Novolog

Oleh

Nama AM: Novolog Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Novolog® (insulin aspart)?

Novolog® adalah insulin bertindak pantas yang mula berfungsi lebih kurang 15 minit selepas suntikan, kemuncak fungsi ubat ini lebih kurang 1 jam, dan terus berfungsi selama 2 hingga 4 jam. Insulin adalah hormon yang berfungsi untuk merendahkan paras glukosa (gula) di dalam darah.

Novolog® digunakan untuk meningkatkan kawalan gula dalam darah pada orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidapi diabetes melitus. Ubat ini kadang kala digunakan bersama insulin bertindak lama atau insulin bertindak sederhana.

Novolog® digunakan untuk merawat diabetes jenis 2 pada orang dewasa. Novolog® juga digunakan untuk merawat diabetes jenis 1 pada orang dewasa dan kanak-kanak sekurang-kurangnya dua tahun.

Bagaimanakah pengambilan Novolog® (insulin aspart) dilakukan?

Guna Novolog® seperti yang telah dipreskripsi kepada anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan guna ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau terlalu sedikit atau terlalu lama daripada yang disarankan.

Novolog® disuntik di bawah kulit, atau ke dalam vena melalui IV. Anda akan diajar cara untuk menggunakan suntikan di rumah. Jangan beri ubat ini kepada diri anda sendiri jika anda tidak memahami cara untuk menyuntik dan membuang jarum, tiub IV, dan barang-barang lain yang digunakan dengan betul.

Pembekal rawatan kesihatan anda akan menunjukkan tempat terbaik pada badan anda untuk menyuntik  Novolog®. Guna tempat yang berbeza setiap kali anda membuat suntikan. Jangan suntik di tempat yang sama dua kali berturut-turut.

Selepas menggunakan Novolog®, anda harus makan dalam masa 5 hingga 10 minit.

Jika anda menggunakan suntikan pen, guna hanya suntikan pen yang mengandungi Novolog® sahaja. Sambung pada jarum baharu sebelum digunakan. Jangan pindahkan insulin daripada pen ke dalam picagari atau pam infusi.

Jika anda menggunakan ubat ini dengan pam insulin, jangan campur atau cairkan Novolog® dengan insulin yang lain. Tiub pam infusi, kateter, dan tempat jarum pada kulit anda harus ditukar setiap 3 hari. Tukar ubat di dalam penyimpanan setiap 6 hari.

Jangan berkongsi pen suntikan, kartrij, atau picagari dengan orang lain, bahkan jika jarum telah ditukar. Berkongsi alat ini boleh membenarkan jangkitan atau penyakit berpindah daripada satu orang kepada orang yang lain.

Guna jarum pakai buang atau picagari sekali sahaja. Ikut mana-mana peraturan negeri atau setempat mengenai cara membuang jarum dan picagari yang telah digunakan. Guna bekas buangan barang “tajam” kalis tebuk (tanya ahli farmasi anda di mana untuk mendapatkan bekas ini dan bagaimana untuk membuangnya). Simpan bekas ini jauh daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Gula dalam darah rendah (hipoglisemia) boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang menghidapi diabetes. Simptom-simptom termasuk sakit kepala, lapar, berpeluh, lekas marah, pening, mual, kadar jantung laju, dan rasa resah atau terketar-ketar. Untuk merawat rendah gula dalam darah dengan cepat, selalu simpan sumber gula yang bertindak pantas bersama anda seperti jus buah, gula-gula keras, biskut, kismis atau soda bukan diet.

Doktor anda boleh mempreskripsi kit suntikan kecemasan glukagon untuk digunakan jika anda mengalami hipoglisemia yang teruk dan tidak boleh makan atau minum. Pastikan ahli keluarga dan rakan karib anda tahu bagaimana untuk memberi suntikan ini pada waktu kecemasan.

Selain itu, pantau tanda-tanda gula dalam darah tinggi (hiperglisemia) seperti kerap dahaga atau kencing, penglihatan kabur, sakit kepala, dan letih.

Paras gula dalam darah juga boleh terganggu akibat tekanan, penyakit, pembedahan, senaman, penggunaan alkohol, atau tidak makan. Tanya doktor anda sebelum anda menukar dos insulin atau jadual insulin anda.

Novolog® merupakan sebahagian daripada program rawatan yang juga termasuk diet, senaman, kawalan berat badan, ujian gula dalam darah, dan rawatan perubatan khusus. Ikut arahan doktor anda dengan sangat teliti.

Apakah kaedah penyimpanan Novolog® (insulin aspart)?

Simpan ubat ini dalam bekas asli yang terlindung daripada haba dan cahaya. Jangan ambil insulin daripada vial ke dalam picagari sehingga anda benar-benar bersedia untuk diberi suntikan. Jangan bekukan insulin atau simpan berdekatan dengan tempat pembekuan di dalam peti sejuk. Buang mana-mana insulin yang telah beku.

Menyimpan Novolog® yang belum dibuka (tidak digunakan):

  • Simpan dalam peti sejuk dan guna sehingga tarikh luput
  • Simpan dalam suhu bilik dan guna dalam masa 28 hari

Menyimpan Novolog® yang dibuka (untuk digunakan):

  • Simpan vial di dalam peti sejuk atau pada suhu bilik dan guna dalam masa 28 hari
  • Simpan kartrij atau pen suntikan dalam suhu bilik (jangan masukkan ke dalam peti ais) dan guna dalam masa 28 hari. Jangan simpan pen suntikan dengan jarum yang masih bersambung

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil Novolog® (insulin aspart)?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Novolog® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Anda tidak boleh menggunakan Novolog® jika anda mengalami episod hipoglisemia (rendah gula dalam darah).

Novolog® belum disahkan untuk digunakan oleh sesiapa yang berusia muda daripada 2 tahun. Ubat ini tidak seharusnya digunakan untuk merawat diabetes jenis 2 pada kanak-kanak tidak mengira umur.

Bagi memastikan Novolog® selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika anda mengalami:

  • Penyakit hati atau buah pinggang
  • Paras potassium rendah di dalam darah (hipokalemia)

Beritahu doktor anda jika anda juga mengambil pioglitazone atau rosiglitazone (kadang-kadang terkandung dalam kombinasi bersama glimepiride atau metformin). Mengambil ubat oral diabetes yang tertentu semasa anda sedang menggunakan insulin boleh meningkatkan risiko masalah jantung yang serius.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Novolog® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Novolog®. Novolog® termasuk dalam risiko hamil kategori B, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Novolog® (insulin aspart)?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami tanda-tanda reaksi alahan pada Novolog®: kemerahan atau bengkak pada tempat yang disuntik, ruam kulit yang gatal di seluruh badan, sukar bernafas, degupan jantung laju, rasa seperti anda mahu pitam, atau bengkak pada lidah atau kerongkong.

Segera hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Penahanan air – berat badan naik, bengkak pada tangan atau kaki, rasa sesak nafas
  • Rendah potassium – kaki kejang, sembelit, degupan jantung tidak sekata, dada berdebar-debar, kerap dahaga atau kencing, kebas atau menggelenyar, otot lemah atau terincut-incut (limping)

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:

  • Gula dalam darah rendah
  • Gatal, sedikit ruam kulit
  • Kulit menebal atau berongga pada tempat suntikan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Novolog® (insulin aspart)?

Novolog® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Novolog® (insulin aspart)?

Novolog® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Novolog® (insulin aspart)?

Novolog® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Novolog®.

Apakah dos Novolog® (insulin aspart) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Diabetes Jenis 1

Dos individu berdasarkan keperluan metabolik dan kekerapan memantau glukosa darah

  • Jumlah keseluruhan insulin yang diperlukan setiap hari umumnya antara 0.5 hingga 1 unit/kg/hari; 50% hingga 70% daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan setiap hari umumnya akan diberi insulin pradial dan yanb selebihnya akan diberi insulin basal bertindak sederhana atau insulin basal bertindak panjang
  • Guna nilai HbA1c sebagai panduan terapi, rujuk garis panduan terkini bagi mendapatkan julat target optimum

Suntikan banyak kali setiap hari (MDI):

  • Terus beri secara subkutaneus sebelum makan (dalam mana 5 hingga 10 minit) atau sejurus selepas mula makan
  • Seimbangkan dos insulin prandial dengan pengambilan karbohidrat, paras gula dalam darah sebelum makan, dan aktiviti yang disertai
  • Guna kombinasi insulin basal bertindak sederhana atau insulin basal bertindak panjang

Infusi berterusan subkutaneus (Pam Insulin)

  • Tetapan awal perlu berdasarkan jumlah keseluruhan insulin yang diperlukan setiap hari dalam dos regimen MDI sebelum ini; periksa pada label pam bagi memastikan pam tersebut telah dinilai dengan insulin ini
  • Apabila terdapat variasi antara pesakit yang ketara, anggaran 50% jumlah keseluruhan dos akan diberi sebagai bolus berkait makanan dan yang selebihnya sebagai infusi basal

Secara Intravena

  • Cairkan kepada kepekatan 0.05 hingga 1 unit/mL dalam saline normal di dalam sistem infusi menggunakan beg infusi polypropylene; pantau glukosa dalam darah dan serum potassium dengan teliti semasa memasukkan ubat ini

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Diabetes Jenis 2

Dos individu berdasarkan keperluan metabolik dan kekerapan memantau glukosa darah.

  • Guna nilai HbA1c sebagai panduan terapi, rujuk garis panduan terkini bagi mendapatkan julat target optimum

Insulin Prandial

  • Terus beri secara subkutaneus sebelum makan (dalam mana 5 hingga 10 minit) atau sejurus selepas mula makan
  • Guna kombinasi insulin basal bertindak sederhana atau insulin basal bertindak panjang dan / atau dengan agen antidiabetik yang lain

Infusi berterusan subkutaneus (Pam Insulin)

  • Tetapan awal perlu berdasarkan jumlah keseluruhan insulin yang diperlukan setiap hari dalam dos regimen MDI sebelum ini; periksa pada label pam bagi memastikan pam tersebut telah dinilai dengan insulin ini
  • Apabila terdapat variasi antara pesakit yang ketara, anggaran 50% jumlah keseluruhan dos akan diberi sebagai bolus berkait makanan dan yang selebihnya sebagai infusi basal

Secara Intravena

  • Cairkan kepada kepekatan 0.05 hingga 1 unit/mL dalam saline normal di dalam sistem infusi menggunakan beg infusi polypropylene; pantau glukosa dalam darah dan serum potassium dengan teliti semasa memasukkan ubat ini

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Ketoasidosis Diabetik

Rawatan yang berkesan bagi kecemasan hiperglisemia seperti ketoasidosis diabetik (DKA) dan keadaan hiperosmolar (HHS) memerlukan pemantauan klinikal dan paramater makmal yang kerap sementara membetulkan kembali dengan berhati-hati jumlah yang telah berkurang, mengawal elektrolit, dan glukosa dalam darah kembali normal. Terapi insulin digunakan untuk membetulkan kembali paras gula yang tinggi secara perlahan-lahan: rujuk protokol rawatan terkini bagi panduan khusus mengenai pengurusan cecair dan elektrolit.

Intravena:

  • Infusi IV insulin umumnya dimulakan 1 hingga 2 jam selepas terapi menggantikan semula cecair dimulakan
  • Dose: 0.14 unit/kg/jam IV; secara selang seli, satu bolus 0.1 unit/kg diikuti dengan infusi 0.1 unit/kg/jam yang telah digunakan
  • Jika glukosa dalam darah tidak menurun sebanyak 10% dalam masa 1 jam pertama, beri bolus 0.14 units/kg semasa meneruskan infusi insulin

DKA: Apabila kepekatan glukosa dalam darah mencapai 200 mg/dL, kurangkan infusi insulin kepada 0.02 hingga 0.05 unit/kg/jam; dektrosa perlu ditambah kepada cecair IV bagi mengekalkan glukosa dalam darah antara 150 hingga 200 mg/dL sehingga DKA hilang (paras serum bikarbonat 15 mEq/L atau lebih tinggi, pH vena lebih tinggi daripada 7.3, dan kiraan anion gap dalam julat yang normal)

HHS: Apabila kepekatan glukosa dalam darah mencapai 300 mg/dL, kurangkan infusi insulin kepada 0.02 hingga 0.05 unit/kg/jam; dektrosa perlu ditambah kepada cecair IV bagi mengekalkan glukosa dalam darah antara 250 hingga 300 mg/dL sehingga DKA hilang.

Subkutaneus:

Analog insulin yang bertindak pantas (lispro, aspart, and glulisine) telah digunakan dalam kajian untuk rawatan DKA yang sedikit sehingga sederhana. Berikut merupakan regimen yang telah digunakan:

  • Dos awal 0.2 unit/kg diikuti oleh 0.1 unit/kg setiap jam secara subkutaneus sehingga glukosa darah berkurang di bawah 250 mg/dL, kemudian 0.05 unit/kg setiap jam sehingga DKA hilang
  • Dos awal 0.3 unit/kg diikuti oleh 0.2 unit/kg setiap 2 jam sehingga glukosa darah berkurang di bawah 250 mg/dL, kemudian 0.1 unit/kg setiap 2 jam sehingga DKA hilang

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Sindrom Hiperosmolar Tanpa Ketotik

Apakah dos Novolog® (insulin aspart) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos Biasa bagi Kanak-Kanak untuk Diabetes Jenis 1

Berumur 2 tahun atau ke atas: Dos individu berdasarkan keperluan metabolik dan kekerapan memantau glukosa darah.

Guna nilai HbA1c sebagai panduan terapi, rujuk garis panduan terkini bagi mendapatkan julat target optimum.

Suntikan banyak kali setiap hari (MDI):

  • Terus beri secara subkutaneus sebelum makan (dalam mana 5 hingga 10 minit) atau sejurus selepas mula makan
  • Seimbangkan dos insulin pradial dengan pengambilan karbohidrat, paras gula dalam darah sebelum makan, dan aktiviti yang disertai
  • Guna kombinasi insulin basal bertindak sederhana atau insulin basal bertindak panjang

Infusi berterusan subkutaneus (Pam Insulin)

  • Tetapan awal perlu berdasarkan jumlah keseluruhan insulin yang diperlukan setiap hari dalam dos regimen MDI sebelum ini; periksa pada label pam bagi memastikan pam tersebut telah dinilai dengan insulin ini
  • Apabila terdapat variasi antara pesakit yang ketara, anggaran 50% jumlah keseluruhan dos akan diberi sebagai bolus berkait makanan dan yang selebihnya sebagai infusi basal

Secara Intravena

  • Cairkan kepada kepekatan 0.05 hingga 1 unit/mL dalam saline normal di dalam sistem infusi menggunakan beg infusi polypropylene; pantau glukosa dalam darah dan serum potassium dengan teliti semasa memasukkan ubat ini

Bagaimanakah Novolog® (insulin aspart) boleh didapati?

Novolog® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Suntikan

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Novolog®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 10, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 10, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut