Apa itu profenid?

Oleh

Nama AM: Profenid Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa kegunaan Profenid®?

Profenid® biasanya digunakan untuk rawatan jangka masa panjang kes tertentu penyakit radang sendi yang kronik, dan kes tertentu osteoartritis yang teruk.

Ia juga digunakan dalam rawatan jangka pendek:

  • Sesetengah kes keradangan di sekitar sendi (tendinitis, radang kandung lendir, sakit bahu akut)
  • Sesetengah kes keradangan sendi disebabkan oleh deposit kristal, seperti gout
  • Sakit osteoartritik akut
  • Sakit belakang akut
  • Sakit akut disebabkan oleh kerengsaan saraf, seperti sciatica
  • Sakit dan edema disebabkan trauma

Bagaimanakah kegunaan Profenid®?

Ambil Profenid® melalui mulut. Ia boleh diambil dengan makanan jika mengganggu perut anda. Pengambilan dengan makanan tidak akan mengurangkan risiko masalah perut atau usus (contohnya, pendarahan, ulser). Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai masalah perut yang berterusan.

Ambil Profenid® dengan segelas penuh air (240 mL) seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Profenid®?

Profenid® lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan Profenid® dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama Profenid® berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam Profenid® ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Profenid®?

Sebelum menggunakan ketoprofen, beritahu doktor anda jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda sedang hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang disyorkan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk sebarang ubat-ubatan tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan-bahan aktif atau tidak aktif dalam Profenid® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mengalami reaksi alahan yang teruk (contohnya, ruam yang teruk, gatal-gatal, masalah pernafasan, ketumbuhan dalam hidung, pening) kepada aspirin atau NSAID (contohnya, ibuprofen, celecoxib).
  • Anda baru sahaja telah atau akan menjalani pembedahan pintasan jantung.
  • Anda juga mengambil probenecid.
  • Anda dalam 3 bulan terakhir kehamilan.
  • Anda mempunyai masalah kesihatan, dehidrasi atau jumlah cecair rendah, atau tahap sodium dalam darah yang rendah, anda minum alkohol, atau mempunyai sejarah penyalahgunaan alkohol.

Profenid® boleh menyebabkan pening atau mengantuk. Kesan-kesan ini boleh menjadi lebih teruk jika anda mengambil dengan alkohol atau ubat-ubatan tertentu. Gunakan Profenid® dengan berhati-hati. Jangan memandu atau melaksanakan tugas-tugas lain yang mungkin tidak selamat sehingga anda tahu bagaimana anda bertindak balas kepadanya.

Ulser perut yang serius atau pendarahan boleh berlaku dengan penggunaan Profenid®. Pengambilan dalam dos yang tinggi, untuk masa yang lama, merokok, atau minum alkohol meningkatkan risiko kesan sampingan.

Pengambilan Profenid® dengan makanan tidak akan mengurangkan risiko kesan sampingan tersebut. Jika anda mengalami sakiti perut yang teruk atau sakit belakang; najis hitam, muntah yang kelihatan seperti darah atau kopi; atau penambahan berat badan yang luar biasa atau bengkak, hubungi doktor anda atau bilik kecemasan dengan segera.

Jangan ambil lebih daripada dos yang disyorkan atau digunakan lebih lama daripada yang ditetapkan tanpa merujuk doktor anda.

Profenid® adalah NSAID. Sebelum anda mengambil sebarang ubat baru, periksa label untuk melihat sama ada ia mengandungi NSAID (contohnya, ibuprofen) di dalamnya juga. Jika terdapat NSAID juga atau jika anda tidak pasti, rujuk kepada doktor atau ahli farmasi.

Jangan mengambil aspirin semasa anda menggunakan Profenid® melainkan jika diarahkan doktor.

Ujian makmal, termasuk ujian fungsi buah pinggang, bilangan sel darah lengkap, dan tekanan darah, boleh dilakukan semasa anda menggunakan Profenid®. Ujian-ujian ini boleh digunakan untuk memantau keadaan anda atau memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menyimpan semua temu janji doktor dan makmal.

Gunakan Profenid® dengan berhati-hati untuk orang tua; mereka mungkin lebih sensitif kepada kesan sampingan, terutama pendarahan perut dan masalah buah pinggang.

Profenid® harus digunakan dengan sangat berhati-hati kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun; keselamatan dan keberkesanan dalam kanak-kanak belum disahkan.

Adakah selamat untuk mengambil Profenid semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Kehamilan

Profenid® boleh menyebabkan kemudaratan kepada janin. Jangan gunakannya semasa 3 bulan terakhir kehamilan. Jika anda fikir anda mungkin hamil, hubungi doktor anda. Anda perlu membincangkan manfaat dan risiko penggunaan Profenid® semasa anda hamil.

Menyusukan

Ubat ini tidak dapat dipastikan masuk  ke dalam susu ibu atau tidak. Jangan menyusukan anak semasa mengambil Profenid®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Profenid®?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi ramai yang tidak mengalami kesan sampingan atau hanya mengalami kesan sampingan ringan. Rujuk dengan doktor anda jika kesan sampingan berikut berlarutan atau mengganggu:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Mengantuk
  • Gas
  • Sakit kepala
  • Pedih hulu hati
  • Loya
  • Perut tidak selesa

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk berlaku:

  • Ruam
  • Geligata (Hives)
  • Gatal-gatal
  • sesak dada
  • Bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah
  • Najis berdarah atau hitam
  • Jumlah air kencing berubah
  • sakit dada
  • Keliru
  • Air kencing gelap
  • Kemurungan
  • Pengsan
  • Degupan jantung laju atau tidak teratur
  • Demam, menggigil, atau berterusan sakit tekak
  • Perubahan mental atau mood
  • Kebas lengan atau kaki
  • Lemah sebelah badan
  • Kulit merah, bengkak, melepuh, atau mengelupas
  • Telinga berdenyut
  • Sawan
  • Sakit atau pening kepala yang teruk
  • Sakit perut atau rasa loya yang teruk atau berterusan
  • Muntah yang teruk
  • Sesak nafas
  • Berat badan naik secara tiba-tiba atau tidak dapat dijelaskan
  • Bengkak tangan atau kaki
  • Lebam atau pendarahan yang luar biasa
  • Sakit sendi atau otot yang luar biasa
  • Letih atau lemah luar biasa
  • Perubahan penglihatan atau ucapan
  • Muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi
  • Kekuningan kulit atau mata

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Profenid®?

Profenid® mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Ubat yang bertindak balas dengan ubat ini, termasuklah:

  • Antikoagulan (contohnya, warfarin), aspirin, kortikosteroid (contohnya, prednisone), heparin, atau selected serotonin reuptake inhibitor (SSRIs) (contohnya, fluoxetine) kerana risiko pendarahan perut boleh meningkat.
  • Probenecid kerana ia boleh meningkatkan risiko kesan sampingan ketoprofen.
  • Cyclosporine, litium, methotrexate, quinolones (contohnya, ciprofloxacin), atau sulfonylureas (contohnya, glipizide) kerana risiko kesan sampingan mereka mungkin meningkat dengan ketoprofen.
  • Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors (contohnya, enalapril) atau diuretik (contohnya, furosemide, hydrochlorothiazide) kerana keberkesanannya boleh menurun disebabkan ketoprofen.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Profenid®?

Profenid® mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Profenid®?

Profenid® mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.

Keadaan kesihatan termasuklah:

  • Sejarah penyakit buah pinggang atau penyakit hati
  • Diabetes
  • Masalah perut atau usus (contohnya, pendarahan, penembusan, ulser)
  • Sejarah bengkak atau cairan terkumpul
  • Asma
  • Ketumbuhan dalam hidung (polip hidung)
  • Mulut keradangan
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah darah (contohnya, tahap albumin dalam darah yang rendah)
  • Masalah pendarahan atau pembekuan (clotting)
  • Masalah jantung (contohnya kegagalan jantung)
  • Penyakit saluran darah

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Profenid® yang disyorkan untuk dewasa?

Dos bergantung kepada penyakit. Dos berbeza, antara tiga hingga enam kapsul 50 mg setiap hari, iaitu 150 hingga 300 mg sehari.

Kapsul perlu diambil semasa makan.

Dos harian adalah untuk dibahagikan kepada 2 hingga 3 pengambilan setiap hari.

Dalam semua kes, ikut preskripsi doktor sebaiknya.

Apakah dos Profenid® yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit pediatrik belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Profenid®

Profenid® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul Profenid® 50mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Profenid®, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut