Nuvigil

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Nuvigil Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Nuvigil?

Nuvigil® digunakan untuk merawat rasa mengantuk berlebihan yang disebabkan gangguan pernafasan ketika tidur (apnea tidur), narkolepsi, dan gangguan tidur yang disebabkan kerja syif. Nuvigil® juga digunakan untuk beberapa tujuan lain.

Bagaimanakah kegunaan Nuvigil?

Ambil Nuvigil® sebagaimana yang diarahkan oleh doktor anda. Patuhi semua arahan yang tertera pada label preskripsi. Ambil ubat ini mengikut dos yang ditetapkan tanpa berlebihan atau berkurangan. Jangan ambil ubat ini melebihi jangka masa yang diarahkan.

Armodafinil dapat mendatangkan ketagihan. Jangan kongsi Nuvigil® dengan orang lain, terutamanya mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau ketagihan. Penjualan ubat ini tanpa preskripsi atau memberi sewenang-wenangnya adalah salah di sisi undang-undang.

Nuvigil® biasanya diambil pada waktu pagi untuk mencegah rasa mengantuk siang hari, atau sejam sebelum bekerja untuk mencegah gangguan tidur sewaktu kerja.

Ubat ini boleh diambil bersama makanan atau tanpa makanan.

Nuvigil® biasanya diberi sehingga 12 minggu. Ikut arahan doktor anda.

Jika anda menggunakan ubat ini untuk mencegah rasa mengantuk yang disebabkan oleh apnea tidur obstruktif, anda juga boleh menggunakan mesin CPAP (Continuous Positive Air Pressure). Mesin ini ialah pam udara yang disambung kepada topeng dan ia akan menyalurkan udara bertekanan ke dalam hidung anda ketika tidur. Mesin ini tidaklah melakukan pernafasan bagi pihak anda tetapi udara yang disalurkan itu dapat membantu mengekalkan saluran pernafasan anda terbuka.

Jangan berhenti menggunakan mesin CPAP ketika tidur melainkan atas saranan doktor. Kombinasi mesin CPAP dan Nuvigil® mungkin diperlukan untuk rawatan yang lebih berkesan.

Pengambilan Nuvigil® bukanlah bermaksud anda tidak perlu mendapatkan tidur yang cukup. Bincang dengan doktor anda sekiranya anda masih mempunyai masalah rasa mengantuk yang berlebihan walaupun setelah mengambil ubat ini. Nuvigil® tidak akan menyembuhkan apnea tidur obstruktif atau merawat puncanya. Ikut arahan doktor anda tentang rawatan-rawatan lain bagi masalah ini.

Bagaimana saya menyimpan Nuvigil?

Nuvigil® sebaiknya  disimpan pada suhu bilik serta dijauhkan dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk menghalang ubat daripada rosak, anda tidak digalakkan untuk menyimpan Nuvigil® di dalam bilik air ataupun peti sejuk. Nuvigil® yang berlainan jenama mungkin mempunyai cara penyimpanan yang berbeza. Pastikan anda memeriksa label untuk mengetahui cara penyimpanan yang diperlukan, atau rujuk ahli farmasi anda. Untuk tujuan keselamatan, jauhkan ubat ini dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak dibenarkan membuang ubat ini sama ada di dalam sinki, tandas, ataupun longkang melainkan diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk memastikan ubat ini dilupuskan dengan cara yang betul sekiranya ia telah luput atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk lebih maklumat mengenai hal ini.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Nuvigil?

Sebelum menggunakan Nuvigil®, sila beritahu doktor sekiranya :

  • Anda sedang mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya dibolehkan mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Nuvigil® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit atau masalah kesihatan yang lain.

Untuk memastikan Nuvigil® selamat untuk digunakan anda, beritahu doktor sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti :

  • Masalah berkaitan buah pinggang atau hati
  • Masalah jantung atau injap jantung contohnya prolaps injap mitral
  • Tekanan darah tinggi, penyakit jantung, atau pernah mengalami serangan jantung
  • Penyakit mental atau psikosis
  • Penyalahgunaan dadah atau ketagihan alkohol

Gunakan kaedah perancangan keluarga sepeti kondom atau diafragma dengan spermisida. Pencegah kehamilan hormonal (pil perancang keluarga, suntikan, implan) mungkin tidak cukup efektif untuk mencegah kehamilan sepanjang tempoh rawatan.

Nuvigil® tidak dibenarkan untuk kegunaan mereka yang berumur bawah 17 tahun.

Adakah selamat untuk mengambil Nuvigil semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Menurut FDA (Food and Drug Administration), Nuvigil® membawa risiko kehamilan kategori C.

Kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut :

  • A = Tiada risiko.
  • B = Tiada risiko menurut beberapa kajian.
  • C = Mungkin terdapat risiko.
  • D = Terdapat risiko yang dibuktikan melalui kajian.
  • X = Penggunaan tidak dibenarkan.
  • N = Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera sekiranya anda mendapati tanda-tanda reaksi alahan terhadap Nuvigil® seperti gatal-gatal, suara menjadi serak, kesukaran bernafas, dan bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Hentikan pengambilan Nuvigil® dan segera berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ruam pada kulit, sekalipun kelihatan tidak begitu teruk.

Ruam pada kulit yang cukup serius untuk memasukkan orang ke dalam hospital boleh berlaku dengan penggunaan ubat yang mempunyai ciri persamaan dengan Armodafinil. Ruam ini biasanya muncul seminggu hingga lima minggu selepas pengambilan dos pertama.

Dalam kes terpencil, Armodafinil boleh bertindakbalas dengan ubat-ubatan lain lalu menyebabkan reaksi yang teruk melibatkan pelbagai anggota badan. Reaksi ini bermula beberapa minggu setelah ubat ini digunakan. Dapatkan rawatan kesihatan sekiranya didapati anda mulai demam, muka membengkak, ruam pada kulit yang kemerahan atau melepuh, simptom-simptom influenza, kelenjar membengkak, merasa lemah dan letih, merasa kebas atau semut-semut, sakit perut, hilang selera makan, jaundis (kekuningan pada mata dan kulit), berat badan menyusut, merasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil, sakit belkang, kaki membengkak, batuk, sakit dada, dan kesukaran bernafas.

Hentikan pengambilan Nuvigil® dan dapatkan bantuan doktor sekiranya anda mengalami :

  • Lebam-lebam, semut-semut, merasa kebas atau sakit, otot terasa lemah.
  • Perdarahan hidung atau gusi.
  • Kulit luka atau melepuh.
  • Ulser mulut, kesukaran menelan makanan.
  • Keresahan, kemurungan, halusinasi, menjadi agresif, perubahan sikap, merasa ingin bunuh diri.
  • Sakit dada, degupan jantung tidak sekata.
  • Reaksi yang teruk pada kulit – demam, sakit tekak, bengkak muka atau lidah, pedih mata, kulit terasa sakit, diikuti ruam berwarna merah atau ungu yang merebak ke muka dan badan menyebabkan kulit melepuh dan mengelupas.

Kesan sampigan yang biasa termasuklah:

  • Sakit kepala, pening kepala.
  • Loya.
  • Gangguan tidur (insomnia).

Namun begitu, bukanlah semua orang mengalami kesan-kesan sampingan tersebut. Mungkin juga terdapat kesan sampingan lain yang tidak dinyatakan. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda.  

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Nuvigil?

Nuvigil® boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang anda ambil, dan ia boleh mengubah fungsi ubat tersebut atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Nuvigil?

Nuvigil® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Nuvigil?

Nuvigil® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Obstructive Sleep Apnea (OSA) dan Narcolepsy

Dos yang disyorkan ialah 150-250mg sekali sehari dan diambil secara oral pada waktu pagi.

Shift Work Disorder (SWD)

Dos yang disyorkan ialah 150mg sekali sehari dan diambil secara oral dalam anggaran sejam sebelum mula bekerja.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos yang disyorkan untuk kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Nuvigil® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet Armodafinil 50 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nuvigil®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walaubagaimanapun, sekiranya sudah hampir tiba masa untuk dos yang seterusnya, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan meneruskan pengambilan dos yang  ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.