Neoamiyu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Neoamiyu Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Neoamiyu® (Asid Amino)?

Neoamiyu® digunakan untuk rawatan Ensefalopati Hepatik pada pesakit yang menghidapi sirosis atau hepatitis.

Ubat ini membekalkan nutrisi sokongan kepada pesakit ini, yang memerlukan nutrisi parenteral dan tidak bertoleransi dengan suntikan asid amino untuk kegunaan am yang mana merupakan kontraindikasi kepada pesakit yang mengalami koma hepatik.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Neoamiyu® diberikan melalui jarum yang dimasukkan ke dalam salah satu vena oleh doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Neoamiyu® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan  Neoamiyu® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Neoamiyu® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Neoamiyu® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil Neoamiyu®, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap mana-mana kandungan di dalam Neoamiyu®.
  • Anda sedang hamil, merancang untuk hamil, atau sedang menyusu badan.
  • Anda mengambil sebarang ubat yang dipreskripsi atau tanpa dipreskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan diet.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan yang lain.

Konsentrat yang jauh berbeza daripada yang normal mungkin memerlukan penggunaan supplemen elektrolit tambahan.

Larutan nutrien hipertonik yang kuat harus diberi melalui kateter intravena tertempat dengan hujung kateter masukkan ke dalam vena kava superior.

Penjagaan khusus harus diambil apabila memberi dekstrosa hipertonik kepada pesakit diabetes atau pradiabetes.

Bagi mengelakkan hiperglisemia yang teruk terjadi kepada pesakit ini, insulin mungkin diperlukan.

Bagi memasukkan ubat ini melalui intravena periferal memerlukan cairan dan bekalan kalori yang bersesuaian. Ambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan jarum betul-betul dimasukkan ke dalam lumen vena.

Tempat venipunktur harus diperiksa dengan kerap bagi melihat tanda-tanda infiltrasi. Sekiranya trombosis vena atau flebitis berlaku, hentikan infusi atau tukar tempat infusi dan mulakan rawatan yang bersesuaian.

Ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan lebihan beban dalam peredaran darah, terutamanya pada pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

Bagi pesakit yang menghidapi infarsi miokardia, infusi asid amino perlu selalu diberikan bersama desktrosa kerana dalam keadaan anoksia, asid lemak bebas tidak boleh digunakan oleh miokardium dan tenaga perlu dihasilkan secara anaerobik menggunakan glikogen atau glukosa.

Infusi ubat ini tidak memberikan kesan kepada keadaan klinikal pesakit hepatitis fulminan yang mempunyai prognosis yang teruk dan secara umumnya tidak menunjukkan kesan terhadap rawatan. Ia telah menunjukkan bahawa pola asid amino yang abnormal di dalam hepatitis fulminan berbeza daripada yang ada di dalam penyakit hati kronik.

Kehilangan elektrolit secara luar biasa mungkin boleh berlaku ketika sedutan nasogastrik yang berpanjangan, muntah, cirit birit, atau penyaliran fistula gastrousus akan memerlukan penambahan elektrolit tambahan.

Memasukkan glukosa pada kadar yang melebihi kadar penggunaan pesakit akan mengakibatkan hiperglisemia, koma, dan kematian,

Asidosis metabolik boleh dielakkan atau dikawal terlebih dahulu dengan memasukkan sebahagian kation di dalam campuran elektrolit sebagai garam asetat dan bagi kes asidosis hiperkloremik, dengan mengekalkan kandungan keseluruhan klorida di dalam cecair infusi secara minimum.

Bagi mengurangkan risiko ketakserasian yang berpunca daripada campuran larutan ini bersama bahan tambahan lain yang mungkin telah dipreskripsi, cecair infusi akhir perlu diperiksa bagi melihat kekeruhan atau presipitasi yang berlaku sejurus selepas dicampurkan, sebelum cecair infusi dimasukkan, dan secara berkala ketika cecair infusi dimasukkan.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Neoamiyu® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Neoamiyu®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku ketika menggunakan Neoamiyu®:

  • Berat air naik.
  • Edema.
  • Paras nitrogen urea dalam darah meningkat.
  • Cairan hiponatremia.

Reaksi yang mana boleh berlaku disebabkan oleh larutan atau teknik pemberian termasuk kesan demam, jangkitan pada tempat suntikan, trombosis vena atau flebitis yang merebak daripada tempat suntikan, esktravasasi, dan hipervolemia.

Simptom-simptom yang berpunca daripada lebihan atau kekurangan satu atau lebih ion yang terdapat di dalam larutan; oleh itu, penting untuk sentiasa memantau paras elektrolit.

Jika reaksi buruk berlaku, hentikan infusi, lakukan penilaian terhadap pesakit, mulakan langkah balas terapeutik yang bersesuaian dan selamatkan lebihan cecair untuk diperiksa sekiranya perlu.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Neoamiyu® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Neoamiyu® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Neoamiyu® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Kegagalan buah pinggang akut dan kronik tanpa dialisis – Berat badan pesakit 70kg

Dos yang disarankan ialah 0.5 g asid amino/kg badan dengan atau 500mL/hari.

Kegagalan buah pinggang kronik yang menjalani dialisis

Dos yang disarankan ialah 1 g asid amino/kg badan dengan atau 1,000mL/hari.

Dos maksimum ialah 1.5 g/kg badan dengan atau 1,500 mL/hari.

Kadar infusi < 20 titik/minit.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Neoamiyu® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Suntikan 200ml.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Neoamiyu®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda