Percocet

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Nama AM: Percocet Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Percocet® mengandungi gabungan acetaminophen dan oxycodone. Oxycodone adalah sejenis ubat sakit opioid. Opioid adakalanya dipanggil narkotik. Acetaminophen adalah pelega sakit yang kurang kuat yang meningkatkan kesan oxycodone.

Percocet® digunakan untuk melegakan kesakitan dari sakit yang sederhana sehingga sakit yang teruk.

Percocet® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Apakah kaedah pengambilan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Ambil Percocet® seperti yang dipreskripsikan. Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda. Oxycodone boleh melambatkan atau menghentikan pernafasan anda, terutamanya apabila anda mula menggunakan ubat ini atau bila dos anda berubah. Jangan gunakan Percocet® dalam jumlah yang lebih besar, atau lebih lama daripada yang ditetapkan. Terlebih dos boleh merosakkan hati anda atau menyebabkan kematian. Maklumkan doktor anda jika ubat itu seolah-olah tidak berkesan serta tidak melegakan kesakitan anda.

Oxycodone mungkin menyebabkan ketagihan, walaupun pada dos biasa. Jangan sekali-kali berkongsi Percocet® dengan orang lain, terutamanya seseorang yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah atau ketagihan.

Sekiranya anda perlu menjalani pembedahan, maklumkan pakar bedah terlebih dahulu bahawa anda menggunakan ubat ini. Anda mungkin perlu berhenti menggunakan ubat ini untuk masa yang singkat.

Jangan berhenti menggunakan Percocet® secara tiba-tiba selepas penggunaan jangka panjang, atau anda mungkin mengalami simptom pemberhentian yang tidak menyenangkan. Rujuk doktor anda dengan sekiranya ianya selamat untuk berhenti menggunakan ubat ini.

Apakah kaedah penyimpanan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Percocet® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Percocet® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Percocet® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Percocet® ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Sebelum mengambil Percocet®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Percocet® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Anda tidak boleh menggunakan Percocet® jika anda menggunakan alkohol, sedatif, penenang, atau ubat-ubatan narkotik yang lain baru-baru ini.

Ubat ini boleh memperlahankan atau menghentikan pernafasan anda, dan mungkin menyebabkan ketagihan. Gunakan hanya dos yang dipreskripsikan, dan telan keseluruhan pil untuk mengelakkan dos yang berpotensi membawa maut. Jangan sekali-kali berkongsi Percocet® dengan orang lain.

Salahguna ubat narkotik boleh menyebabkan ketagihan, terlebih dos, atau kematian, terutama pada kanak-kanak atau orang lain yang menggunakan ubat tanpa preskripsi. Menjual atau memberi Percocet® adalah salah di sisi undang-undang.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Percocet®. Percocet® adalah ubat yang diklasifikasikan dalam kategori risiko kehamilan C menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

A=Tiada risiko

B=Tiada risiko dalam beberapa kajian 

C=Mungkin ada risiko 

D=Bukti risiko yang positif

X=Dikontrapenunjukan

N=Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku dari pengambilan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuk:

  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Keletihan
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Kabur penglihatan
  • Mulut kering

Hubungi doktor anda serta-merta jika anda mengalami:

  • Nafas pendek
  • Denyutan jantung yang perlahan
  • Rasa pening, seperti hendak pengsan
  • Kekeliruan
  • Pemikiran atau tingkah laku luar biasa
  • Sawan (kejang)
  • Masalah membuang air kencing
  • Kemandulan
  • Tidak didatangi haid
  • Mati pucuk
  • Masalah seksual
  • Kehilangan rangsangan seks
  • Masalah hati – loya, sakit abdomen atas, gatal-gatal, kehilangan selera makan, air kencing gelap, najis berwarna tanah liat, jaundis (kulit atau mata menguning)
  • Tahap kortisol rendah – loya, muntah, kehilangan selera makan, pening, keletihan atau kelemahan yang semakin teruk

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami gejala sindrom serotonin, seperti pergolakan, halusinasi, demam, berpeluh, menggigil, kadar denyutan jantung yang perlahan, kekakuan otot, sentakan, berpeluh, kehilangan koordinasi, mual, muntah, atau cirit-birit.

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alergi seperti geligata; kesukaran bernafas; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Dalam kes yang jarang berlaku, acetaminophen boleh menyebabkan tindak balas kulit yang teruk yang boleh membawa maut. Ini boleh berlaku walaupun anda pernah mengambil acetaminophen sebelum ini dan tidak mengalami sebarang tindak balas. Berhenti mengambil Percocet® dan hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai kemerahan kulit atau ruam yang merebak dan menyebabkan kulit anda melepuh dan mengelupas.

Seperti ubat-ubatan narkotik yang lain, oxycodone boleh melambatkan pernafasan anda. Kematian boleh berlaku jika pernafasan menjadi terlalu lemah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang boleh bertindak balas dengan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Percocet® mungkin bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas ubat yang berpotensi, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan berikannya dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Ubat narkotik lain – ubat tahan sakit opioid atau ubat batuk preskripsi
  • Dadah yang membuat anda rasa mengantuk atau melambatkan pernafasan anda – pil tidur, relaxer otot, sedatif, penenang, atau ubat antipsikotik
  • Dadah yang mempengaruhi tahap serotonin dalam badan anda – ubat untuk kemurungan, penyakit Parkinson, sakit kepala migrain, jangkitan serius, atau pencegahan loya dan muntah

Adakah makanan atau minuman beralkohol bertindak balas dengan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Percocet® boleh bertindak balas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindak balas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone)?

Percocet® mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Sebarang jenis masalah pernafasan atau penyakit paru-paru
  • Penyakit hati, sirosis, atau jika anda minum alkohol setiap hari
  • Sejarah penyalahgunaan dadah, ketagihan alkohol, atau penyakit mental
  • Penyakit buah pinggang
  • Masalah membuang air kencing
  • Masalah dengan pundi hempedu pankreas, tiroid, atau kelenjar adrenal anda
  • Sejarah kecederaan kepala, tumor otak, atau sawan

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Percocet® (acetaminophen dan oxycodone) ini.

Apakah dos Percocet® (acetaminophen dan oxycodone) untuk orang dewasa?

Rawatan awal adalah 2.5 mg / 325 mg dos dewasa, dengan satu atau dua tablet setiap 6 jam yang diperlukan untuk kesakitan. Jumlah dos harian acetaminophen tidak boleh melebihi 4 gram.

Dos dewasa biasa adalah satu tablet setiap 6 jam yang diperlukan untuk kesakitan. Jumlah dos harian acetaminophen tidak boleh melebihi 4 gram.

Apakah dos Percocet® (acetaminophen dan oxycodone) untuk kanak-kanak?

Belum ada dos yang disyorkan untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia sentiasa penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Percocet® (acetaminophen dan oxycodone) boleh didapati?

Percocet® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet: oxycodone hydrochloride 2,5 mg, acetaminophen 325 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Percocet®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 16, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut