backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Polaramine

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

Polaramine® adalah ubat anti-histamin. Ia menyekat kesan-kesan bahan kimia histamin yang berlaku secara semulajadi di dalam badan anda.

Polaramine® digunakan untuk merawat bersin, hidung berair, geligata, mata berair, gatal-gatal, ruam, gatal, dan gejala alergi lain dan selesema biasa.

Apakah kaedah pengambilan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

Ambil Polaramine® seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda tidak faham arahan ini, rujuk kepada ahli farmasi, jururawat, atau doktor anda untuk menerangkannya kepada anda.

Ambil setiap dos dengan segelas air penuh.

Polaramine® boleh diambil dengan atau tanpa makanan.

Apakah kaedah penyimpanan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

Polaramine® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Polaramine® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Polaramine® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Polaramine® ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

Sebelum mengambil Polaramine®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Polaramine® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Jangan ambil dexchlorpheniramine jika anda telah mengambil perencat monoamine oxidase (MAOI) seperti isocarboxazid (Marplan), phenelzine (Nardil), atau tranylcypromine (Parnate) dalam 14 hari yang lepas. Tindakbalas dadah yang sangat berbahaya boleh berlaku, yang membawa kepada kesan sampingan yang serius.

    Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Polaramine®. Polaramine® adalah ubat yang diklasifikasikan dalam kategori risiko kehamilan B menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

    Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

    A=Tiada risiko

    B=Tiada risiko dalam beberapa kajian

    C=Mungkin ada risiko

    D=Bukti risiko yang positif

    X=Dikontrapenunjukan

    N=Tidak diketahui

    Kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku dari pengambilan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

    Kesan sampingan mungkin termasuk:

    • Rasa mengantuk, keletihan, atau pening
    • Sakit kepala
    • Mulut kering
    • Kesukaran membuang air kecil atau pembesaran prostat
    • Berhenti mengambil dexchlorpheniramine dan dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda mengalami reaksi alahan (sukar bernafas, penutupan kerongkong anda, bengkak bibir, lidah, atau muka atau gatal-gatal)

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah ubat yang mungkin bertindak balas dengan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

    Polaramine® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindak balas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

    Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

    • Ubat keresahan atau tidur seperti alprazolam (Xanax), diazepam (Valium), chlordiazepoxide (Librium), temazepam (Restoril), atau triazolam (Halcion)
    • Ubat-ubatan untuk kemurungan seperti amitriptyline (Elavil), doxepin (Sinequan), nortriptyline (Pamelor), fluoxetine (Prozac), sertraline (Zoloft), atau paroxetine (Paxil)
    • Apa-apa ubat lain yang membuatkan anda berasa mengantuk, atau santai

    Adakah makanan atau minuman beralkohol bertindak balas dengan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

    Polaramine® boleh bertindak balas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindak balas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

    Polaramine® mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

    Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:

    • Glaukoma atau peningkatan tekanan pada mata
    • Ulser perut
    • Masalah pembesaran prostat, masalah pundi kencing, atau masalah kencing
    • Tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
    • Hipertensi atau apa-apa jenis masalah jantung
    • Asma

    Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Polaramine® (dexchlorpheniramine).

    Apakah dos Polaramine® (dexchlorpheniramine) untuk orang dewasa?

    Tablet Polaramine®

    Orang dewasa dan kanak-kanak lebih 12 tahun: Satu tablet Polaramine® setiap 6 jam.

    Selepas mendapat kelegaan awal, dos boleh dikurangkan menjadi 1 tablet seperti yang diperlukan.

    Sirap polaramine®

    Dewasa dan kanak-kanak lebih 12 tahun: 5mL setiap 6 jam.

    Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: 2 hingga 4mL setiap 6 hingga 8 jam.

    Kanak-kanak 4 hingga 6 tahun: 1.75 hingga 2mL setiap 6 hingga 8 jam.

    Kanak-kanak 2 hingga 4 tahun: 1.25 hingga 1.75mL setiap 6 hingga 8 jam.

    Apakah dos Polaramine® (dexchlorpheniramine) untuk kanak-kanak?

    Sirap polaramine®

    Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: 2 hingga 4mL setiap 6 hingga 8 jam.

    Kanak-kanak 4 hingga 6 tahun: 1.75 hingga 2mL setiap 6 hingga 8 jam.

    Kanak-kanak 2 hingga 4 tahun: 1.25 hingga 1.75mL setiap 6 hingga 8 jam.

    Jangan berikan sirap Polaramine® kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

    Jangan memberi tablet Polaramine® kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

    Apakah bentuk ketersediaan Polaramine® (dexchlorpheniramine)?

    Polaramine® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

    • Tablet 2 mg
    • Sirap 5 ml

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Polaramine®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan