NyQuil

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: NyQuil Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu NyQuil?

NyQuil® biasanya digunakan untuk merawat batuk, hidung tersumbat, bersin, kegatalan, dan mata berair yang disebabkan oleh alahan, selesema, atau influenza.

Bagaimanakah kegunaan NyQuil?

Gunakan ubat ini mengikut arahan yang tertera pada label ubat atau seperti yang disarankan oleh doktor anda. Jangan menambah atau mengurangkan dos dan jangan guna melebihi jangka waktu yang dinasihatkan. Ubat ini biasanya diambil untuk jangka masa pendek iaitu sehingga simptom-simptom yang dihadapi berkurang.

Sukat ubat dengan tepat menggunakan sudu penyukat khas. Anda boleh mendapatkannya di farmasi.

Hubungi doktor anda sekiranya simptom-simptom yang dialami tidak berkurang selepas tujuh hari pengambilan ubat, atau jika anda mulai demam, sakit kepala, batuk, atau dinaiki ruam pada kulit.

Jika anda memerlukan pembedahan atau ujian kesihatan, beritahu doktor lebih awal sekiranya anda telah mengambil ubat ini beberapa hari sebelumnya.

Bagaimana saya menyimpan NyQuil?

NyQuil® sebaiknya  disimpan pada suhu bilik serta dijauhkan dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk menghalang ubat daripada rosak, anda tidak digalakkan untuk menyimpan NyQuil® di dalam bilik air ataupun peti sejuk. NyQuil® yang berlainan jenama mungkin mempunyai cara penyimpanan yang berbeza. Pastikan anda memeriksa label untuk mengetahui cara penyimpanan yang diperlukan, atau rujuk ahli farmasi anda. Untuk tujuan keselamatan, jauhkan ubat ini dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak dibenarkan membuang ubat ini sama ada di dalam sinki, tandas, ataupun longkang melainkan diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk memastikan ubat ini dilupuskan dengan cara yang betul sekiranya ia telah luput atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk lebih maklumat mengenai hal ini.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan NyQuil?

Sebelum menggunakan NyQuil®, sila beritahu doktor sekiranya :

  • Anda sedang mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya dibolehkan mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada NyQuil® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit atau masalah kesihatan yang lain.

Jangan gunakan dextromethorphan atau doxylamine sekiranya anda telah mengambil monoamie oxidase inhibitor (MAOI) 14 hari sebelumnya. Tindak balas ubat yang berbahaya boleh berlaku. MAOI termasuklah isocarboxazid, linezolid, suntikan methylene blue, phenelzine, rasagiline, selegiline, tranylcypromine, dan selainnya.

Ubat ini tidak dibenarkan untuk kegunaan kanak-kanak bawah 12 tahun. Rujuk doktor sebelum memberi sebarang ubat batuk atau ubat selesema kepada kanak-kanak. Penggunaan ubat dengan cara yang salah pada kanak-kanak boleh menyebabkan kematian.

Adakah selamat untuk mengambil NyQuil semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Menurut FDA (Food and Drug Administration), NyQuil® membawa risiko kehamilan kategori N.

Kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A = Tiada risiko.
  • B = Tiada risiko menurut beberapa kajian.
  • C = Mungkin terdapat risiko.
  • D = Terdapat risiko yang dibuktikan melalui kajian.
  • X = Penggunaan tidak dibenarkan.
  • N = Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Antara kesan sampingan NyQuil® ialah seperti berikut:

  • Mengantuk.
  • Pening kepala.
  • Kegelisahan.
  • Gangguan tidur (insomnia).
  • Merasa resah atau teruja (terutamanya kanak-kanak).

Berhenti menggunakan ubat ini dan hubungi doktor sekiranya anda mengalami:

  • Pening kepala yang teruk, kegelisahan, rasa seperti mahu pitam.
  • Kurang atau tidak kencing langsung.
  • Masalah pada hati seperti loya, sakit perut, gatal-gatal, keletihan, hilang selera makan, warna kencing menjadi gelap, warna najis menjadi pudar, jaundis (kekuningan pada mata dan kulit).

Namun demikian, bukan semua orang akan mengalami kesan-kesan sampingan di atas. Mungkin juga terdapat kesan sampingan lain yang tidak dinyatakan. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang kesan sampingan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas NyQuil?

NyQuil® boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang anda ambil, dan ia boleh mengubah fungsi ubat tersebut atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti, atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas NyQuil?

NyQuil® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan NyQuil?

NyQuil® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

  • Dos yang disyorkan ialah 30ml setiap 6 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

  • Kanak-kanak 12 tahun dan ke atas : Dos yang disyorkan ialah 30 mL setiap 6 jam.
  • Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun : Rujuk doktor.
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun : Elakkan penggunaannya

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

NyQuil® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan :

  • Cecair 8FL oz (236ml).
  • Cecair 12FL oz (354ml).

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos NyQuil®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walaubagaimanapun, sekiranya sudah hampir tiba masa untuk dos yang seterusnya, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan meneruskan pengambilan dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.