Apa itu pyridostigmine-bromide?

Oleh

Nama AM: Pyridostigmine Bromide Jenama: Pyridostigmine Bromide.

Kegunaan

Apa kegunaan Pyridostigmine Bromide?

Pyridostigmine bromide ialah perencat kolinesterase (cholinesterase inhibitors). Ia berfungsi dengan meningkatkan ransangan saraf dalam otot supaya otot lebih berkemampuan untuk bekerja.

Pyridostigmine bromide biasanya digunakan untuk merawat myasthenia gravis. Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan Pyridostigmine Bromide?

Pyridostigmine bromide biasanya diberikan sebagai suntikan di pejabat, hospital, atau klinik doktor anda.

Jika anda menggunakan pyridostigmine bromide di rumah, ikut prosedur suntikan  yang diajar kepada anda oleh doktor anda dengan berhati-hati.

Jika pyridostigmine bromide mengandungi serdak atau berubah warna, atau jika botol retak atau rosak dalam apa jua cara, jangan menggunakannya.

Jauhkan produk ini, serta picagari dan jarum, daripada jangkauan kanak-kanak dan jauh daripada haiwan peliharaan. Jangan menggunakan semula picagari, jarum atau bahan-bahan lain. Lupuskan dengan betul selepas digunakan. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk menerangkan peraturan pelupusan tempatan yang betul.

Bagaimana saya menyimpan Pyridostigmine Bromide?

Pyridostigmine bromide biasanya dikendalikan dan disimpan oleh pihak kesihatan berwajib. Jika anda menggunakan pyridostigmine bromide di rumah, simpan pyridostigmine bromide seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor anda. Jauhkan pyridostigmine bromide daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Pyridostigmine Bromide?

Sebelum menggunakan pyridostigmine bromide, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam pyridostigmine.
  • Anda mengambil kinina (quinine) atau quinidine.
  • Anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak.
  • Anda sedang mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain.

Sebelum anda menjalani sebarang rawatan perubatan atau pergigian, rawatan kecemasan, atau pembedahan, maklumkan doktor atau doktor gigi anda bahawa anda sedang menggunakan pyridostigmine.

Gunakan pyridostigmine bromide dengan sangat berhati-hati kepada kanak-kanak. Keselamatan dan keberkesanannya belum disahkan.

Adakah selamat untuk mengambil Pyridostigmine Bromide semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan pyridostigmine bromide semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil pyridostigmine bromide. pyridostigmine bromide ialah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA ialah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Pyridostigmine Bromide?

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk seperti berikut berlaku:

  • Ruam
  • Geligata (Hives)
  • Gatal-gatal
  • Kesukaran bernafas
  • Sesak dada
  • Bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah
  • Cirit-birit
  • Pengsan
  • Peningkatan air liur
  • Peningkatan peluh
  • Otot lemah
  • Loya
  • Pupil menjadi kecil
  • Perut kejang
  • Masalah bernafas
  • Perubahan penglihatan
  • Muntah
  • Lemah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Pyridostigmine Bromide?

Pyridostigmine bromide mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor. Maklumkan doktor anda jika anda menggunakan:

  • Kuinina atau quinidine kerana keberkesanan pyridostigmine bromide boleh berkurangan.
  • Succinylcholine kerana kesan ubat dan kesan sampingan yang boleh bertambah dengan pyridostigmine.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Pyridostigmine Bromide?

Pyridostigmine bromide mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Pyridostigmine Bromide?

Pyridostigmine bromide mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. ialah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Masalah jantung (contohnya, blok jantung, degupan jantung yang perlahan)
  • Jangkitan saluran kencing
  • Asma
  • Masalah buah pinggang
  • Perut, usus, atau saluran kencing tersumbat

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Pyridostigmine Bromide yang disyorkan untuk dewasa?

Myasthenia gravis

Tablet / sirap: Dos yang disyorkan ialah 600 mg / hari untuk memberikan kelegaan maksimum .

Kelegaan berterusan: Dos yang disyorkan ialah 180-540 mg PO qDay atau q12hr; tidak melebihi 1.5 g / hari.

Untuk pembalikan kesan ubat relaksan otot non depolarizing

Dos yang disyorkan ialah 0.1-0.25 mg / kg / dos.

Dos yang disyorkan ialah 10-20 mg umumnya berkesan; pemulihan sepenuhnya mungkin berlaku seawal <15 min tetapi mungkin memerlukan> 30 min.

Untuk mengurangkan kesan sampingan 0.6-1.2 mg IV Atropine sulfat disyorkan sejurus sebelum pyridostigmine.

Apakah dos Pyridostigmine Bromide yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Myasthenia gravis

Kanak-kanak

  • Dosy ang disyorkan dos ialah 7 mg / kg / hari PO dibahagikan q4hr.
  • Dos yang disyorkan ialah 0.05-0.15 mg / kg IV / IM q4-6hr; tidak melebihi 10 mg / dos.

Neonat

  • Dos yang disyorkan ialah 5 mg q4-6hr PO.
  • Dos yang disyorkan ialah 0.05-0.15 mg / kg IV / IM q4-6hr; tidak melebihi 10 mg / dos.

Untuk pembalikan kesan ubat relaksan otot nondepolarizing

Dos yang disyorkan ialah 0.1-0.25 mg / kg / dos IV.

Julat dos: 0.1-0.25 mg / kg / dos; pemulihan sepenuhnya mungkin berlaku seawal <15 min tetapi mungkin memerlukan> 30 min.

Apakah bentuk penyediaan Pyridostigmine Bromide

Pyridostigmine bromide boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Suntikan larutan pyridostigmine bromide 5mg / mL
  • Tablet pyridostigmine bromide, pelepasan terkawal 180mg
  • Tablet pyridostigmine bromide 60mg
  • Sirap pyridostigmine bromide 60mg / 5ml (240ml)

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos pyridostigmine bromide, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.