Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Phentermine digunakan bersama-sama dengan program diet, senaman, dan perubahan tingkah laku yang disahkan oleh doktor untuk membantu menurunkan berat badan. Ia digunakan bagi orang yang berlebih berat badan (obes) dan tidak dapat mengurangkan berat badan dengan diet dan senaman sahaja. Mengurangkan berat badan dapat mengurangkan banyak risiko kesihatan yang boleh berlaku disebabkan obesiti, termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, dan jangka hayat yang lebih pendek.
Bagaimana ubat ini membantu orang untuk menurunkan berat badan tidak diketahui dengan jelas. Ia mungkin berfungsi dengan mengurangkan selera makan anda, meningkatkan jumlah tenaga yang digunakan oleh tubuh anda, atau dengan mempengaruhi bahagian tertentu otak anda. Ubat ini adalah penahan selera makan dan tergolong dalam kelas ubat-ubatan yang dipanggil amina simpatomimetik.
Ambil ubat ini melalui mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya sekali sehari, satu jam sebelum sarapan pagi atau satu hingga dua jam selepas sarapan pagi. Sekiranya diperlukan, doktor anda akan menyesuaikan dos anda untuk diambil dalam dos yang sedikit sehingga tiga kali sehari. Ikuti arahan doktor anda dengan berhati-hati. Mengambil ubat ini di penghujung hari boleh menyebabkan masalah sukar tidur (insomnia).
Jika anda menggunakan kapsul pelepasan beransur, dos biasanya diambil sekali sehari sebelum sarapan atau sekurang-kurangnya 10 hingga 14 jam sebelum waktu tidur. Telan ubat keseluruhannya. Jangan hancurkan atau kunyah kapsul pelepasan beransur kerana ini boleh melepaskan ubat keseluruhan ubat pada satu masa, dan meningkatkan risiko kesan sampingan.
Jika anda menggunakan tablet larut di dalam mulut, dos biasanya diambil sekali sehari pada waktu pagi, dengan atau tanpa makanan. Pertama sekali anda perlu mengeringkan tangan anda sebelum mengambil tablet. Letakkan dos anda di atas lidah sehingga ia larut, kemudian telan ubat dengan atau tanpa air.
Dos adalah berdasarkan keadaan perubatan dan tindak balas anda terhadap terapi. Doktor anda akan menyesuaikan dos untuk mengenal pasti dos yang terbaik untuk anda. Gunakan ubat ini secara teratur dan seperti yang dipreskripsikan untuk memperolehi kesan yang terbaik. Bagi memudahkan anda ingat untuk mengambil ubat ini, ambil ubat ini pada masa yang sama setiap hari.
Ubat ini biasanya diambil untuk hanya beberapa minggu pada satu masa. Ia tidak boleh diambil dengan penahan selera makan yang lain. Menggunakan ubat ini untuk tempoh yang lebih lama, atau bersama dengan ubat-ubatan diet tertentu boleh meningkatkan kemungkinan kesan sampingan yang serius.
Ubat ini boleh menyebabkan tindak balas sarak, terutamanya jika ia telah digunakan secara tetap untuk tempoh masa yang lama atau dalam dos yang tinggi. Dalam kes sedemikian, gejala sarak (seperti kemurungan, keletihan yang teruk) mungkin berlaku jika anda berhenti menggunakan ubat ini secara tiba-tiba. Untuk mencegah tindak balas sarak, doktor anda boleh mengurangkan dos anda secara beransur-ansur. Rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut, dan laporkan apa-apa tindak balas sarak dengan segera.
Dalam keadaan yang jarang, tingkah laku drug-seeking atau mencari dadah (ketagihan) boleh berlaku dengan ubat ini. Jangan tambah dos anda, ambil lebih kerap, atau gunakannya untuk masa yang lebih lama daripada yang ditetapkan. Ambil ubat dengan betul seperti yang diarahkan.
Ubat ini mungkin berhenti berfungsi dengan baik setelah anda mengambilnya selama beberapa minggu. Rujuk dengan doktor anda jika ubat ini berhenti berfungsi dengan baik. Jangan tambah dos melainkan jika diarahkan oleh doktor anda. Doktor anda juga boleh mengarahkan anda berhenti mengambil ubat ini.
Phentermine paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan phentermine di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama phentermine yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang phentermine ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil phentermine, sila beritahu doktor anda:
Jangan gunakan phentermine jika anda telah mengambil perencat MAO dalam tempoh 14 hari lalu. Tindak balas dadah yabg berbahaya boleh berlaku. Perencat MAO termasuk isokarboxazid, linezolid, phenelzine, rasagiline, selegiline, dan tranylcypromine.
Anda tidak sepatutnya mengambil phentermine jika anda mempunyai:
Mengambil phentermine bersama-sama dengan ubat-ubatan diet lain seperti fenfluramine (Phen-Fen) atau dexfenfluramine (Redux) boleh menyebabkan gangguan paru-paru yang jarang berlaku yang dinamakan hipertensi pulmonari. Jangan ambil ubat ini dengan sebarang ubat diet lain tanpa nasihat doktor anda.
Phentermine mungkin menyebabkan ketagihan. Jangan sekali-kali berkongsi phentermine dengan orang lain, terutamanya seseorang yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah atau ketagihan. Simpan ubat di tempat yang selamat dan tidak mudah diambil orang lain.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Phentermine. Phentermine adalah ubat yang diklasifikasikan dalam kategori risiko kehamilan X menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).
Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:
A=Tiada risiko
B=Tiada risiko dalam beberapa kajian
C=Mungkin ada risiko
D=Bukti risiko yang positif
X=Dikontrapenunjukan
N=Tidak diketahui
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan: geligata, kesukaran bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Hubungi doktor anda serta-merta jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:
Kesan sampingan yang kurang serius mungkin termasuk:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Phentermine boleh bertindak balas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindak balas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.
Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:
Phentermine boleh bertindak balas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindak balas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.
Phentermine mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.
Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan phentermine.
Dos Dewasa biasa untuk Penurunan Berat Badan
Dos yang disyorkan ialah 15 hingga 37.5 mg secara oral sekali sehari sebelum sarapan pagi atau 1 hingga 2 jam selepas sarapan pagi.
Dos Pediatrik biasa untuk Penurunan Berat Badan
17 tahun ke atas:
Dos yang disyorkan ialah 15 hingga 37.5 mg secara oral sekali sehari sebelum sarapan pagi atau 1 hingga 2 jam selepas sarapan pagi.
Phentermine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Phentermine, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen