backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

My Way® (levonorgestrel)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan My Way® (levonorgestrel)?

My way digunakan untuk mencegah kehamilan selepas persetubuhan yang tidak dirancang atau mengesyaki kegagalan kehamilan.

My Way ialah progestin. Kegunaannya masih belum diketahui sepenuhnya. Ia mungkin mencegah kehamilan dengan menghentikan proses penetasan telur, mengubah proses penghantaran sperma atau telur bagi menghalang proses persenyawaan, atau mengubah lapisan rahim untuk menghalang proses penempelan sekirannya persenyawaan berlaku.

Bagaimanakah saya harus mengambil My Way® (levonorgestrel)?

Sila guna My Way mengikut nasihat doktor anda. Pastikan anda membaca label yang mengandungi panduan bagi dos yang ditetapkan.

Maklumat tambahan disediakan bersama My Way. Sila berhubung ahli farmasi anda untuk keterangan lanjut.

Ambil My Way dengan segera dalam masa 72 jam selepas mengesyaki kegagalan kawalan kehamilan atau selepas persetubuhan yang tidak dirancang. Sila ikuti arahan doktor anda.

My Way boleh digunakan bila-bila masa dalam tempoh haid.

Jika anda muntah-muntah dalam masa dua jam selepas mengambil My Way, hubungi pihak penjagaan kesihatan anda untuk berbincang sama ada untuk meneruskan dos sedia ada.

Pemeriksaan fizikan tidak diperlukan sebelum mengambil My Way. Jika anda tidak pasti tentang keadaan kesihatan anda atau status kehamilan, permeriksaan lanjutan tentang fizikal atau pelvik anda mungkin diperlukan selepas mengambil My Way.

Jika anda terlepas satu dos My Way, hubungi doktor anda dengan segera.

Sila bertanya pihak penjagaan kesihatan anda sebarang soalan berkenaan cara menggunakan My Way.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan My Way® (levonorgestrel)?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana semasa anda mengandung atau menyusu, anda hanya boleh menggunakan ubat yang disarankan oleh doktor
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti herba ataupun ubat suplemen
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada My Way atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai sejarah kehamilan ektopia atau prahaid
  • Anda mempunyai kencing manis

Jangan gunakan My Way jika:

    • Anda ada alahan terhadap bahan di dalam My Way
    • Anda mengesyaki anda mengandung
    • Anda mengalami pendarahan faraj yang luar biasa
    • Anda mengambil ubat nevirapine, rifampin atau herba St. John
    • Anda mempunyai angin ahmar atau sejarah pendarahan di otak, disyaki atau mempunyai kanser payu dara, atau masalah pembekuan darah

My Way mungkin menyebabkan pening kepala. Kesan ini akan bertambah jika mengambilnya dengan arak atau ubat yang tertentu. Gunakan My Way dengan berhati-hati. Jangan memandu atau melakukan tugas-tugas yang berbahaya sehingga anda tahu bagaimana untuk mengendalikannya.

My Way ialah ubat pencegah kehamilan kecemasan. Ia tidak boleh digunakan secara rutin. Jika anda melakukan persetubuhan selepas mengambil My Way tetapi sebelum itu anda mempunyai haid, pastikan anda menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang efektif seperti diafram atau kondom.

My Way tidak mencegah jangkitan HIV atau penyakit kelamin yang lain.

Jika haid anda lewat melebihi seminggu, hubungi doktor anda dengan segera.

Pesakit kencing manis – My Way mungkin akan menjejaskan tahap gula di dalam darah. Periksa tahap gula darah dengan rapi. Sila bertanya doktor anda sebelum menukar dos ubat kencing manis anda

My Way sepatutnya tidak digunakan pada kanak-kanak yang belum mempunyai haid yang pertama; keselamatan dan keberkesanan ubat ini terhadap kanak-kanak belum dipastikan.

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan My Way® (levonorgestrel)?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi kebanyakan orang mungkin mempunyai kesan sampingan yang minima atau tiada. Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku atau simptom-simptom yang boleh memberikan kesan sampingan yang teruk:

  • Bengkak payudara
  • Kitaran haid yang terganggu
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Sakit perut
  • Lesu
  • Muntah

Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera jika terdapat kesan sampingan yang  serius ini berlaku:

  • Alahan yang melampau (ruam, geligata, gatal, masalah untuk bernafas, sakit dada, bengkak mulut, muka, bibir atau lidah)
  • Sakit perut yang melampau
  • Tompokan darah yang bukan haid

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan My Way® (levonorgestrel)?

My Way mungkin mempunyai tindakb alas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Ubat yang mungkin bertindak balas adalah:

    • Lamotrigine kerana keberkesanan ia berkurang, dan jika levonorgestrel dihentikan, kesan toksik seperti loya, pening, dan masalah penglihatan berlaku
    • Antifungals (ketoconazole), aprepitant, barbiturates (phenobarbital), bosentan, carbamazepine, felbamate, griseofulvin, HIV protease inhibitors ( indinavir), hydantoins ( phenytoin), modafinil, nevirapine, oxcarbazepine, penicillins (amoxicillin), rifampin, rufinamide, St. John’s wort, tetracyclines (doxycycline), topiramate, atau troglitazone kerana ubatan ini mengurang keberkesanan My Way
    • Anticoagulant (warfarin) kerana fungsi dan risko untuk kesan sampingannya mungkin berkurang atau bertambah oleh My Way
    • Beta-adrenergic blockers (metoprolol), corticosteroids (prednisone), selegiline, theophylline, atau troleandomycin kerana fungsi dan risiko untuk kesan sampingan mungkin akan bertambah dengan My Way
    • Valproic acid kerana keberkesanan mungkin berkurang dengan My Way

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan My Way® (levonorgestrel)?

My Way mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan My Way® (levonorgestrel)?

MyWay akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan My Way.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Ambil My Way dengan segera dalam 72 jam selepas mengesyaki kegagalan pencegahan kehamilan atau selepas persetubuhan yang tidak dirancang. Ikuti arahan yang diberikan doktor anda.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Masih tiada kepastian tentang dos untuk kanak-kanak. Ia mungkin berbahaya kepada anak anda. Ia adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berhubung doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah bentuk My Way® (levonorgestrel) yang disediakan?

My Way tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan