Onkovertin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Onkovertin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Onkovertin (Dextran 40, Sodium Chloride)?

Onkovertin biasanya digunakan sebagai pengganti plasma dalam pembedahan, kecederaan, kejutan, terbakar, dan pendarahan.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Ubat ini disuntik melalui infusi IV oleh doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Onkovertin paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Onkovertin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Onkovertin yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Onkovertin ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Empingan dextran mungkin boleh didapati dalam bentuk larutan apabila disimpan dalam tempoh masa yang lama atau sekiranya suhu tempat simpanan jauh berbeza. Empingan yang dilarut dengan larutan panas di dalam air mandian pada suhu 100°C sehingga menjadi jernih, atau melalui pengautoklafan pada suhu 110°C selama 15 minit.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Kadar infusi bergantung kepada keperluan khusus pesakit (contoh, jumlah cecair yang hilang, hasilan hemokonsentrat). 500 mL (10 mL/kg) cecair yang pertama boleh dimasukkan dengan pantas jika tekanan vena sentral dipantau dengan teliti; walau bagaimanapun, dos yang selebihnya akan dimasukkan secara perlahan-lahan.

Jika tekanan vena sentral tidak dipantau, masukkan ubat dengan lebih perlahan; perhatikan pesakit dengan teliti bagi melihat tanda-tanda beban lebih edaran.

Ubat ini tidak boleh digunakan dalam kes

  • Kegagalan jantung kongesif yang teruk atau dekonpensasi kardiak.
  • Trombositopenia.
  • Kegagalan buah pinggang serta anuria atau oliguria yang teruk.

Selain itu, terdapat beberapa amaran yang anda perlu tahu:

  • Fungsi buah pinggang terjejas.
  • Masalah pembekuan darah, polisitemia, pendarahan.
  • Penyakit hati kronik atau hipovolemia.
  • Membetulkan kekurangan faktor koagulasi sebelum menggunakan ubat.
  • Kekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Onkovertin semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Onkovertin.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beberapa kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, termasuk:

  • Reaksi anafilaktik.
  • Urtikaria.
  • Hidung tersumbat.
  • Nafas berdehit.
  • Dada berasa ketat.
  • Sedikit hipotensi.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Onkovertin boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Produk-produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini, seperti:

  • Aminoglycoside.
  • Antikoagulan.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Onkovertin mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Onkovertin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Kejutan

Ubah dos dan kadar infusi berdasarkan keperluan individual pesakit, jumlah cecair yang hilang, dan hasilan hemokonsentrat.

Jumlah maksimum keseluruhan dos (bagi 24 jam pertama) ialah 2 g/kg (20mL/kg); selepas itu, dos maximum 1 g/kg (10 mL/kg) setiap hari sehingga ke 5 hari.

Sirkulasi Ekstrakorporeal

Dos biasa ialah 1-2 g/kg (10–20 mL/kg).

Dos maksimum ialah 2 g/kg (10–20 mL/kg).

Jumlah larutan yang digunakan berbeza mengikut isipadu pam oksigenator.

Profilaksis Gangguan Tromboembolik

Pilih dos mengikut risiko komplikasi tromboembolik (contoh, jenis pembedahan, tempoh pesakit tidak boleh bergerak).

Umumnya, pada hari pembedahan, 50–100 g (500–1000 mL [dalam anggaran 10 mL/kg]). Kemudian, 50 g (500 mL) setiap hari bagi 2-3 hari tambahan. Selepas itu, mungkin boleh beri 50 g (500 mL) setiap 2-3 hari sehingga ke 2 minggu, mengikut risiko komplikasi tromboembolik.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kejutan

Ubah dos dan kadar infusi berdasarkan keperluan individual pesakit, jumlah cecair yang hilang, dan hasilan hemokonsentrat.

Bayi: dos yang disarankan ialah 0.5 g/kg (5 mL/kg).

Kanak-kanak: dos yang disarankan ialah 1 g/kg (10 mL/kg).

Remaja: Jumlah maksimum keseluruhan dos (bagi 24 jam pertama) ialah 2 g/kg (20mL/kg); selepas itu, dos maximum 1 g/kg (10 mL/kg) setiap hari sehingga ke 5 hari.

Sirkulasi Ekstrakorporeal

Bayi: dos yang disarankan ialah 0.5 g/kg (5 mL/kg).

Kanak-kanak: dos yang disarankan ialah 1 g/kg (10 mL/kg).

Profilaksis Gangguan Tromboembolik

Bayi: dos yang disarankan ialah 0.5 g/kg (5 mL/kg).

Kanak-kanak: dos yang disarankan ialah 1 g/kg (10 mL/kg).

Remaja: Pilih dos mengikut risiko komplikasi tromboembolik (contoh, jenis pembedahan, tempoh pesakit tidak boleh bergerak).Umumnya, pada hari pembedahan, 50–100 g (500–1000 mL [dalam anggaran 10 mL/kg]). Kemudian, 50 g (500 mL) setiap hari bagi 2-3 hari tambahan. Selepas itu, mungkin boleh beri 50 g (500 mL) setiap 2-3 hari sehingga ke 2 minggu, mengikut risiko komplikasi tromboembolik.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Onkovertin boleh didapati dalam bentuk dalam bentuk berikut:

  • Suntikan larutan Onkovertin dextran 40 dalam NaCl 0.9% 500ml.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Onkovertin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.