Apa itu mucothiol?

Oleh

Nama AM: Mucothiol Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Mucothiol ?

Mucothiol® biasanya digunakan untuk merawat pesakit dengan masalah saluran pernafasan seperti penyakit penghalang pulmonari kronis (halangan jangka panjang aliran udara melalui saluran pernafasan dan keluar dari paru-paru), batuk produktif kronik (batuk jangka panjang yang menghasilkan banyak mukus) .

Selain itu, ia berkesan mengurangkan jumlah mukus (kahak) dan menjadikannya kurang melekit, yang memudahkan batuk.

Mucothiol® boleh digunakan untuk tujuan lain, rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Mucothiol?

Ubat ini boleh didapati dalam bentuk kapsul atau sebagai sirap (kadar yang berbeza untuk orang dewasa dan kanak-kanak).

Ambil ubat ini melalui mulut biasanya tiga hingga empat kali sehari. Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk mengambil dos yang lebih tinggi pada awalnya dan kemudian mengurangkannya apabila badan anda bertindak balas kepada ubat.

Gunakan ubat ini dengan kerap untuk mendapatkan kesan terbaik. Pastikan anda ingat untuk menggunakannya pada masa yang sama setiap hari – kecuali disuruh khusus untuk tidak berbuat demikian oleh doktor anda.

Ia mungkin mengambil masa sehingga satu jam atau lebih sebelum kesan sepenuhnya dirasai.

Keadaan perubatan tertentu mungkin memerlukan arahan dos yang berbeza mengikut saranan doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Mucothiol?

Mucothiol® lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan mucothiol® dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama mucothiol® berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam mucothiol® ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Mucothiol?

Sebelum mengambil Mucothiol®, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam Mucothiol®.
  • Anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak.
  • Anda mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau makanan sampingan.
  • Anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain.

Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi bahawa anda mengambil ubat ini anda.

Adakah selamat untuk mengambil Mucothiol semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil Mucothiol®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Mucothiol?

Beberapa kesan sampingan yang biasa termasuklah:

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk berlaku semasa mengambil Mucothiol®.

  • Ruam
  • Geligata (Hives)
  • Gatal
  • Kesukaran bernafas
  • Sesak dada
  • Bengkak di bahagian mulut, muka, bibir, atau lidah
  • Darah dalam najis
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Simptom gula dalam darah rendah (contohnya, pening, mengantuk, pengsan, lemah, rasa lapar, kerap berpeluh, sakit kepala, menggigil, tangan menggeletar)
  • Muntah yang kelihatan seperti darah atau serbuk kopi

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Mucothiol?

Mucothiol® mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Mucothiol?

Mucothiol® mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Mucothiol?

Mucothiol® mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Ulser perut yang aktif (ulser peptik)
  • Sejarah ulser perut

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Mucothiol yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang disyorkan ialah 1-2 tutup botol atau 1-2 sudu teh 3 atau 4 kali sehari.

Apakah dos Mucothiol yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak 7-12 tahun:

Dos yang disyorkan ialah ½-1 sudu teh 3 atau 4 kali sehari.

2-6 tahun:

Sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor.

Apakah bentuk penyediaan Mucothiol

Mucothiol® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet 200mg
  • Larutan

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos mucothiol®, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018