Mucosulvan® (ambroxol HCL)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Mucosulvan® (ambroxol HCL) Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan Mucosulvan

Apakah kegunaan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?

Mucosulvan lazimnya digunakan untuk penyakit trakeobronkitis, emfisema bersama bronkitis pneuconiosis, penyakit kronik radang paru-paru, bronchiectasis, bronkitis bersama bronkospasm asma.

Bagaimanakah saya harus mengambil Mucosulvan® (ambroxol HCL)?

Ambil ia melalui mulut. Ambillah ia seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau seperti yang maklumat yang tertera di luar kotak produk. Dos adalah berdasarkan penyakit anda. Sila maklumkan doktor anda jika keadaan anda tidak berkurang atau menjadi lebih teruk.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Mucosulvan atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?

Perut anda mungkin akan mempunyai masalah ketika menggunakan ubat ini.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?

Mucosulvan mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius.

Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?

Mucosulvan mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Mucosulvan® (ambroxol HCL)?

Mucosulvan akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Mucosulvan.

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos harian ialah 30mg (satu tablet) sehingga 120mg (4 tablet), diambil secara 2 ke 3 dos berasingan.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

  • Kanak-kanak berumur 2 tahun: setengah sudu teh sirap dua kali sehari
  • Kanak-kanak dari 2 ke 5 tahun: setengah sudu teh sirap 3 kali sehari
  • Kanak-kanak 5 tahun ke atas: satu sudu teh 2 ke 3 kali sehari

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa.

Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 20, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mac 31, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut