Opedroxil

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Opedroxil Jenama: Opedroxil.

Kegunaan

Apa itu Opedroxil (Cephadroxil)?

Opedroxil biasanya digunakan bagi merawat pelbagai jenis jangkitan, seperti jangkitan saluran urinari, jangkitan kulit dan struktur kulit, faringitis atau tonsilitis, yang mana disebabkan oleh bakteria. Opedroxil hanya berfungsi untuk melawan bakteria; ia tidak boleh merawat jangkitan virus (contoh, demam selsema).

Opedroxil juga boleh digunakan untuk tujuan lain, sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ambil Opedroxil melalui mulut dengan atau tanpa makanan. Jika sakit perut berlaku, ambil ubat ini bersama makanan bagi mengurangkan iritasi perut.

Untuk jangkitan sembuh sepenuhnya, guna Opedroxil bagi tempoh rawatan yang penuh. Terus guna walaupun anda sudah berasa sihat selama beberapa hari.

Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai cara penggunaan Cefadroxil.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Opedroxil paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Opedroxil di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Opedroxil yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Opedroxil ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap mana-mana kandungan di dalam Opedroxil atau sebarang jenis Cephalosporin yang lain (contohnya, Cephalexin)
  • Anda sedang hamil, merancang untuk hamil, atau sedang menyusu badan.
  • Anda mengambil sebarang ubat yang dipreskripsi atau tanpa dipreskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan diet.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan yang lain.

Segera hubungi doktor anda sekiranya berlaku sakit atau kejang perut, cirit birit yang teruk, atau najis berdarah. Jangan rawat cirit birit tanpa diperiksa oleh doktor terlebih dahulu.

Pastikan anda menggunakan Opedroxil untuk rawatan penuh. Sekiranya tidak, ubat ini mungkin tidak menyembuhkan jangkitan anda sepenuhnya. Bakteria juga akan menjadi kurang sensitif terhadap ubat ini atau ubat-ubatan yang lain. Ini menjadikan jangkitan lebih sukar untuk dirawat di kemudian hari.

Penggunaan Opedroxil untuk jangka masa panjang atau berulang kali akan menyebabkan jangkitan kedua. Beritahu doktor anda jika tanda-tanda jangkitan kedua berlaku. Ubat anda mungkin perlu ditukar bagi merawat jangkitan ini.

Pesakit diabetes: Opedroxil boleh menyebabkan keputusan beberapa ujian glukosa dalam urin menjadi ralat. Tanya doktor anda sebelum mengubah diet atau dos ubat diabetes anda.

Opedroxil boleh menganggu ujian makmal tertentu. Pastikan doktor dan pekerja makmal tahu bahawa anda sedang mengambil Opedroxil.

Berhati-hati menggunakan Opedroxil pada golongan tua: mereka mungkin lebih sensitif terhadap kesan-kesan Opedroxil.

Guna Opedroxil dengan lebih berhati-hati pada kanak-kanak berumur lebih muda daripada 10 tahun yang mengalami cirit birit atau jangkitan pada perut atau usus.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Opedroxil semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Opedroxil.  Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US, Opedroxil termasuk dalam risiko hamil kategori B.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Semua ubat akan menyebabkan kesan sampingan, tetapi kebanyakan orang tidak mengalami, atau hanya mengalami kesan sampingan kecil sahaja. Periksa dengan doktor anda jika mana-mana kesan sampingan yang biasa berlaku ini berterusan atau menganggu anda:

  • Cirit birit.
  • Mual.
  • Sakit perut.
  • Muntah.

Dapatkan perhatian perubatan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk ini berlaku:

  • Ruam.
  • Geligata.
  • Gatal-gatal.
  • Sukar bernafas.
  • Rasa dada ketat.
  • Bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah.
  • Cirit birit berdarah.
  • Urin berwarna gelap.
  • Kurang kencing.
  • Demam, seram sejuk atau sakit kerongkong.
  • Sakit sendi.
  • Kulit merah, bengkak, atau melepuh.
  • Sawan.
  • Cirit birit yang teruk.
  • Sakit atau kejang pada perut.
  • Pendarahan atau lebam luar biasa.
  • Penat atau lemah luar daripada kebiasaan.
  • Vagina gatal-gatal, berbau, atau terdapat lelehan.
  • Kekuningan pada kulit atau mata.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Opedroxil boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Opedroxil mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Opedroxil akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Gangguan pembekuan darah.
  • Masalah buah pinggang.
  • Masalah perut atau usus (contoh, inflamasi).
  • Reaksi alahan yang teruk (contoh, ruam, geligata, susah bernafas, atau pening yang teruk) terhadap antibiotik penisilin (contoh, amoxicilin) atau antibiotik beta-laktam yang lain (contoh, imipenem).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

UTI tanpa komplikasi:

Dos yang disarankan ialah 1–2g satu kali sehari atau dalam dua dos yang dibahagikan.

Complicated UTI berkomplikasi

Dos yang disarankan ialah 2g/hari dalam dua dos yang dibahagikan.

Jangkitan kulit dan struktur kulit:

Dos yang disarankan ialah 1g satu kali sehari atau dalam dua dos yang dibahagikan.

Faringitis/tonsilitis:

Dos yang disarankan ialah 1g satu kali sehari atau dalam dua dos yang dibahagikan selama 10 hari.

Disfungsi buah pinggang (Pembersihan kreatinina <50mL/min):

Dos yang disarankan ialah 1g dos muatan, kemudian 500mg pada selangan dos yang ditambah. Terus ambil ubat ini selama 3 hari selepas simptom-simptom menjadi bertambah baik.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Jangkitan UTI, kulit dan struktur kulit:

Dos yang disarankan ialah 30mg/kg/hari dalam dua dos yang dibahagikan setiap 12 jam.

Faringitis/tonsilitis, impetigo:

Dos yang disarankan ialah 30mg/kg satu kali sehari atau dalam dua dos yang dibahagikan selama 10 hari.

Disfungsi buah pinggang :

Kurangkan dos. Terus ambil ubat ini selama 3 hari selepas simptom-simptom menjadi bertambah baik.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Opedroxil boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Ampaian cephadroxil 250mg/5mL.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil Opedroxil, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut