NyQuil Cold & Flu Nighttime

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: NyQuil Cold & Flu Nighttime Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu NyQuil Cold & Flu Nighttime?

NyQuil® Cold & Flu Nighttime biasanya digunakan untuk memberi kelegaan sementara dari simptom-simptom selesema dan influenza:

  • Batuk yang disebabkan keradangan pada tekak dan bronkus.
  • Sakit tekak.
  • Sakit kepala.
  • Kesakitan ringan.
  • Demam.
  • Hidung tersumbat dan bersin.

NyQuil® Cold & Flu Nighttime tidak berkesan menangani batuk yang disebabkan asthma, emfisema, dan perokok.

Bagaimanakah kegunaan NyQuil Cold & Flu Nighttime?

Untuk ubat yang diambil secara oral, anda perlu :

  • Makan NyQuil® Cold & Flu Nighttime mengikut dos dan aturan masa yang dinasihatkan doktor.
  • Baca label dengan teliti sebelum menggunakan NyQuil® Cold & Flu Nighttime.
  • Rujuk doktor anda sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak difahami dengan jelas pada label.

Bagaimana saya menyimpan NyQuil Cold & Flu Nighttime?

NyQuil® Cold & Flu Nighttime sebaiknya disimpan pada suhu bilik serta dijauhkan dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk menghalang ubat daripada rosak, anda tidak digalakkan untuk menyimpan NyQuil® Cold & Flu Nighttime di dalam bilik air ataupun peti sejuk. NyQuil® Cold & Flu Nighttime yang berlainan jenama mungkin mempunyai cara penyimpanan yang berbeza. Pastikan anda memeriksa label untuk mengetahui cara penyimpanan yang diperlukan, atau rujuk ahli farmasi anda. Untuk tujuan keselamatan, jauhkan ubat ini dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak dibenarkan membuang ubat ini sama ada di dalam sinki, tandas, ataupun longkang melainkan diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk memastikan ubat ini dilupuskan dengan cara yang betul sekiranya ia telah luput atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk lebih maklumat mengenai hal ini.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan NyQuil Cold & Flu Nighttime?

Sebelum menggunakan NyQuil® Cold & Flu Nighttime, sila beritahu doktor anda :

  • Yang anda sedang mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya dibolehkan mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada NyQuil® Cold & Flu Nighttime atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit atau masalah kesihatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil NyQuil Cold & Flu Nighttime semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

NyQuil® Cold & Flu Nighttime mungkin menyebabkan kesan-kesan sampingan berikut :

  • Sakit kepala yang teruk.
  • Sawan (konvulsi).
  • Degupan jantung yang pantas, kuat, dan tidak sekata.
  • Kekeliruan.
  • Halusinasi.
  • Pening kepala yang teruk.
  • Pernafasan menjadi perlahan dan singkat.
  • Gegaran.
  • Pergerakan otot yang tidak menentu.
  • Kencing menjadi sedikit atau tidak kencing langsung.
  • Simptom-simptom influenza.
  • Lebam-lebam.
  • Pendarahan.
  • Kulit menjadi pucat.
  • Ringan kepala.
  • Loya
  • Hilang selera makan.
  • Warna kencing bertukar gelap.
  • Warna najis bertukar pudar.
  • Jaundis (kekuningan pada mata dan kulit).
  • Kesukaran untuk tidur (insomnia).
  • Cirit-birit atau sembelit.
  • Mata menjadi kering.
  • Penglihatan menjadi kabur.
  • Mulut dan hidung menjadi kering.
  • Masalah untuk menumpukan perhatian.
  • Merasa resah atau teruja (terutama kanak-kanak)
  • Ruam pada kulit.

Namun demikian, bukan semua orang akan mengalami kesan-kesan sampingan di atas. Malahan terdapat juga kesan sampingan lain yang tidak dinyatakan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang kesan sampingan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas NyQuil Cold & Flu Nighttime?

NyQuil® Cold & Flu Nighttime boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang anda ambil, dan ia boleh mengubah fungsi ubat tersebut atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Hal ini terutamanya jika anda mengambil Kalium/potassium (Cytra, Epiklor, K-Lyte, K-Phos, Kaon, Klor-Con, Polycitra, Urocit-K).

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas NyQuil Cold & Flu Nighttime?

NyQuil® Cold & Flu Nighttime mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan NyQuil Cold & Flu Nighttime?

NyQuil® Cold & Flu Nighttime akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Asthma/ COPD.
  • Batuk dengan mukus, atau batuk yang disebabkan oleh emfisema, rokok, atau bronitis kronik.
  • Masalah perut atau usus tersumbat
  • Masalah buah pinggang
  • Pembesaran kelenjar prostat, atau masalah semasa membuang air kecil
  • Glaukoma

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang dicadangkan ialah 30ml dan diambil setiap 6 jam, tidak melebihi 4 dos sehari.

Pesakit digalakkan untuk mengguna penyukat khas yang disediakan untuk mendapatkan sukatan tepat.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang dicadangkan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas ialah 30ml dan diambil setiap 6 jam, tidak melebihi 4 dos sehari.

Pesakit digalakkan untuk mengguna penyukat khas yang disediakan untuk mendapatkan sukatan tepat.

Ubat ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ia mungkin tidak selamat digunakan. Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

NyQuil® Cold & Flu Nighttime boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan :

  • Cecair, mengandungi 650mg Acetaminophen, 30 mg Dextromethorphan Hydrobromide, dan 12.5 mg Doxylamine Succinate per 30 ml.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos NyQuil® Cold & Flu Nighttime, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Rujukan