Nutrisol S

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Nutrisol S Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Nutrisol S?

Nutrisol®-S biasanya digunakan untuk merawat masalah saluran pencernaan dan metabolisme. Selain itu, ia juga digunakan untuk penurunan protein darah, malnutrisi, serta persediaan sebelum dan selepas pembedahan.

Nutrisol®-S boleh juga dipreskripsi untuk kegunaan lain. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Nutrisol S?

Ikut arahan yang terdapat pada label preskripsi.

Jangan ambil ubat ini kurang atau lebih dari amaun yang dicadangkan.

Nutrisol®-S diberikan dalam bentuk suntikan di pejabat doktor, hospital, atau klinik. Hubungi pegawai kesihatan anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Bagaimana saya menyimpan Nutrisol S?

Nutrisol®-S  disimpan pada suhu bilik dan dijauhkan dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk menghalang ubat daripada rosak, anda tidak digalakkan untuk menyimpan Nutrisol®-S di dalam bilik air ataupun peti sejuk. Nutrisol®-S yang berlainan jenama mungkin mempunyai cara penyimpanan yang berbeza. Pastikan anda memeriksa label untuk mengetahui cara penyimpanan yang diperlukan, atau rujuk ahli farmas anda. Untuk tujuan keselamatan, jauhkan ubat ini dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak dibenarkan membuang ubat ini sama ada di dalam sinki, tandas, ataupun longkang melainkan diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk memastikan ubat ini dilupuskan dengan cara yang betul sekiranya ia telah luput atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk lebih maklumat mengenai hal ini.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Nutrisol S?

Sebelum mengambil Nutrisol®-S, sila beritahu doktor anda sekiranya :

  • Anda sedang mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya dbolehkan mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Nutrisol®-S atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit atau masalah kesihatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Nutrisol S semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Nutrisol®-S mungkin menyebabkan kesan-kesan sampingan berikut :

  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Sakit dada
  • Berdebar-debar
  • Menggigil
  • Demam
  • Sakit kepala

Dapatkan khidmat perubatan dengan segera sekiranya anda mengalami reaksi alergi yang teruk (ruam, gatal-gatal, kesukaran bernafas, rasa sesak dada, bengkak pada mulut, wajah, bibir, atau lidah).

Namun demikian, bukan semua orang akan mengalami kesan-kesan sampingan di atas. Malahan terdapat juga kesan sampingan lain yang tidak dinyatakan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang kesan sampingan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Nutrisol S?

Nutrisol®-S boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang anda ambil, dan ia boleh mengubah fungsi ubat tersebut atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Nutrisol S?

Nutrisol®-S mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Nutrisol S?

Nutrisol®-S akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Kerosakan buah pinggang atau peningkatan kadar sodium dalam darah.
  • Enkefalopati hepatik.
  • Masalah metabolisme asid amino.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

  • Dos biasa ialah 20 ml / kg / hari.
  • Dos maksimum ialah 30 ml / kg / hari.
  • Doktor anda mungkin akan memberi preskripsi dos yang berbeza.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

  • Dos biasa ialah 40 ml / kg / hari.
  • Dos maksimum ialah 50 ml / kg / hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Nutrisol®-S boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Nutrisol®-S cecair infusi 5% : 250ml dan 500ml.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nutrisol®-S , sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walaubagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.