Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Nexium® 24Hr biasanya digunakan untuk merawat kepedihan ulu hati yang kerap (berlaku dua hari atau lebih dalam seminggu). Ia tidak bertujuan untuk melegakan segera pedih ulu hati tetapi ubat ini mungkin mengambil masa satu hingga empat hari untuk memberi kesan yang penuh.
Tempoh rawatan adalah selama 14 hari.
Rawatan 14 hari berulang (jika perlu)
Nexium® 24Hr paling baik disimpan pada suhu bilik dan jauh dari cahaya langsung serta kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat anda, anda tidak boleh menyimpan Nexium® 24Hr di bilik air atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Nexium® 24Hr yang berbeza yang mempunyai keperluan storan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk untuk mendapatkan maklumat arahan mengenai cara penyimpanan, atau bertanyakan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menjauhkan semua ubat-ubatan dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Nexium® 24Hr ke lubang tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk anda membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda jika:
Tidak terdapat maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan menggunakan Nexafed® semasa mengandung dan menyusu. Sentiasalah berunding dengan doktor anda untuk membuat pertimbangan antara manfaat dan risiko sebelum mengambil Nexium® 24Hr.
Nexium 24Hr boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:
Berhenti menggunakan ubat ini dan dapatkan segera rawatan perubatan jika:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Nexium® 24Hr mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang sedang anda ambil, ia boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan berikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan memulakan, berhenti atau mengubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda.
Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:
Nexium® 24Hr boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang sebarang makanan yang berpotensi bertindak balas atau interaksi alkohol dengan ubat sebelum menggunakannya.
Nexium® 24Hr boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang segala keadaan kesihatan yang anda sekarang.
Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balasi dengan ubat ini adalah:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Nexium® 24Hr.
Bagi orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas:
Produk ini akan digunakan sekali sehari (setiap 24 jam), setiap hari selama 14 hari. Ia mungkin mengambil masa 1 hingga 4 hari untuk kesan penuh.
Dos tidak dikeluarkan untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk sentuasa memahami sepenuhnya langkah-langkah keselamatan sebelum menggunakannya ubat ini. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Ketersediaan Nexium® 24Hr.
Nexium® 24Hr boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nexium ®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen