Norco

Oleh

Nama AM: Norco Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Norco?

Norco selalunya digunakan untuk melegakan kesakitan tahap sederhana atau sederhana teruk. Ia mengandungi opiod (narkotik), pelega kesakitan (hydrocodone) dan pelega kesakitan bukan opiod (acetaminophen).

Bagaimanakah kegunaan Norco?

Ambil ubat ini seperti yang telah diarahkan oleh doktor. Anda boleh mengambil ubat ini bersama atau tanpa makanan.  Jika anda mengalami rasa mual, ia adalah sangat membantu jika anda mengambilnya bersama makanan.

Jika anda menggunakan ubat ini dalam bentuk cecair, gunakan alat penyukat untuk menyukatnya dengan berhati-hati mengikut dos yang diperskripsi.

Hydrocodone yang terkandung di dalam Norco® boleh menyebabkan ketagihan walaupun dalam dos yang biasa. Jangan sesekali berkongsi ubat ini terutama dengan mereka yang pernah ada sejarah penyalahgunaan dadah atau ketagihan. Penyalahgunaan ubat narkotik boleh membawa kepada ketagihan, terlebih dos atau kematian, terutama dalam kalangan kanak-kanak atau mereka yang menggunakan ubat ini tanpa perskripsi. Menjual atau mengagihkan Narco adalah salah di sisi undang-undang.

Jangan berhenti menggunakan ubat ini secara tiba-tiba setelah diambil dalam tempoh yang lama, atau anda mungkin mengalami simptom pengeluaran. Sila bertanya kepada doktor anda cara untuk berhenti mengambil ubat ini dengan selamat.

Bagaimana saya menyimpan Norco?

Norco paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Norco di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Norco yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Norco® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Norco?

Sebelum mengambil Norco, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Norco atau aspirin atau NSAID lain (seperti ibuprofen, naproxen, celecoxib).
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda tidak patut menggunakan Norco jika anda alergik kepada acetaminophen (Tylenol) atau hydrocodone, atau jika anda baru-baru ini ada mengambil alkohol, ubat penenang atau ubatan narkotik yang lain.

Jangan gunakan Narco jika anda ada mengambil penyekat MAO dalam masa 14 hari yang lalu. Interaksi ubat yang berbahaya boleh terjadi. Penyekat MAO termasuklah isocarboxazid, linezolid, phenelzine, rasagiline, selegiline dan tranylcypromine.

Sesetengah ubat boleh berinteraksi dengan hydrocodone dan menyebabkan keadaan yang serius dikenali sebagai sindrom serotonin. Pastikan doktor anda juga maklum jika anda mengambil ubat untuk depresi, penyakit mental, penyakit Parkinson, sakit kepala migrain, jangkitan yang serius, atau pencegahan dari loya dan muntah. Tanya kepada doktor anda sebelum membuat sebarang perubahan akan cara dan waktu untuk anda mengambil ubat-ubat anda.

Norco® cenderung untuk menyebabkan masalah pernafasan dalam kalangan orang dewasa dan mereka yang sedang sakit teruk, kurang zat atau lemah.

Jika anda mengambil narkotik semasa hamil, bayi anda juga akan membentuk kebergantungan kepada ubat itu. Ini boleh menyebabkan gejala pengeluaran yang mengancam nyawa kepada bayi sejurus selepas dilahirkan. Bayi yang lahir dengan bergantung kepada ubat yang menyebabkan ketagihan mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk beberapa minggu. Maklumkan kepada doktor jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil.

Acetaminophen dan hydrocodone boleh melepasi ke dalam susu ibu dan membahayakan bayi yang menyusu. Anda tidak patut menyusukan bayi semasa sedang mengambil Norco®.

Adakah selamat untuk mengambil Norco semasa mengandung atau menyusukan bayi?

T​iada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), Norco® berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terbukti berisiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:

  • Mengantuk.
  • Sakit kepala.
  • Pening.
  • Pening lalat.
  • Ketidakselesaan perut.
  • Sembelit.
  • Penglihatan kabur.
  • Mulut kering.

Hubungi doktor anda jika ada mengalami:

  • Pernafasan sempit, jantung berdegup perlahan.
  • Kepala pusing seperti anda mahu pengsan.
  • Keliru, pemikiran atau perbuatan yang pelik.
  • Sawan.
  • Mudah lebam dan berdarah.
  • Ketidaksuburan, tidak datang haid.
  • Mati pucuk, masalah seksual, hilang minat terhadap seks.
  • Masalah hati- mual, sakit bahagian atas perut, kegatalan,, hilang selera makan, air kencang gelap, najis berwarna putih, jaundice (kekuningan pada kulit dan mata).
  • Kandungan cortisol rendah-loya, muntah, hilang selera makan, pening kepala, kepenatan yang bertambah dan rasa lemah.

Terdapat beberapa kes tetapi ia jarang berlaku, acetaminophen boleh menyebabkan reaksi kulit yang teruk yang boleh mengundang maut. Ini tetap boleh terjadi walaupun sebelum ini anda pernah mengambil acetaminophen tetapi tidak reaksi yang berlaku. Hentikan pengambilan dan hubungi doktor anda secepat mungkin jika anda dapati terdapat kemerahan pada kulit atau ruam yang merebak dan menyebabkan kulit melepuh dan terkopek. Jika anda mengalami reaksi yang sebegini, anda dilarang untuk mengambil ubat yang mengandungi acetaminophen di masa akan datang.

Dapatkan rawatan secepat mungkin jika anda mengalami sebarang sindrom serotonin seperti gangguan, halusinasi, demam, berpeluh, menggigil, degup jantung laju, otot menjadi ketat, hilang koordinasi, mual, muntah atau cirit birit.

Dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami tanda reaksi alergik kepada Norco: bintat, kesukaran bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah dan kerongkong.

Tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan seperti ini. Mungkin ada kesan sampingan yang tidak disenaraikan dia atas. Jika anda ada sebarang kebimbangan tentang kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Norco?

Norco mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Ubatan narkotik lain- ubat sakit opiod atau ubat batuk.
  • Ubat yang membuatkan anda mengantuk atau memperlahankan pernafasan- pil tidur, penenang otot, ubat penenang, tranquilizer, atau anti-psikotik.
  • Ubat yang mempengaruhi kandungan serotonin dalam tubuh- ubatan untuk depresi, penyakit Parkinson, sakit kepala migrain, jangkitan serius, atau ubat mecegah loya dan muntah.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Norco?

Norco® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Norco?

Norco® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Alcoholism.
  • Penyakit hati.
  • Gangguan pergerakan usus.
  • Cirit-birit berjangkit.
  • Pramatang.
  • Buah pinggang tidak berfungsi.
  • Ketoksidan alkohol
  • Ketagihan dadah.
  • Tekanan darah rendah.
  • Tekanan dalam cranium.
  • Depresi pernafasan.
  • PKU.
  • Kekurangan fungsi adrenal.
  • Biliary spasm.
  • Kurang thyroid.
  • Sawan.
  • Urinary retention.
  • Aritmia.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Yang disarankan ialah 1-2 tablet secara oral setiap 4-6 jam apabila perlu.

Dos maksimum ialah 8 tablet setiap hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Narco® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet: hydrocodone bitartrate 5 mg, acetaminophen 325 mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Norco®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Rujukan