Nicorette

Oleh

Nama AM: Nicorette Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Nicorette® (nicotine)?

Gula-gula getah dan lozeng Nicorette® adalah produk perubatan yang digunakan untuk membantu orang dewasa berhenti merokok. Menggunakan jumlah nikotin terkawal, boleh membantu mengurangkan simptom sarak / kegianan nikotin apabila anda berhenti merokok.

Nicorette®  boleh juga digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah cara untuk mengambil Nicorette® (nicotine)?

Nicorette® adalah satu-satunya ubat yang diperlukan untuk melengkap program rawatan di samping memerlukan khidmat kaunseling, kumpulan sokongan, dan perubahan sikap. Kejayaan anda bergantung kepada penglibatan anda dalam segenap aspek dalam program pemberhentian merokok ini.

Gunakan Nicorette® sepertimana diarahkan pada maklumat panduan, atau sepertimana diarahkan oleh doktor anda. Jangan menggunakkannya berlebihan atau berkurang jumlahnya atau lebih lama dari tempoh yang dicadangkan. Nicorette® hadir bersama kertas panduan pesakit untuk kegunaan yang selamat dan berkesan. Dos anda bergantung kepada seberapa banyak rokok yang anda hisap setiap hari sebelum anda mula untuk proses berhenti. Ikuti panduan dalam maklumat arahan untuk pesakit. Bertanyalah doktor anda atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang persoalan.

Jangan merokok atau menggunakan apa-apa produk nikotin (termasuklah tembakau hidu, mengunyah tembakau, pelekat nikotin, alat sedut atau semburan hidung). Menggunakan pelbagai produk nikotin sekaligus akan mendatangkan bahaya.

Untuk menggunakan gula-gula getah nikotin:

  • Kunyah Nicorette® perlahan-lahan sehingga ia rasa tajam. Kemudian letakkan ia di celah antara gusi dan pipi. Apabila rasa tajam itu hilang, mulakan mengunyah semula sehingga rasa tajam itu kembali. Letakkan gula-gula tersebut di tempat lain di dalam mulut anda
  • Buang gula-gula tersebut selepas 30 minit atau apabila anda tidak lagi merasa tajam
  • Jika anda mengalami ketagihan yang kuat dan kerap, anda boleh menggunakan ubat kedua dalam masa sejam
  • Elakkan mengambilnya secara berterusan kerana ia akan menyebabkan berlakunya tersedu, pedih ulu hati, loya dan kesan sampingan yang lain
  • Untuk hasil terbaik, gunakan sekurang-kurangnya 9 biji setiap hari bagi 6 minggu pertama. Jangan gunakan lebih dari 24 biji sehari

Untuk menggunakan Lozeng Nicorette®, anda perlu:

  • Letakkan Lozeng Nicorette® di dalam mulut anda dan biarkan ia melarut perlahan-lahan selama 20-30 minit tanpa mengunyah atau menelannya
  • Alihkan Lozeng dari satu bahagian mulut ke bahagian yang lain sehingga ia melarut sepenuhnya
  • Anda akan mendapati rasa hangat dan tajam dalam mulut anda
  • Untuk hasil terbaik, gunakan sekurang-kurangnya 9 biji Lozeng setiap hari bagi 6  minggu pertama. Jangan lebih 5 lozeng dalam masa 6 jam. (20 biji sehari)
  • Selepas membuang gula-gula getah atau lozeng, bungkus dalam kertas dan buangkannya jauh dari capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan

Jangan menggunakan Nicorette® lebih dari 12 minggu tanpa nasihat dari doktor anda.

Jangan ambil dua biji sekali makan. Jangan mengambil lozeng bersama gula-gula getah.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Nicorette® (nicotine)?

Nicorette® dapat disimpan dalam keadaan terbaik dalam suhu bilik dan jauh dari cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan ubat rosak, anda sepatutnya tidak menyimpannya di dalam bilik air atau simpanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenama berbeza bagi Nicorette® yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan berbeza. Adalah penting untuk sentiasa merujuk kertas panduan untuk arahan penyimpanan atau bertanyalah kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, jauhkan dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Nicorette® ke dalam lubang tandas atau membuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk anda membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Nicorette® (nicotine)?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu. Ini kerana, semasa anda menjangkakan kelahiran atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang dibeli tanpa preskripsi doktor, seperti ubat herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Nicorette® (nicotine) atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, kesihatan  terganggu, atau keadaan perubatan yang lain

Merokok sewaktu hamil akan menyebabkan kelahiran bayi yang kecil, keguguran ataupun mati dalam kandungan. Menggunakan produk penggantian nikotin semasa hamil atau sewaktu penyusuan bayi mungkin  lebih selamat jika dibandingkan dengan merokok. Walau bagaimanapun, anda sepatutnya terlebih dahulu mencuba untuk berhenti merokok tanpa menggunakan produk penggantian nikotin jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk berhenti merokok.

Lozeng Nicorette®  mungkin mengandungi phenylalanine. Maklumkan doktor anda jika anad mempunyai penyakit phenylketonuria (PKU).

Jangan beri Nicorette® kepada seseorang yang di bawah 18 tahun tanpa mendapatkan nasihat terlebih dahulu.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tidak ada kajian yang mencukupi dalam menentukan risiko menggunakan ubat ini bagi wanita yang dalam kehamilan atau semasa menyusu.  Sentiasalah berunding dengan doktor anda untuk menimbang antara manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori risiko D bagi kehamilan, menurut US Food and Drug Administration(FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti ada risiko yang positif
  • X = Ditegah
  • N = Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Nicorette® (nicotine)?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda alahan terhadap nikotin, ruam bengkak, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah dan tekak.

Berhentilah dari menggunakan Nicorette® dan hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Jantung laju dan berdebar-debar, berdenyut-denyut pada dada anda
  • Bonjolan berair di dalam mulut anda
  • Masalah pada gigi dan geraham anda
  • Selesema, rasa sesak dada dan masalah bernafas

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Rasa pening sederhana
  • Kering mulut, perut memulas, sendawa dan tersedu
  • Pedih mulut dan tekak
  • Perubahan rasa
  • Sakit kepala

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan yang lain yang tidak tersenarai dalam senarai di atas. Jika anda mempunyai apa-apa kerisauan tentang kesan sampingan, sila  berbincang dengan doktor atau ahli farmasi.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Nicorette® (nicotine)?

Nicorette®  mungkin bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, yang boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas antara ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan tunjukkan kepada dengan doktor dan ahli farmasi anda.  Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Nicorette® (nicotine)?

Nicorette®  boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara bertindak ubat atau meningkatkan risiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius.  Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebarang potensi makanan atau interaksi alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Nicorette® (nicotine)?

Nicorette®  boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa membenarkan doktor dan ahli farmasi anda tahu semua keadaan kesihatan yang anda alami sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Nicorette® (nicotine) yang sesuai untuk orang dewasa?

Berhenti merokok serta-merta apabila anda mula menggunakan ubat ini.

Jika anda merokok melebihi 25 batang rokok sehari, ambil gula-gula getah 4 mg nicotine.

Jika anda merokok kurang dari 25 rokok sehari, ikutilah  jadual pengambilan selama 12 minggu.

  • Minggu pertama hingga ke-6; sebiji setiap 1 hingga 2 jam
  • Minggu ke-7 hingga ke-9; sebiji setiap 2 hingga 4 jam
  • Minggu ke-10 hingga ke-12; sebiji  setiap 4 hingga 8 jam

Gula-gula getah nikotin ini adalah sejenis ubat yang mesti digunakan dengan cara tertentu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kunyah gula-gula getah ini secara perlahan-lahan sehingga ia rasa tajam. Kemudian letakkan ia dicelah antara gusi dan pipi. Apabila rasa tajam itu hilang, mulakan mengunyah semula sehingga rasa tajam itu kembali.

Ulangi langkah ini hingga rasa tajam itu sepenuhnya hilang (dalam lebih kurang 30 minit).

Jangan makan atau minum dalam masa 15 minit sebelum mengambil ubat ini, atau sewaktu mengunyah ubat ini.

Untuk meningkatkan peluang anda untuk berhenti merokok, guna sekurang-kurangnya 9 biji setiap hari bagi 6  minggu pertama.

Jika anda mengalami ketagihan yang kuat dan kerap, anda boleh menggunakan biji kedua dalam masa sejam. Walau bagaimanapun, jangan mengambilnya secara berterusan kerana ia akan mengakibatkan tersedu, pedih ulu hati, loya dan kesan sampingan yang lain.

Jangan gunakan lebih dari 24 biji sehari.

Penting bagi anda untuk melengkapkan rawatan anda. Hentikan menggunakan gula-gula getah nikotin ini pada hunjung minggu ke-12. Jika anda merasakan anda masih lagi memerlukannya, beritahulah doktor anda.

Apakah dos Nicorette® (nicotine) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos tidak dikeluarkan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk sentiasa memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Ketersediaan Nicorette® (nicotine)

Nicorette® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Gula-gula getah, gula-gula berangin sejuk: nicotine 2 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nicorette®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 31, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut