Nicoderm CQ

Oleh

Nama AM: Nicoderm CQ Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apakah kegunaan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Nicoderm CQ® biasanya digunakan untuk merawat sindrom sarak/gian selepas pemberhentian. Ia digunakan untuk membendung keinginan untuk merokok.

Bagaimanakah cara untuk mengambil Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Gunakan Nicoderm CQ® seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Ikuti semua arahan dengan teliti.

Pelekat nikotin datang dalam tiga dos. Jika anda merokok 11 atau lebih rokok sehari bermula dengan patch 21 mg (langkah 1). Jika anda merokok 10 atau kurang rokok sehari bermula dengan patch 14 mg (langkah 2).

Meletakkan pelekat pada kulit bersih, kering, sihat di bahagian dada, belakang, perut, atau lengan. Pindahkan tempat perlekatan bagi setiap pelekat baru.

Letakkan pelekat di kawasan tanpa rambut.

Basuh tangan anda selepas digunakan.

Lekatkan pelekat selama 16 hingga 24 jam.

Jangan lekatkan pada kulit lebih dari 24 jam.

Jangan letakkan lebih daripada satu tampalan pada satu masa.

Jangan gunakan pelekat yang terpotong ataupun kelihatan sudah tidak elok.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Nicoderm CQ® paling baik disimpan pada suhu bilik dan jauh dari cahaya langsung serta kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat anda, anda tidak boleh menyimpan Nicoderm CQ® di bilik air atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Nicoderm CQ® yang berbeza yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk untuk mendapatkan maklumat arahan mengenai cara penyimpanan, atau bertanyakan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menjauhkan semuaubat-ubatan dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Nicoderm CQ® ke lubang tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk anda membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuklah ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusukan bayi. Ini kerana, semasa anda menjangkakan kelahiran atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarangu bat-ubatan lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang dibeli tanpa preskripsi doktor, seperti ubat herba dan supplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Nicoderm CQ® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, kesihatan terganggu, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda alah kepada sebarang ubat seperti ubat ini, atau sebarang ubat, atau makanan, atau bahan lain. Beritahulah doktor tentang alergik dan tanda-tanda yang muncul anda ada, seperti ruam, gatal-gatal, gatal, sesak nafas, selsema, batuk, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak atau tanda-tanda lain
  • Anda mempunyai sebarang masalah kesihatan: Kesakitan atau tekanan dada, degupan jantung yang tidak normal, atau serangan jantung baru-baru ini
  • Anda masih merokok, atau mengunyah tembakau, atau menggunakan produk lain yang mempunyai nikotin semasa menggunakan ubat ini

Sila maklumkan kepada semua kakitangan kesihatan yang merawat anda yang anda mengambil Nicoderm CQ®. Ini termasuk doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.

Dapatkan khidmat kaunseling untuk membantu anda berhenti merokok.

Jangan gunakan lebih daripada yang diberitahu. Kesan sampingan yang tidak selamat mungkin berlaku.

Beritahu doktor anda jika anda mengambil ubat lain untuk membantu anda berhenti merokok.

Elakkan memandu dan melakukan tugas atau tindakan lain yang membuatkan anda berjaga (menahan tidur)sehingga anda melihat bagaimana ubat ini memberi kesan kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai kencing manis (diabetes), anda perlu memantau kadar gula dalam darah anda dengan teliti.

Apabila anda berhenti merokok, ubat lain mungkin akan terjejas. Maklumkan kepada doktor anda.

Beritahu doktor anda jika anda tidak dapat berhenti merokok selepas menggunakan Nicoderm CQ® selama anda diminta untuk menggunakannya.

Pelekat itu mungkin mempunyai logam. Tanggalkan pelekat sebelum melakukan MRI.

Ubat ini boleh menyebabkan kemudaratan jika ditelan. Sekiranya ubat ini ditelan, hubungi doktor atau pusat kawalan racun dengan serta-merta.

Ubat ini boleh menyebabkan kemudaratan atau mematikan jika digunakan atau ditelan oleh kanak-kanak atau binatang peliharaan. Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan Nicoderm CQ® atau jika ubat ini ditelan oleh kanak-kanak atau haiwan perliharaan, segeralah hubungi doktor atau pusat kawalan racun.

Sekiranya anda berusia 65 tahun ke atas, gunakan Nicoderm CQ® dengan berhati-hati. Anda boleh mendapatlebih banyak kesan sampingan.

Adakah Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin) selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan menggunakan Nexafed® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sentiasalah berunding dengan doktor anda untuk membuat pertimbangan antara manfaat dan risikose belum mengambil Nicoderm CQ®.

Nicoderm CQ® adalah dalam kategori risiko kehamilan D, menurut piawaian US FDA.

Kategori risiko kehamilan  menurut FDA adalah seperti rujukan di bawah.

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada risiko
  • D = Bukti ada risiko yang positif
  • X = Ditegah
  • N = Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Kesan-kesan sampingan yang  boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, seperti:

Tanda-tanda tindak balas alahan, seperti ruam; gatal-gatal, gatal, merah, bengkak, lepuh, atau mengelupas kulit dengan / atau tanpa demam, bersin / selsema, rasa sempit dada atau tekak, masalah bernafas atau bercakap, suara serak yang tidak biasa, atau bengkak mulut, muka, bibir, lidah, atau tekak.

  • Rasa sangat cemas dan tidak duduk diam
  • Perubahan mood
  • Keliru
  • Kesakitan atau rasa tekanan pada dada, denyutan jantung cepat, atau pitam
  • Denyutan jantung yang tidak normal
  • Rasa kepanasan, kebas, atau kesemutan yang tidak normal
  • Pening
  • Sakit kepala yang sangat teruk
  • Perut memulas atau muntah
  • Cirit-birit
  • Air liur meleleh
  • Kebimbangan
  • Rasa letih atau lemah
  • Berpeluh sejuk
  • Penglihatan kabur
  • Perubahan pendengaran
  • Iritasi kulit yang teruk

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang  tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, silalah berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Nicoderm CQ® mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang sedang anda ambil, ia boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan berikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan memulakan, berhenti atau mengubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Nicoderm CQ® boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang apa-apa makanan berpotensi  bertindak balas atau interaksi alcohol dengan ubat sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin)?

Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin) boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang segala keadaan kesihatan yang sedang anda alami.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Nicoderm CQ® (pelekat nikotin).

Apakah dos Nicoderm CQ® (Pelekat Nikotin) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos biasa bagi dewasa untuk perberhentian merokok .

Gula-gula getah:

Dos yang disyorkan:

  • Rokok pertama dalam  masa 30 minit selepas bangun tidur: 4 mg
  • Rokok pertama lebih daripada 30 minit selepas bangun tidur: 2 mg

Rejimen yang disyorkan:

  • Minggu 1 hingga 6: kunyah  sekeping gula-gula getah setiap 1 hingga 2 jam
  • Minggu 7 hingga 9: kunyah  sekeping gula-gula getah setiap 2 hingga 4 jam
  • Minggu 10 hingga 12: kunyah sekeping gula-gula getah setiap 4 hingga 8 jam
  • Maksimum dos: 24 keping / hari

Gula-gula berangin (Lozenge):

Dos yang disyorkan:

  • Rokok pertama dalam masa 30 minit selepas bangun tidur: 4 mg
  • Rokok pertama lebih daripada 30 minit selepas bangun tidur: 2 mg

Rejimen yang disyorkan:

  • Minggu 1 hingga 6: makan 1 lozenge setiap 1 hingga 2 jam
  • Minggu 7 hingga 9: makan 1 lozenge setiap 2 hingga 4 jam
  • Minggu 10 hingga 12: makan 1 lozenge setiap 4 hingga 8 jam
  • Maksimum dos: 20 lozenges / hari

Alat Sedut (Inhaler):

Rawatan awal:

  • Dos yang disyorkan: Sekurang-kurangnya 6 kartrij disedut sekali sehari selama 3 hingga 6 minggu pertama
  • Maksimum dos: 16 kartrij / hari
  • Tempoh terapi: Sehingga 12 minggu

Pengurangan dos secara beransur-ansur: Tempoh terapi: Sehingga 12 minggu.

Semburan hidung (Nasal Spray):

Rawatan awal:

  • Dos yang disyorkan: 1 hingga 2 semburan bagi setiap lubang hidung untuk setiap jam sehingga 3 bulan
  • Dos maksimum: 40 mg / hari

Pelekat:

  • LANGKAH 1: 21mg tampalan transdermal sekali sehari
  • LANGKAH 2: 14mg tampalan transdermal sekali sehari
  • LANGKAH 3: 7 mg patch transdermal sekali sehari

Bagi perokok lebih daripada 10 rokok / hari: Langkah 1 selama 4 minggu, kemudian langkah 2 selama 2 minggu, dan akhirnya langkah 3 selama 2 minggu.

Bagi perokok 10 rokok / hari atau kurang: Langkah 2 selama 6 minggu, kemudian langkah 3 selama 2 minggu.

Apakah dos  Nicoderm CQ® (pelekat nikotin) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos tidak dikeluarkan untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk sentiasa memahami sepenuhnya langkah-langkah keselamatan sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Ketersediaan Nicoderm CQ® (nicotine patch)

Nicoderm CQ® boleh  didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Pelekat (patch)

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nicoderm, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hamper melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Julai 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 31, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut