Apa itu oxamniquine?

Oleh

Nama AM: Oxamniquine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa kegunaan Oxamniquine ?

Oxamniquine adalah ubat “anthelmintic,” atau ubat anti cacing. Ia dapat menghalang cacing dari tumbuh berkembang di dalam badan anda.

Oxamniquine biasanya turut digunakan untuk rawatan jangkitan yang disebabkan cacing Schistosoma mansoni. Jangkitan ini jarang berlaku, biasanya diperolehi sekiranya melakukan hubungan dengan air tawar di kawasan Afrika.Oxamniquine boleh digunakan untuk tujuan yang lain, sila berhubung dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Oxamniquine?

Ambil Oxamniquine dengan tepat seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda tidak faham arahannya, sila bertanya dengan petugas farmasi, jururawat, atau doktor untuk memberikan penerangan kepada anda.

Ambil setiap dos dengan segelas air yang penuh.

Ambil oxamniquine bersama makanan untuk mengurangkan ketidakselesaan pada perut.

Oxamniquine biasanya diambil dalam satu atau dua dos yang dapat merawat jangkitan secara total.

Bagaimana saya menyimpan Oxamniquine?

Oxamniquine paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Oxamniquine di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Oxamniquine yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Oxamniquine ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Oxamniquine?

Sebelum mengambil oxamniquine sila beritahu doktor anda jika:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplement.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif oxamniquine atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Sekiranya memandu, menggunakan mesin, atau melakukan kerja dan aktiviti yang berbahaya sila gunakan ubat ini dengan berhati-hati. Oxamniquine boleh menyebabkan pening. Jika anda mengalami pening, elakkan semua aktiviti ini.

Adakah selamat untuk mengambil Oxamniquine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil oxamniquine. Oxamniquine adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori berisiko berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti risiko positif
  • X = Contraindicated
  • X = Tidak diketahui

Ia juga tidak dapat diketahui sama ada oxamniquine bertindak balas melepasi susu ibu dan bagaimana ia boleh menjejaskan bayi yang menyusu. Jangan mengambil oxamniquine tanpa merujuk kepada doktor sekiranya anda menyusukan bayi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Oxamniquine?

Kesan sampingan yang kurang serius mungkin boleh berlaku. Teruskan pengambilan oxamniquine dan berbincang dengan doktor sekiranya anda mengalami:

  • Sakit kepala
  • Pening
  • Mengantuk
  • Sakit perut
  • Selera makan yang menurun
  • Muntah

Berhenti dari mengambil oxamniquine dan dapatkan bantuan perubatan kecemasan sekiranya anda mengalami reaksi alahan (bengkak pada bibir, lidah, atau muka; kesesakan nafas, kerongkong tertutup; dan gegata)

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika mana-mana kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi sangat serius ini berlaku, seperti kekejangan dimana selalu berlaku kepada pesakit yang mempunyai sawan atau gangguan atau masalah otak yang lain.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Oxamniquine?

Oxamniquine mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Oxamniquine?

Oxamniquine mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakanny

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Oxamniquine?

Oxamniquine mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Terutamanya, penyakit hati, penyakit buah pinggang, atau masalah gangguan pada otak kerana anda mungkin memerlukan dos yang lebih rendah atau dengan pemantauan khas jika anda mempunyai sebarang keadaan kesihatan ini.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Oxamniquine yang disyorkan untuk dewasa?

Schistosomiasis

Dos yang disyorkan ialah 12-15 mg / kg dengan dos tunggal, melalui oral.

Apakah dos Oxamniquine yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Schistosomiasis

<30 kg: Dos yang disyorkan adalah 10 mg/kg setiap kali dengan selang masa 2-8 jam, melalui oral.

Apakah bentuk penyediaan Oxamniquine

Oxamniquine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Oxamniquine 250 mg kapsul

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku pengambilan dos berlebihan, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau terus pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil satu dos oxamniquine sila ambil ubat ini dengan segera. Walaubagaimanapun, jika sudah hampir masanya untuk dos yang berikutnya, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda