Novobedouze

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Novobedouze Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Novobedouze (Hydroxocobalamin Acetate)?

Hydroxocobalamin adalah vitamin. Ia berfungsi dengan meningkatkan paras vitamin B12 dalam keadaan yang diperlukan.

Novobedouze biasanya digunakan bagi merawat anemia dan kekurangan vitamin B12 disebabkan oleh pelbagai keadaan, termasuk yang kurang diambil dalam diet, dan untuk ujian Schiling.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Novobedouze biasanya digunakan melalui suntikan di pejabat doktor, hospital, atau klinik. Jika anda menggunakan Novobedouze di rumah, ikut prosedur suntikan yang diajar oleh pembekal penjagaan kesihatan anda dengan berhati-hati  

Jika Novobedouze mengandungi partikel atau bertukar warna, atau jika vialnya telah retak atau rosak dalam apa-apa cara sekalipun, jangan guna ubat tersebut.

Simpan produk ini, begitu juga picagari dan jarum, jauh daripada kanak-kanak serta haiwan peliharaan. Jangan guna semula jarum, picagari, atau bahan yang lain. Buang semua ini dengan betul selepas guna. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk menerangkan peraturan setempat tentang cara pembuangan yang betul.

Rujuk pembekal penjagaan kesihatan anda bagi sebarang soalan mengenai cara penggunaan Novobedouze.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Novobedouze biasanya dikendali dan disimpan oleh pembekal penjagaan kesihatan. Sekiranya anda menggunakan Novobedouze di rumah, simpan Novobedouze seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau pembekal penjagaan kesihatan. Simpan Novobedouze jauh daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain. Ini termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Novobedouze atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jangan ambil dos vitamin yang banyak (terapi dos mega atau vitamin mega) melainkan ia diarahkan oleh doktor anda,

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Terus dapatkan perhatian perubatan sekiranya terdapat mana-mana kesan sampingan berikut:

  • Ruam.
  • Geligata.
  • Sukar bernafas.
  • Rasa ketat pada dada.
  • Bengkak mulut, muka, bibir, atau lidah.
  • Tekanan darah berubah.
  • Cirit birit.
  • Pengsan.
  • Panas kemerahan.
  • Gatal-gatal
  • Sakit kaki.
  • Sakit atau merah pada kawasan suntikan.
  • Bengkak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Novobedouze boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Terutamanya jika anda mengambil omeprazole kerana keberkesanan Hydroxocobalamin mungkin berkurang.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Novobedouze mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Novobedouze akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Rawatan bagi kekurangan Vitamin B12

Tiga puluh mcg setiap hari untuk 5 hingga 10 hari diikuti dengan 100 hingga 200 mcg setiap bulan diambil melalui suntikan intraotot.

Sekiranya pesakit sedang kritikal, atau menghidapi penyakit neurologik, penyakit berjangkit atau hipertiroidisme, dos yang lebih tinggi mungkin akan diberi.

Walau bagaimanapun, maklumat daripada data terkini,  bahawa kesan optimum neurologik yang boleh dicapai adalah melalui dos vitamin B12 yang mencukupi bagi menghasilkan gerak balas hematologik yang baik.

Pesakit yang mempunyai penyerapan usus yang normal boleh dirawat dengan penyediaan terapeutik multivitamin oral, yang mengandungi 15 mcg vitamin B12 setiap hari.

Ujian Schiling

Dos yang digunakan ialah 100 mcg.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak mungkin boleh diberi sebanyak 1 hingga 5 mg selama 2 minggu atau lebih dengan dos 100 mcg, kemudian 30 hingga 50 mcg setiap minggu bagi dos pengekalan.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Novobedouze boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Suntikan larutan Novobedouze 10mg/2mL.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Novobedouze, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.