Mupirocin

Oleh

Nama AM: Mupirocin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apakah kegunaan Mupirocin?

Mupirocin digunakan untuk merawat jangkitan kulit. Ia juga mungkin digunakan untuk penyakit lain mengikut nasihat doktor anda.

Bagaimanakah saya harus mengambil Mupirocin?

Sapukan separuh daripada kandungan tiub ke lubang hidung pertama dan kemudiannya yang kedua selalunya pada waktu pagi dan petang atau mengikut nasihat doktor. Kemudian kepit lubang hidung anda perlahan-lahan dan lepas. Lakukan langkah-langkah ini selama satu minit untuk meratakan ubat. Sila buang tiub selepas menggunakan ke kedua-dua belah hidung.

Sila gunakan ubat ini mengikut nasihat doktor untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Gunakan ubat ini mengikut masa dan kadar yang disyorkan. Jika anda berhenti menggunakan ubat ini terlalu awal, ia akan menyebabkan bakteria akan kembali membiak.

Elakkan daripada terkena mata. Jika mata anda terkena ubat, sila basuh mata anda dengan menggunakan air yang banyak.

Pihak pengilang mengesyorkan untuk tidak menggunakan ubat bersama-sama ubat hidung yang lain.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Mupirocin?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Mupirocin atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda sedang menjalani rawatan untuk kulit terbakar atau luka
  • Anda mempunyai masalah buah pinggang

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mupirocin ialah dadah berkategori B dan mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berisiko kepada perempuan yang mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan sampingan

Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:

  • Rasa pedih
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Rasa sengat-sengat

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini:

  • Ruam
  • geligata
  • Gatal
  • susah bernafas
  • bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak
  • Gatal yang melampau

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Apakah kesan sampingan pengambilan Mupirocin?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Mupirocin?

Mupirocin mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Mupirocin.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos untuk orang dewasa bagi penyakit kulit dan sebagainya:

Krim: Sapukan sedikit ke kawasan yang terkena 3 kali sehari selama 10 hari.

Salap / Ointment: Sapukan sedikit ke kawasan yang terkena 3 kali sehari selama 7 ke 14 hari.

Dos untuk orang dewasa bagi Jangkitan Hidung Pembawa staphylococcus aureus:

Bahagikan ½ daripada tiub pakai sekali sahaja salap / ointment ke kawasan antara lubang hidung dan lakukan dua kali sehari selama 5 hari.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos untuk kanak-kanak bagi jangkitan kulit dan sebagainya:

  • Krim: Umur 3 bulan sehingga 16 tahun
    • Sapukan sedikit ke kawasan yang terkena 3 kali sehari selama 10 hari
  • Salap/ointment: Umur 2 bulan sehingga 16 tahun
    • Sapukan sedikit ke kawasan yang terkena 3 kali sehari selama 7 ke 14 hari

Dos untuk kanak-kanak bagi Jangkitan hidung Pembawa staphylococcous aureus:

  • Umur 12 tahun dan ke atas:
    • Bahagikan ½ daripada tiub pakai sekali sahaja salap / ointment ke kawasan antara lubang hidung dan lakukan dua kali sehari selama 5 hari

Bagaimanakah Mupirocin disediakan?

Mupirocin tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:

  • Salap (ointment 2%)

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Julai 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut