backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Nexium 24HR

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/01/2023

Kegunaan

Apakah kegunaan Nexium® 24Hr?

Nexium® 24Hr biasanya digunakan untuk merawat kepedihan ulu hati yang kerap (berlaku dua hari atau lebih dalam seminggu). Ia tidak bertujuan untuk melegakan segera pedih ulu hati tetapi ubat ini mungkin mengambil masa satu hingga empat hari untuk memberi kesan yang penuh.

Bagaimanakah cara untuk mengambil Nexium® 24Hr?

Tempoh rawatan adalah selama 14 hari.

  • Menelan satu (1) biji kapsul dengan segelas air sebelum makan pada waktu pagi
  • Ambil setiap hari selama 14 hari
  • Jangan mengambil lebih dari satu (1) kapsul setiap hari
  • Telan sekaligus. Jangan menghancurkan atau mengunyah kapsul
  • Jangan gunakan lebih dari 14 hari kecuali diarahkan oleh doktor anda

Rawatan 14 hari berulang (jika perlu)

  • Anda boleh mengulangi rawatan selama 14 hari setiap empat (4) bulan
  •  Jangan mengambil lebih dari 14 hari atau lebih kerap daripada setiap 4 bulan kecuali diarahkan oleh doktor
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun hendaklah merujuk kepada doktor sebelum mengambilnya

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Nexium® 24Hr?               

Nexium® 24Hr  paling baik disimpan pada suhu bilik dan jauh dari cahaya langsung serta kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat anda, anda tidak boleh menyimpan Nexium® 24Hr  di bilik air atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Nexium® 24Hr yang berbeza yang mempunyai keperluan storan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk untuk mendapatkan maklumat arahan mengenai cara penyimpanan, atau bertanyakan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menjauhkan semua ubat-ubatan dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Nexium® 24Hr ke lubang tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk anda membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Nexium® 24Hr?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu. Ini kerana, semasa anda menjangkakan kelahiran atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang dibeli tanpa preskripsi doktor, seperti ubat herba dan supplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Nexium® 24Hr   atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, kesihatan  terganggu, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan menggunakan Nexafed® semasa mengandung dan menyusu. Sentiasalah berunding dengan doktor anda untuk membuat pertimbangan antara manfaat dan risiko sebelum mengambil Nexium® 24Hr.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Nexium® 24Hr?

Nexium 24Hr boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Rasa teruk, tidak biasa, atau tidak menyenangkan (selepas pengambilan)
  • Menukar deria rasa anda
  • Mengantuk atau seperti mabuk yang tidak biasa
  • Jerawat
  • Sakit belakang

Berhenti menggunakan ubat ini dan dapatkan segera rawatan perubatan jika:

  • Sakit sendi yang berterusan atau bertambah buruk
  • Anda perlu mengambil produk ini selama lebih dari 14 hari
  • Anda perlu mengambil lebih dari 1 set rawatan setiap 4 bulan
  • Anda mendapati cirit-birit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Nexium® 24Hr?

Nexium® 24Hr mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang sedang anda ambil, ia boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan berikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan memulakan, berhenti atau mengubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Warfarin, clopidogrel atau cilostazol (ubat pencair darah)
  • Ubat antikulat atau anti-yis
  • Digoxin (ubat sakit jantung)
  • Diazepam (ubat penenang)
  • Tacrolimus atau mycophenolate mofetil (ubat sistem imun)
  • Antiretroviral (ubat untuk jangkitan HIV)
  • Methotrexate (ubat arthritis)

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Nexium® 24Hr?

Nexium® 24Hr boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang sebarang makanan yang berpotensi bertindak balas atau interaksi alkohol dengan ubat sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Nexium® 24Hr?

Nexium® 24Hr boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang segala keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balasi dengan ubat ini adalah:

  • Pedih ulu hati selama 3 bulan. Ini mungkin menandakan keadaan kesihatan yang lebih serius
  • Selesema yang kerap, terutamanya dengan pedih ulu hati
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Mual atau muntah
  • Sakit perut
  • Penyakit hati yang teruk
  • Lupus
  • Osteoporosis atau ketumpatan mineral tulang rendah (osteopenia)
  • Paras magnesium dalam darah anda merendah

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Nexium® 24Hr.

Apakah dos Nexium® 24Hr yang sesuai untuk seorang dewasa?

Bagi orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas:

Produk ini akan digunakan sekali sehari (setiap 24 jam), setiap hari selama 14 hari. Ia mungkin mengambil masa 1 hingga 4 hari untuk kesan penuh.

Apakah dos  Nexium® 24Hr yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos tidak dikeluarkan untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk sentuasa memahami sepenuhnya langkah-langkah keselamatan sebelum menggunakannya ubat ini. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Ketersediaan Nexium® 24Hr.

Nexium® 24Hr boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet 20 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nexium ®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/01/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan