backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Mylanta®

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Mylanta®?

Mylanta® digunakan untuk melegakan kembung perut. Ia juga digunakan untuk merawat sakit ulu hati dan perut meragam. Ia mungkin diberikan untuk kegunaan lain. Sila rujuk kepada doktor anda.

Bagaimanakah saya harus mengambil Mylanta®?

Ambil MyLanta mengikut nasihat doktor anda. Pastikan anda membaca label yang mengandungi panduan bagi dos yang ditetapkan.

Ambil MyLanta selepas makan dan sebelum tidur atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Goncang sebelum guna.

Sukat dos dengan berhati-hati. Gunakanlah alat penyukat yang disediakan. Jika tiada, sila bertanya dengan ahli farmasi berkenaan alat yang boleh digunakan untuk menyukat MyLanta.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Mylanta®?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana semasa anda mengandung atau menyusu, anda hanya boleh menggunakan ubat yang disarankan oleh doktor
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti herba ataupun ubat suplemen
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada MyLanta atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai masalah buah pinggang

Sila maklumkan doktor anda bila mana anda mengambil ubat ini. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi.

Jika anda mempunyai diet yang kurang magnesium, berundinglah dengan doktor anda.

Jangan ambil MyLanta melebihi waktu yang dibenarkan oleh doktor anda.

Ubat ini mungkin akan menghalang fungsi ubat-ubatan lain yang diambil secara oral. Jika anda mengambil ubatan lain yang diambil secara oral, anda perlu mengambilnya di waktu yang lain daripada ubat ini. Sila berunding dengan doktor anda.

Maklumkan doktor anda sekiranya anda mengandung atau mempunyai rancangan untuk mengandung. Anda perlu berbincang berkenaan faedah dan risiko menggunakan MyLanta semasa mengandung.

Maklum doktor anda jika anda menyusu. Anda perlu berbincang tentang risiko-risiko terhadap bayi anda.

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Mylanta®?

Beritahu doktor anda dengan segera jika terdapat kesan sampingan berikut berlaku atau simptom-simptom yang boleh memberikan kesan sampingan yang teruk, iaitu:

  • Tindak balas alahan yang melampau (ruam, geligata, gatal, susah bernafas, sesak nafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau muka, kulit menggelupas sama ada bersama demam ataupun tidak, suara menjadi parau, kulit melepuh)
  • Sembelit
  • Cirit-birit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Mylanta®?

MyLanta mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Mylanta®?

MyLanta mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Mylanta®?

MyLanta akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Mylanta®.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Masih tiada kepastian tentang dos yang boleh diambil untuk kanak-kanak. Ia mungkin berbahaya kepada anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berhubung doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah MyLanta disediakan?

MyLanta tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:

  • Cecair

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan