Oxytrol

Oleh

Nama AM: Oxytrol Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Oxytrol® (oxybutynin)?

Oxytrol® biasanya digunakan untuk mengurangkan kekejangan otot pundi kencing dan saluran kencing.

Tampalan  Oxytrol® di kulit digunakan untuk merawat simptom pundi kencing yang terlalu aktif seperti kencing yang kerap atau segera, (kebocoran air kencing), dan peningkatan kekerapan kencing malam pada waktu malam.

Tampalan Oxytrol® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Gunakan tampalan Oxytrol® pada kulit dengan tepat seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan gunakan ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Oxytrol® dilengkapi dengan arahan kepada pesakit untuk penggunaan yang selamat dan berkesan. Ikut arahan ini dengan berhati-hati. Tanya doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Buka poket tertutup dan keluarkan pelindung. Lekatkan tampalan Oxytrol® ke kawasan yang bersih dan kering pada perut, pinggul atau punggung. Elakkan kulit yang berminyak, atau luka . Elakkan meletakkan tampalan pada kawasan kulit yang akan bersentuh dengan tali pinggang atau pakaian ketat.

Tekan tampalan Oxytrol® dengan kemas ke tempat yang berkenaan dengan jari anda. Anda boleh menanggalkan tampalan semasa mandi atau berenang.

Sekiranya tampalan Oxytrol® tertanggal, cuba letak semula di tempatnya. Jika ia tidak melekat dengan baik, letakkan tampalan baru. Jangan ubah jadual penggunaan tampalan anda.

Biarkan tampalan Oxytrol® di tempatnya selama tiga hingga empat hari. Anda perlu menukar tampalan dua kali seminggu (seperti setiap hari Ahad dan Khamis). Gunakan kalendar untuk membantu anda..

Pilih tempat yang berbeza pada kulit anda untuk memakai tampalan setiap kali anda memakai yang baru. Jangan letak di kawasan kulit yang sama dua kali dalam masa tujuh hari.

Jangan memakai lebih daripada satu tampalan Oxytrol® pada satu masa. Menggunakan tampalan kulit tambahan tidak akan menjadikan ubat lebih berkesan. Jangan potong tampalan kulit.

Gunakan minyak bayi atau sabun lembut dan air untuk mengeluarkan baki pelekat yang tertinggal di kulit anda. Elakkan penggunaan sabun kasar, alkohol, penghilang warna kuku, atau pelarut lain yang boleh merengsakan kulit anda.

Selepas mencabut tampalan, lipat dua dan buang di tempat yang jauh dari kanak-kanak atau haiwan.

Tampalan Oxytrol® boleh melecurkan kulit anda jika anda memakai tampalan semasa MRI (pengimejan resonans magnetik). Tanggalkan tampalan sebelum menjalani ujian sedemikian.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Oxytrol® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Oxytrol® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana,,semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor,seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Oxytrol® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak boleh menggunakan tampalan kulit Oxytrol® jika anda mempunyai:

  • Glaukoma sudut sempit yang tidak dirawat atau tidak terkawal.
  • Saluran penghadaman anda tersumbat (perut atau usus).
  • Jika kekerapan kencing menurun atau tidak boleh kencing.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) ubat ini berada di kategori B bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alahan terhadap Oxytrol®: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Berhenti menggunakan tampalan Oxytrol® dan hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Sedikit atau tidak kencing.
  • Sembelit yang teruk.
  • Kekeliruan, halusinasi.
  • Muntah, pedih ulu hati yang teruk atau sakit perut.
  • Kadar denyutan nadi cepat atau tidak sekata.
  • Simptom dehidrasi – berasa sangat dahaga atau panas, tidak dapat membuang air kencing, berpeluh teruk, atau kulit panas dan kering.

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Rasa berpusing, mengantuk.
  • Kemerahan atau gatal-gatal kulit ringan di mana tampalan dipakai.
  • Mulut kering.
  • Penglihatan kabur.
  • Sembelit, cirit-birit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Oxytrol® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Ubat demam atau alergi yang mengandungi antihistamin.
  • Ubat untuk penyakit Parkinson.
  • Ubat untuk merawat lebihan asid perut, ulser perut, mabuk kereta, atau sindrom usus mengganggu.
  • Bronkodilator-aclidinium, ipratropium, atau tiotropium.
  • Ubat untuk merawat osteoporosis atau penyakit Paget tulang-alendronate, etidronate, ibandronate, pamidronate, risedronate, tiludronate, asid zoledronic.
  • Ubat sakit pundi kencing atau berkaitan kencing lain-darifenacin, fesoterodine, oxybutynin oral, tolterodine, solifenacin.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Oxytrol®  mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Oxytrol® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Glaukoma.
  • Penyakit hati atau buah pinggang.
  • Myasthenia gravis.
  • Prostat membesar.
  • Gangguan usus, seperti ulcerative colitis.
  • Gangguan perut seperti penyakit refluks gastroesophageal (GERD) atau pencernaan yang perlahan
  • Sekiranya anda mengalami masalah mengosongkan pundi kencing anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Oxytrol® 3.9 mg / hari hendaklah digunakan untuk kulit yang kering di abdomen, pinggul, atau punggung dua kali seminggu (setiap 3 atau 4 hari). Letakkan pada kawasan berbeza dalam masa 7 hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Oxytrol®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan

  • Tampalan: oxybutynin 3.9 mg in 1 hari.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.