Opeazitro

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Opeazitro Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Opeazitro® (Azithromycin)?

Opeazitro® biasanya digunakan bagi jangkitan bakteria yang disebabkan oleh organism rentan, seperti:

  • Jangkitan saluran pernafasan bawah, contohnya pneumonia perolehan komuniti, bronkitis.
  • Jangkitan saluran pernafasan atas, contohnya, faringitis, tonsilitis, sinusitis, dan otitis media.
  • Jangkitan pada kulit dan tisu lembut.

Jangkitan genital tanpa komplikasi disebabkan oleh Chlamydia trachomatis.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Opeazitro® biasanya diberi melalui suntikan di bilik rawatan doktor, hospital, atau klinik. Jika anda menggunakan Opeazitro® di rumah, pembekal penjagaan kesihatan akan mengajar anda cara untuk menggunakannya. Pastikan anda memahami cara untuk menggunakan Opeazitro®. Ikut prosedur yang telah diajar apabila anda menggunakannya. Hubungi pembekal penjagaan kesihatan jika anda mempunyai sebarang soalan.

Jangan guna Opeazitro® jika ia mengandungi partikel, menjadi keruh atau bertukar warna, atau jika vial telah retak atau rosak.

Guna Opeazitro® mengikut jadual berkala bagi mendapatkan manfaat Opeazitro® sepenuhnya. Guna Opeazitro® pada masa yang sama setiap hari bagi membantu anda ingat untuk mengambilnya.

Untuk jangkitan sembuh sepenuhnya, guna Opeazitro® bagi tempoh rawatan yang penuh. Terus guna walaupun anda sudah berasa sihat selama beberapa hari.

Simpan produk ini, begitu juga picagari dan jarum, jauhi daripada kanak-kanak serta haiwan peliharaan. Jangan guna semula jarum, picagari, atau bahan yang lain. Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda mengenai cara untuk membuang semua bahan ini selepas digunakan. Ikut semua peraturan setempat bagi membuang bahan-bahan ini.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Opeazitro® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Opeazitro® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Opeazitro® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Opeazitro® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap mana-mana kandungan di dalam Opeazitro®.
  • Anda sedang hamil, merancang untuk hamil, atau sedang menyusu badan.
  • Anda mengambil sebarang ubat yang dipreskripsi atau tanpa dipreskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan diet.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan yang lain.

Oleh sebab terdapat risiko superjangkitan akibat bakteria tanpa rentan dan risiko kolitis pseudomembran semasa mengunakan mana-mana antibiotik berspektrum luas, langkah berjaga-jaga harus diambil ketika menggunakan Azithromycin.

Reaksi alahan yang serius, seperti angioedema dan anafilaksis jarang dilaporkan berlaku pada pesakit yang menggunakan Azithromycim dan terapi makrolida yang lain.

Kerosakan buah pinggang: Dos tidak perlu diubah bagi pesakit yang mempunyai kegagalan buah pinggang yang sederhana (pembersihan kreatinina > 40 mL/min) Walau bagaimanapun, tiada data mengenai penggunaan Azithromycin pada pesakit yang menghidapi kerosakan buah pinggang yang teruk, langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika menggunakan ubat pada pesakit ini.

Kerosakan hati: Sistem hepatobilari merupakan jalan utama bagi pengumuhan Azithromycin, ia tidak seharusnya digunakan pada pesakit yang menghidapi kerosakan hati.

Azithromycin tidak dijangka boleh memberi kesan kepada keupayaan anda untuk memandu atau mengendalikan mesin.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Opeazitro® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Opeazitro®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan boleh berlaku seperti mual, muntah, kembung, cirit birit, ruam kulit, dan gatal-gatal. Kadang kala, peningkatan transaminase hati yang boleh dibalik semula berlaku sama seperti makrolida yang lain.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Opeazitro® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini, termasuk:

  • Antasid mengurangkan penyerapan Azithromycin, jadi apabila kedua-dua ubat ini perlu diambil bersama, ia harus diambil 1 jam sebelum atau 2 jam selepas antasid diambil.
  • Oleh sebab terdapat potensi tindak balas antara Azithromycin dan Cyclosporin, paras Cyclosporin harus dipantau dan dosnya harus diubah sekiranya perlu diambil bersama Azithromycin.
  • Sesetengah antibiotik makrolida diketahui dapat mengurangkan biotransformasi digoxin. Walaupun tiada laporan mengenai kesan sebegini dengan penggunaan Azithromycin, kemungkinan tindak balas disebabkan oleh penggunaan bersama harus diingatkan dan paras digoxin perlu diawasi.
  • Sama seperti antibiotik makrolida yang lain, Azithromycin tidak boleh diberi bersama derivatif ergot.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Opeazitro® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Opeazitro® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Jangkitan Bakteria Akut pada Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik

Dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali, kemudian 250 mg sekali sehari untuk 4 hari.

Alternatif lain, dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali sehari untuk 3 hari.

Otitis Media Akut

Dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali, kemudian 250 mg sekali sehari untuk 4 hari.

Penyakit Ulser Genital (Chancroid)

Dos yang disarankan 1 g PO sekali.

Sinusitis Bakteria Akut

Dos yang disarankan ialah 500 mg/hari PO selama 3 hari atau 2 g PO sekali.

Pneumonia Perolehan Komuniti

Dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali, kemudian 250 mg sekali sehari untuk 4 hari.

Dos yang disarankan 2 g ampaian keluar luas PO sekali.

Dos yang disarankan 500 mg IV sebagai satu dos, diikuti dengan terapi oral satu dos 500 mg bagi menghabiskan 7-10 hari tempoh rawatan.

Faringitis/Tonsillitis

Dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali, kemudian 250 mg sekali sehari untuk 4 hari.

Alternatif lain, dos yang disarankan ialah 12 mg/kg PO; tidak melebihi 500 mg bagi hari-1 diikuti dengan 6 mg/kg; tidak mlebihi 250 mg bagi hari kedua melalui 5.

Jangkitan kulit/struktur kulit tanpa komplikasi

Dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali, kemudian 250 mg sekali sehari untuk 4 hari.

Penyakit Cakar Kucing

>45.5 kg: Dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali, kemudian 250 mg sekali sehari untuk 4 hari.

Pertusis  (diluar indikasi)

Dos yang disarankan ialah 500 mg PO sekali, kemudian 250 mg sekali sehari untuk 4 hari.

Penyakit Radang Pelvik Akut

Dos yang disarankan 500 mg IV selama 1 satu jam sekali sehari untuk 1-2 hari; ikut terapi melalui oral dengan 250 sekali sehari untuk 5 hari bagi melengkapkan terapi 7 hari.

Jangkitan Gonokokal tanpa Komplikasi

Jangkitan faring, servik, uretra, atau rektum: Ceftriaxone 250 mg IM satu kali bersama azithromycin 1 g PO satu kali (disarankan) atau doxycycline 100 mg PO satu kali setiap 12 jam untuk 7 hari.

Serangan seksual

Profilaksis penyakit yang dijangkiti melalui sentuhan seksual (STD) seperti gonorea selepas serangan seksual mengikut panduan CDC termasuk regimen 3 jenis ubat berikut:

  • Ceftriaxone: Dos yang disarankan ialah 250 mg IM satu kali TAMBAH.
  • Azithromycin: Dos yang disarankan ialah 1 g PO satu kali TAMBAH.
  • Metronidazole or tinidazole: Dos yang disarankan ialah 2 g PO satu kali.

Jika terdapat pengambilan alkohol dalam masa terdekat atau rawatan kecemasan bagi mencegah kehamilan telah dilakukan, metronidazole atau tinidazole boleh diambil oleh mangsa di rumah berbanding terapi pemerhatian terus bagi mengelak tindak balas ubat.

Jangkitan Kompleks Mycobacterium Avium

Pencegahan

  • Profilaksis primer: Dos yang disarankan ialah 1.2 g PO satu kali seminggu atau 600 mg dua kali seminggu; dengan atau tanpa rifabutin 300 mg satu kali sehari.
  • Profilaksis sekunder: Dos yang disarankan ialah 500-600 mg PO satu kali sehari bersama ethambutol.

Rawatan

  • Dos yang disarankan ialah 250 mg PO sekali sehari bersama ethambutol 15 mg/kg/hari dengan atau tanpa rifabutim 300 mg/hari.
  • Regimen alternatif: Dos yang disarankan ialah 500-600 mg PO satu kali sehari bersama ethambutol.

Endokarditis (diluar indikasi) – Profilaksis

Dos yang disarankan 500 mg PO 30-60 minit sebelum prosedur.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Regimen 3 hari:

Dos yang disarankan bagi kanak-kanak ialah 10 mg/kg sebagai dos tunggal harian untuk 3 hari. Dos keseluruhan ialah 30 mg/kg.

Doktor juga akan menyarankan dos tunggal harian untuk 3 hari mengikut umur dan berat badan seperti berikut:

  • 6 bulan – 3 tahun/ 8 – 15kg: dos tunggal harian ialah 10mg/kg.
  • 3 – 7 tahun/ 15 – 25kg: dos tunggal harian ialah 200mg.
  • 8 – 11 tahun/ 26 – 35kg: dos tunggal harian ialah 300mg.
  • 12 – 14tahun/ 36 – 45kg: dos tunggal harian ialah is 400mg.

Maklumat keberkesanan dan keselamatan ubat ini bagi kanak-kanak bawah umur 6 bulan masih lagi tidak mencukupi, oleh itu ubat ini tidak disarankan untuk diguna oleh kumpulan umur ini.

Regimen 5 hari:

Dos yang disarankan bagi kanak-kanak ialah 10 mg/kg sebagai dos tunggal pada hari pertama, diikuti dengan 5 mg/kg pada hari kedua melalui regimen 5 hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Opeazitro® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Kotak yang mengandungi 6 sacet x 2.5 g serbuk oral.
  • Kotak yang mengandungi 3 sacet x 2.5 g serbuk oral.
  • Kotak yang mengandungi 1 lepuh x 6 filem caplet bersalut.
  • Kotak yang mengandungi 1 lepuh x 3 filem caplet bersalut.  

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Opeazitro®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.