Apa itu oxymetazoline-hydrochloride?

Oleh

Nama AM: Oxymetazoline Hydrochloride Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Oxymetazoline Hydrochloride ?

Oxymetazoline hydrochloride biasanya digunakan untuk:

Penyumbatan atau kesesakkan pada hidung yang berhubung kait dengan demam selesema, demam, atau alahan pernafasan yang lain

Kulit yang kemerahan disebabkan kerengsaan yang ringan

Barotrauma otitik dimana kesakitan pada telinga disebabkan perubahan pada tekanan dalam telinga.

Bagaimanakah kegunaan Oxymetazoline Hydrochloride?

Penggunaan Intranasal

Mengguna larutan hidung menggunakan semburan atau pam hidung

Sebelum penggunaan awal semburan, ketatkan pam dengan menekan pam tersebut dengan kukuh beberapa kali.

Menggunakan semburan hidung atau pamkan disetiap lubang hidung apabila kepala terangsang

Penggunaan Oftalmik

Menggunakan larutan mata/oftalmik secara topikal ke konjunktiva.

Mengelakkan pencemaran pada hujung bucunya.

Mengeluarkan kanta lekap sebelum menggunakan larutan optik.

Jangan menggunakan larutan yang berwarna dan keruh.

Bagaimana saya menyimpan Oxymetazoline Hydrochloride?

Oxymetazoline hydrochloride paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan oxymetazoline hydrochloride di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama oxymetazoline hydrochloride yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.Anda tidak boleh membuang oxymetazoline hydrochloride ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Oxymetazoline Hydrochloride?

Sebelum mengambil oxymetazoline hydrochloride sila beritahu doktor anda jika:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplement.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif oxymetazoline hydrochloride atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan gunakan larutan melebihi daripada 3 hari kecuali diberitahu sedemikian oleh pihak penjagaan kesihatan anda. Penggunaan yang kerap atau jangka panjang boleh menyebabkan kesesakkan atau gangguan pada hidung berulang semula atau memburuk.

Jangan berkongsi larutan oxymetazoline hydrochloride dengan orang lain; ini boleh menyebabkan jangkitan tersebut merebak.

Pesakit kencing manis atau diabetes: Oxymetazoline hydrochloride boleh memberi kesan terhadap gula dalam darah. Doktor anda mungkin perlu mengubahkan jumlah ubatan diabetes yang anda ambil.

Larutan oxymetazoline hydrochloride tidak sesuai untuk kegunaan anak-anak anda yang lebih muda daripada 6 tahun. Keselamatan dan keberkesanan untuk kumpulan umur ini masih belum dapat dipastikan lagi.

Adakah selamat untuk mengambil Oxymetazoline Hydrochloride semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil oxymetazoline hydrochloride. Oxymetazoline hydrochloride adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori berisiko berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti risiko positif
  • X = Contraindicated
  • X = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Oxymetazoline Hydrochloride?

Apabila menggunakan ubat ini, beberapa kesan sampingan boleh berlaku, seperti perasaan terbakar sementara, rasa menyengat, bersin, peningkatan pengeluaran lelehan hidung atau kekeringan pada mukosa hidung.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Oxymetazoline Hydrochloride?

Oxymetazoline hydrochloride mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Ubat-ubatan yang mempunyai tindak balas termasuklah:

  • Antidepressan trisiklik (amitriptyline) kerana keupayaan oxymetazoline hydrochloride mungkin berkurangan
  • Kokain, furazolidone, inhibitor MAO (phenelzine), or Antidepressan trisiklik (amitriptyline) kerana menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, demam, atau tekanan darah tinggi boleh meningkat.

Bromocriptine atau kokain kerana tindakan dan kesan sampingan ubat ini akan meningkat.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Oxymetazoline Hydrochloride?

Oxymetazoline hydrochloride mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Oxymetazoline Hydrochloride?

Oxymetazoline hydrochloride mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Terutamanya, jika ada mana-mana penyakit berikut:

  • Tekanan darah tinggi
  • Pembesaran prostat
  • Kencing manis
  • Tiroid aktif
  • Penyakit jantung

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Oxymetazoline Hydrochloride yang disyorkan untuk dewasa?

Oxymetazoline hydrochloride mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Ubat-ubatan yang mempunyai tindak balas termasuklah:

  • Antidepressan trisiklik (amitriptyline) kerana keupayaan oxymetazoline hydrochloride mungkin berkurangan
  • Kokain, furazolidone, inhibitor MAO (phenelzine), or Antidepressan trisiklik (amitriptyline) kerana menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, demam, atau tekanan darah tinggi boleh meningkat.
  • Bromocriptine atau kokain kerana tindakan dan kesan sampingan ubat ini akan meningkat.

Apakah dos Oxymetazoline Hydrochloride yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Oxymetazoline hydrochloride mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah bentuk penyediaan Oxymetazoline Hydrochloride

Oxymetazoline hydrochloride mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Terutamanya, jika ada mana-mana penyakit berikut:

  • Tekanan darah tinggi
  • Pembesaran prostat
  • Kencing manis
  • Tiroid aktif
  • Penyakit jantung

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.