Apa itu operoxolid?

Oleh

Nama AM: Operoxolid Jenama: Operoxolid.

Kegunaan

Apa kegunaan Operoxolid ?

Operoxolid biasanya digunakan untuk merawat jangkitan pada telinga, hidung dan tekak, radang paru-paru (jangkitan paru-paru), jangkitan kulit dan jangkitan bahagian kelamin.
Mengurangkan simptom-simptom di atas dapat membantu melakukan lebih banyak aktiviti harian anda.

Bagaimanakah kegunaan Operoxolid?

Telan ubat ini dengan segelas air penuh.Mengambil ubat ini pada masa sama setiap hari memberikan kesan yang terbaik dan membantu anda untuk mengingati waktu yang perlu anda ambil.

Operoxolid perlu diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum makan atau ketika perut kosong (iaitu lebih 3 jam selepas makan). Operoxolid juga berfungsi dengan lebih baik jika anda mengambilnya sewaktu perut kosong.Teruskan dengan pengambilan ubat ini selagi diarahkan oleh doktor.

Untuk merawat jangkitan, operoxolid biasa diambil untuk 5 sehingga 10 hari. Walaubagaimanpun, doktor juga boleh menyarankan untuk mengambilnya dalam tempoh yang lebih panjang.

Rujuk dengan doktor jika anda tidak pasti berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk memakan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan Operoxolid?

Operoxolid (roxithromycin) paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan ubat rosak, anda tidak boleh menyimpan operoxolid (roxithromycin) di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama operoxolid (roxithromycin) yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.Anda tidak boleh membuang operoxolid (roxithromycin) ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Operoxolid?

Sebelum mengambil operoxolid (roxithromycin), sila beritahu doktor anda jika:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplement.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif operoxolid (roxithromycin) atau ubat-ubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai perancangan untuk melakukan pembedahan atau mendapatkan ubat bius.
  • Anda sekarang menerima atau bercadang untuk mendapatkan rawatan pergigian.
  • Anda mempunyai alahan yang teruk atau mengalami reaksi alahan terhadap, roxithromycin atau mana-mana antibiotik microlide lain (contohnya, azithromycin, clarithromycin atau erythromycin)

Adakah selamat untuk mengambil Operoxolid semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Operoxolid (roxithromycin)?

Beritahu doktor anda jika ada tanda seperti berikut:

  • Jangkitan oral- lidah putih, secara tiba-tiba, sakit pada lidah dan mulut
  • Jangkitan pada vagina- sakit dan kegatalanatau lelehan pada vagina
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Cirit birit
  • Perut kembung
  • Tindakan refleks
  • Hilang selera makan
  • Kulit merah dan/atau kegatalan
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Pekak/telinga berdesing
  • Halusinasi
  • Kekeliruan
  • Keletihan
  • Perubahan pada deria rasa
  • Ruam
  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Kesukaran bernafas atau nafas memberat
  • Bengkak pada muka, bibir, lidah, atau bahagian badan yang lain
  • Kegatalan atau gatal-gatal pada kulit
  • Pengsan
  • Mempunyai gejala demam

Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut, terutamanya jika ia berlaku dalam beberapa minggu selepas menghentikan rawatan dengan roxithromycin.

  • Kekejangan pada perut dan atau kram perut yang teruk
  • Cirit birit yang sangat teruk, yang mungkin juga boleh berdarah
  • Demam, yang bergabuang dengan satu atau dua keadaan di atas.

Ini adalah kesan sampingan yang serius. Anda juga mungkin mempunyai masalah yang serius berkenaan usus anda. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika mana-mana kesan sampingan yang serius ini berlaku:

  • Kesakitan perut pada bahagian atas, yang membawa ke bahagian belakang anda.
  • Loya
  • Muntah (kemungkinan gejala pankreatitis)
  • Cirit birit yang teruk dan berterusan
  • Ruam pada kulit yang progresif kebiasaanya dengan luka mukosa dan lecet (sekitar mata, hidung, mulut dan alat kelamin)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Operoxolid?

Operoxolid (roxithromycin) mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Theophylline
  • Ergot alkaloids
  • Disopyramide
  • Terfenadine
  • Astemizole
  • Warfarin
  • Digoxin
  • Midazolam
  • Cyclosporin
  • Cisapride
  • Pimozide
  • Rifabutin dan bromocriptine (yang menggunakan enzim hati CYP3A)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Operoxolid?

Operoxolid mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah fungsinya ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Operoxolid?

peroxolid boleh bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda, sekarang.

Terutamanya jika anda mempunyai masalah pada buah pinggang (kelainan fungsi buah pinggang) atau masalah hati (sirosis hepatic dengan jaundis dan/atau asites.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Operoxolid (roxithromycin) yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang disarankan bagi seorang dewasa adalah 300 mg sehari, anda boleh mengambilnya mengikut salah satu rejimin dos yang berikut:

  • Satu tablet 300 mg sekali sehari
  • Satu tablet 150mg dua kali sehari
  • Dua tablet 150 mg sekali sehari

Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan anda dan bagaimanakah anda bertindak balas terhadap ubat ini, doktor anda mungkin memberitahu anda untuk mengambil dos yang berbeza.

Apakah dos Operoxolid (roxithromycin) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos roxithromycin untuk kanak-kanak bergantung kepada berat badan mereka.

Dos yang disyorkan bagi kanak-kanak yang mempunyai berat 40 kg dan lebih adalah 300 mg sehari, diambil mengikut pada kadar berikut:

  • Satu tablet 150 mg pada waktu pagi dan satu tablet 150 mg pada waktu petang

Ubat ini tidak disyorkan untuk digunakan pada kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 40 kg.

Apakah bentuk penyediaan Operoxolid (roxithromycin)

Operoxolid (roxithromycin) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos yang berikut:

  • Operoxolid 150 mg x 1 Blister 10 Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku pengambilan dos berlebihan, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau terus pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas waktu atau terlupa mengambil dos operoxolid sila ambil ubat ini dengan segera. Walaubagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga waktu dos yang baru, anda boleh mengabaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan mengambil dos dengan dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut