Apa itu procainamide-hydrochloride?

Oleh

Nama AM: Procainamide Hydrochloride Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Procainamide Hydrochloride ?

Procainamide hydrochloride adalah ubat antiaritmik yang digunakan untuk merawat sesetengah masalah ritma jantung tidak normal. Ia berfungsi dengan menstabilkan rentak jantung apabila jantung berdegup terlalu cepat atau berada dalam ritma yang tidak teratur.

Bagaimanakah kegunaan Procainamide Hydrochloride?

Procainamide hydrochloride biasanya diberikan sebagai suntikan di pejabat, hospital, atau klinik doktor anda.

Jika anda menggunakan procainamide hydrochloride di rumah, ikut prosedur suntikan  yang diajar kepada anda oleh doktor anda dengan berhati-hati.

Jika procainamide hydrochloride mengandungi serdak atau berubah warna, atau jika botol retak atau rosak dalam apa jua cara, jangan menggunakannya.

Jauhkan produk ini, serta picagari dan jarum, daripada jangkauan kanak-kanak dan jauh daripada haiwan peliharaan. Jangan menggunakan semula picagari, jarum atau bahan-bahan lain. Lupuskan dengan betul selepas digunakan. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk menerangkan peraturan pelupusan tempatan yang betul.

Ambil procainamide hydrochloride dengan berterusan untuk mendapatkan kesan terbaik. Teruskan penggunaan procainamide hydrochloride walaupun anda berasa sihat. Jangan terlepas sebarang dos.

Tanya doktor anda sebarang soalan yang anda hadapi tentang bagaimana penggunaan procainamide hydrochloride.

Bagaimana saya menyimpan Procainamide Hydrochloride?

Procainamide hydrochloride biasanya dikendalikan dan disimpan oleh pihak kesihatan berwajib. Jika anda menggunakan procainamide hydrochloride di rumah, simpan procainamide hydrochloride seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor anda. Jauhkan procainamide hydrochloride daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Procainamide Hydrochloride?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak.
  • Anda mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain.
  • Anda mempunyai reaksi alahan yang teruk (contohnya, ruam yang teruk, gatal-gatal, sukar bernafas, pening) untuk anestetik setempat (contohnya, procaine).

Procainamide hydrochloride boleh menyebabkan pening kepala atau penglihatan kabur. Jangan memandu, mengendalikan mesin, atau melakukan sebarang pekerjaan yang membahayakan sehingga anda tahu bagaimana anda bertindak balas kepada procainamide hydrochloride.

Alkohol boleh mengurangkan keberkesanan procainamide hydrochloride. Rujuk dengan doktor anda sebelum mengambil minuman alkohol.

Jangan melebihi dos yang disyorkan atau menggunakan procainamide hydrochloride lebih lama daripada yang ditetapkan tanpa merujuk dengan doktor anda.

Jangan berhenti mengambil procainamide hydrochloride secara tiba-tiba tanpa merujuk dengan doktor anda.

Procainamide hydrochloride boleh mengurangkan pembentukan sel-sel platelet dalam darah yang berfungsi membekukan darah. Untuk mengelakkan pendarahan, elakkan situasi di mana lebam atau kecederaan mungkin berlaku. Laporkan sebarang pendarahan yang luar biasa, lebam, darah dalam najis, atau najis berwarna gelap dengan doktor anda.

Procainamide hydrochloride boleh mengurangkan keupayaan badan anda melawan jangkitan. Cegah jangkitan dengan mengelakkan hubungan dengan orang yang selesema atau mengalami jangkitan lain. Maklumkan doktor anda sebarang tanda-tanda jangkitan, termasuk demam, sakit tekak, ruam, atau menggigil.

Sebelum anda menjalani sebarang rawatan perubatan, rawatan pergigian, rawatan kecemasan, atau pembedahan, maklumkan doktor atau doktor gigi bahawa anda menggunakan procainamide hydrochloride.

Procainamide hydrochloride boleh memberi kesan kepada ujian makmal tertentu. Pastikan doktor dan kakitangan makmal tahu anda menggunakan procainamide hydrochloride.

Sebahagian ubat ini mengandungi sulfite, yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada individu tertentu (contohnya, pesakit asma). Jika anda pernah mempunyai reaksi alahan kepada sulfite, rujuk ahli farmasi anda untuk menentukan jika produk yang anda ambil mengandungi sulfite.

Ujian makmal, termasuk ujian fungsi hati, ujian bilangan sel darah lengkap, dan titer serum ANA, boleh dilakukan untuk memantau perkembangan anda atau untuk memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menyimpan semua temu janji doktor dan makmal.

Gunakan procainamide hydrochloride dengan berhati-hati untuk orang tua kerana mereka mungkin lebih sensitif kepada kesannya.

Gunakan procainamide hydrochloride dengan sangat berhati-hati kepada kanak-kanak. Keselamatan dan keberkesanan belum disahkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Procainamide Hydrochloride?

Rujuk dengan doktor anda jika sebarang kesan sampingan ringan berterusan atau mengganggu:

  • Sakit, bengkak, atau kemerahan di tempat suntikan

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk berlaku:

  • Ruam
  • Geligata (Hives)
  • Gatal
  • Kesukaran bernafas
  • Sesak dada
  • Bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah
  • Ruam berbentuk rama-rama pada muka
  • Sakit dada
  • Air kencing gelap
  • Kemurungan
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Pengsan
  • Degupan jantung laju, lambat, atau tidak teratur
  • Demam, menggigil, atau sakit tekak
  • Halusinasi
  • Hilang selera makan
  • Perubahan mood atau mental
  • Sakit mulut atau kerengsaan
  • Otot sakit atau lemah
  • Loya
  • Najis berwarna pucat
  • Sawan
  • sakit perut
  • Keletihan yang teruk atau berterusan
  • Sesak nafas
  • Sendi bengkak atau sakit apabila disentuh
  • Lebam atau pendarahan luar biasa
  • Lemah atau letih luar biasa
  • Muntah
  • Nafas berdehit (wheezing)
  • Kekuningan pada kulit atau mata

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Procainamide Hydrochloride?

Procainamide hydrochloride mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan maklumkan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Ubat yang mungkin bertindak balas dengan procainamide hydrochloride termasuklah:

  • Antiaritmik (contohnya, amiodarone, quinidine), antikolinergik (contohnya, hyoscyamine), arsenik, astemizole, cisapride, dofetilide, droperidol, H2 antagonis (contohnya, cimetidine), antibiotik ketolide (contohnya, telithromycin ), antibiotik macrolide (contohnya, erythromycin), phenothiazines (contohnya, chlorpromazine), ¬†phosphodiesterase jenis 5 inhibitor (contohnya, sildenafil), pimozide, antibiotik quinolone (contohnya, ciprofloxacin), antagonis reseptor serotonin (contohnya, dolasetron, terfenadine), trimethoprim, atau ziprasidone kerana risiko kesan sampingan, seperti degupan jantung yang tidak teratur, boleh meningkat.
  • Penghalang saraf otot (contohnya, succinylcholine) kerana kesan ubat yang mungkin bertambah dengan procainamide hydrochloride.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Procainamide Hydrochloride?

Procainamide hydrochloride mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Procainamide Hydrochloride?

Procainamide hydrochloride mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Sejarah masalah hati atau buah pinggang
  • Kegagalan jantung kongestif, sekat jantung (heart block), pemanjangan QT, atau masalah jantung yang lain
  • Masalah tulang sumsum
  • Masalah darah (contohnya, tahap platelet darah atau sel darah putih yang rendah)
  • Myasthenia gravis
  • Terlebih dos Digitalis (digoxin)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Pivalone Neomycin yang disyorkan untuk dewasa?

Aritmia

Suntikan IM

  • Dos yang disyorkan ialah 0.5-1 g IM q4-8hr.

Suntikan IV

  • Dos muatan adalah 100-200 mg / dos atau 15-18 mg / kg; suntikan secara perlahan-lahan dari 25-30 min tidak melebihi 50 mg / min; boleh diulangi q5min PRN tidak melebihi 1 g.
  • Dos pengekalan adalah 1-4 mg / min melalui infusi IV berterusan.

Kemerosotan fungsi buah pinggang

Kurangkan dos permulaan kepada 12 mg / kg.

Kurangkan infusi kepada satu pertiga dalam kerosakan buah pinggang atau jantung tahap sederhana dan dua pertiga dalam kerosakan buah pinggang atau jantung yang teruk.

Kemerosotan fungsi hati

Kurangkan dos sebanyak 50%.

Apakah dos Pivalone Neomycin yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Aritmia

Suntikan IM

  • Dos yang disyorkan adalah 20-30 mg / kg / hari IM dibahagikan q4-6hr; tidak melebihi 4 g / hari.

Suntikan IV

  • Dos muatan adalah 3-6 mg / kg IV lebih 5 minit, tidak melebihi 100 mg / dos; boleh mengulangi q5-10min PRN tidak melebihi 15 mg / kg / dos.
  • Dos pengekalan adalah 0.02-0.08 mg / kg / min IV infusi; tidak melebihi 2 g / 24 jam.

Apakah bentuk penyediaan Pivalone Neomycin

Procainamide hydrochloride boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Larutan untuk suntikan: 100 mg / mL 500mg / mL

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

ika anda terlepas dos procainamide hydrochloride, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.