Novocain

Oleh

Nama AM: Novocain Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Novocain® (procaine)?

Novocain® adalah anestetik setempat. Procaine menyebabkan hilang deria rasa (kebas)pada kulit dan lapisan mukus.

Novocain® digunakan sebagai suntikam semasa pembedahan dan prosedur perubatan dan dental yang lain.

Novocain® juga boleh digunakan untuk tujuan lain selain daripada yang disenaraikan di sini.

Bagaimanakah pengambilan Novocain® (procaine) dilakukan?

Pembekal rawatan kesihatan anda akan memberi procaine melalui suntikan.

Apakah kaedah penyimpanan Novocain® (procaine)?

Novocain® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Novocain® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Novocain® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Novocain® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil Novocain® (procaine)?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Novocain® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Sebelum menggunakan Novocain®, beritahu pembekal rawatan kesihatan anda jika anda mempunyai:

  • Masalah hati
  • Masalah pendarahan atau pembeku darah
  • Masalah jantung
  • Penyakit neuromuskular seperti miastenia gravis
  • Keadaan perubatan lain yang serius.

Anda tidak boleh menggunakan procaine, atau anda mungkin memerlukan pengubahsuaian atau pemantauan khusus semasa rawatan.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Novocain® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Novocain®. Novocain® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Novocain® (procaine)?

Berhenti menggunakan procaine dan segera dapatkan perhatian kecemasan perubatan atau terus hubungi doktor anda jika anda mengalami mana-mana kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi serius:

  • Reaksi alahan (sukar bernafas; kerongkong tertutup; bengkak pada bibir, lidah, atau muka; atau geligata)
  • Sakit dada atau degupan jantung perlahan atau tidak sekata
  • Pening atau mengantuk
  • Kebimbangan atau keresahan
  • Mual atau muntah
  • Jatuh, terketar-ketar, atau sawan (konvulsi)

Kesan sampingan lain yang kurang serius seperti kebas, mengelenyar, sakit sedikit pada atau di sekeliling tempat suntikan adalah antara yang biasa berlaku. Hubungi pembekal rawatan kesihatan anda jika kesan-kesan ini dilihat berlebihan atau berlarutan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Novocain® (procaine)?

Novocain® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Warfarin (Coumadin)
  • Perencat monoamine oxidase seperti isocarboxazid (Marplan), phenelzine (Nardil), atau tranylcypromine (Parnate)
  • Mecamylamine (Inversine)
  • Guanadrel (Hylorel) atau guanethidine (Ismelin)
  • Ubat untuk merawat tekanan darah tinggi
  • Ubat bagi meningkatkan kekuatan atau tonus otot untuk keadaan seperti miastenia gravis

Adakah makanan atau minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Novocain® (procaine)?

Novocain® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Novocain® (procaine)?

Novocain® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Novocain®.

Apakah dos Novocain® (procaine) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Sama seperti semua anestetik setempat, dos Novocain® berbeza dan bergantung kepada kawasan yang akan dianestesia, vaskulariti tisu, jumlah segmen neuronal yang perlu disekat, toleransi individu, dan teknik anestesia. Dos paling rendah yang diperlukan bagi menyediakan anestesia yang berkesan harus diberi. Bagi teknik dan prosedur khusus, sila rujuk buku teks standard.

Apakah dos Novocain® (procaine) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Novocain® (procaine) boleh didapati?

Novocain® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Suntikan, USP: procaine hydrochloride

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Novocain®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 10, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 10, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut