan.
  • Sakit dan keradangan yang berkaitan dengan sistem muskuloskeletal.
  • Gangguan sendi.
  • Ankylosing spondylitis.
  • Keadaan rheumatik.
  • Sakit selepas operasi surgikal.

Acemetacin berfungsi dengan menyekat fungsi bahan kimia yang dipanggil enzim cyclo-oxygenase (COX). Enzim-enzim ini membantu membuat bahan kimia lain dalam tubuh, yang dipanggil prostaglandin. Sesetengah prostaglandin dihasilkan di lokasi kecederaan atau kerosakan, dan menyebabkan sakit serta keradangan. Dengan menyekat fungsi enzim COX, kurang prostaglandin akan dihasilkan, dan hal ini akan mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Bagaimanakah kegunaan Rantudil?

Ambil acemetacin tepat seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Dos biasa untuk orang dewasa adalah kapsul 60 mg yang diambil dua kali sehari, sebaiknya pada waktu pagi dan petang. Sekiranya perlu, doktor anda boleh meningkatkan dos anda kepada satu kapsul tiga kali sehari.

Ambil dos anda dengan makanan ringan, atau selepas makan. Ini akan membantu melindungi perut anda dari kesan sampingan seperti ketidakcernaan.

Telan kapsul sepenuhnya dengan air minuman. Jangan mengunyah atau membuka kapsul.

Bagaimana saya menyimpan Rantudil?

Rantudil® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Rantudil® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Rantudil® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Rantudil® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Rantudil ?

Sebelum mengambil Rantudil®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Rantudil® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Ubat ini boleh menyebabkan pening, mengantuk, keletihan, dan gangguan visual, jika terjejas, jangan memandu atau mengendalikan jentera.

Adakah selamat untuk mengambil Rantudil semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Rantudil® tidak boleh diambil semasa trimester pertama dan kedua kehamilan tanpa berunding dengan doktor anda.

Rantudil® dikontraindikasikan semasa tiga trimester terakhir akibat peningkatan risiko komplikasi yang serius untuk ibu dan anak-anak.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Sesetengah kesan sampingan boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, termasuk:

  • Loya.
  • Muntah.
  • Cirit-birit.
  • Perut kembung.
  • Sembelit.
  • Dispepsia.
  • Sakit perut.
  • Najis berdarah.
  • Muntah berdarah.
  • Stomatitis ulseratif.
  • Gastritis.
  • Asma.
  • Bronkospasma.
  • Susah bernafas.
  • Gatal-gatal.
  • Urtikaria.
  • Purpura.
  • Angioedema.
  • Hipertensi.
  • Edema.
  • Kegagalan fungsi jantung.
  • Agitasi.
  • Sakit kepala.
  • Pening.
  • Penat.
  • Mengantuk.
  • Enzim hati meningkat.
  • Alopecia.
  • Kemerosotan pigmen retina.
  • Kelegapan kornea.

Juga, ia boleh membawa maut, seperti pendarahan usus, ulser atau perforasi. Jarang sekali, berlakunya tindak balas hipersensitiviti yang teruk, termasuk edema angioneurotik, masalah pernafasan yang boleh menyebabkan serangan asma, takikardia atau penurunan tekanan darah yang membawa kepada kejutan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Rantudil?

Rantudil® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, yang boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Sesetengah produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • NSAID lain.
  • Kortikosteroid, agen anti-platelet, dan SSRI.
  • Antacid.
  • Probenecid, sulfinpyrazone.
  • Agen diuretik dan antihipertensi.
  • Phenytoin, lithium, methotrexate.
  • Nefrotoksik, ciclosporin, dan diuretik.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Rantudil?

Rantudil® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Rantudil?

Rantudil® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi tentang keadaan kesihatan anda.

Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Sejarah ketoksikan usus.
  • Gangguan pernafasan (cth. asma, demam hay, mukosa hidung bengkak, penyakit pernafasan kronik).
  • Hipertensi yang tidak terkawal.
  • Gejala kegagalan jantung kongestif.
  • Penyakit jantung iskemik.
  • Penyakit arteri periferal.
  • Penyakit serebrovaskular.
  • Hiperlipidimia.
  • DM.
  • Ulcerative colitis.
  • Penyakit Crohn.
  • SLE.
  • Gangguan campuran tisu konektif .
  • Cacar air.
  • Herpes zoster.
  • Parkinsonism
  • Kerosakan hepatik dan renal.
  • Sejarah ulser peptik / pendarahan.
  • Gangguan pembentukan darah yang tidak jelas etiologinya.
  • Polip hidung (berkaitan dengan edema angioneurotik).
  • Kegagalan jantung yang teruk.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Pada mulanya, 120 mg setiap hari dalam dos yang dibahagikan, dan boleh meningkat kepada 180 mg, berdasarkan tindak balas pesakit.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos tidak ditetapkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk anda sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Rantudil®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul forte, Acemetacin 60 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil Rantudil®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda