Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Motilium® biasanya digunakan untuk merawat keadaan berikut bagi orang dewasa:
Jangan ambil ubat yang meneutralkan asid perut atau ubat yang mengurangkan penghasilan asid perut dalam masa 2 jam selepas mengambil Motilium®. Ini kerana asid perut yang mencukupi diperlukan bagi memastikan Motilium® dapat diserap dengan baik oleh badan.
Motilium® bagus diambil 15 hingga 30 minit sebelum makan, dan jika perlu sebelum tidur.
Jika anda tidak memahami arahan yang disediakan sekali dengan ubat ini, tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan bantuan.
Motilium® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Motilium® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Motilium® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Motilium® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.
Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:
Anda tidak boleh hadam laktosa yang mana merupakan gula yang boleh dijumpai di dalam susu dan produk susu.
Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, seperti:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Motilium® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:
Motilium® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.
Motilium® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.
Terutamanya jika anda mengalami:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos biasa bagi orang dewasa ialah satu tablet tiga kali sehari.
Bagi mual dan muntah, ubat ini biasanya digunakan selama maksimum 1 minggu.
Tempoh awal rawatan bagi keadaan lain adalah sehingga maksimum 4 minggu.
Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Motilium® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Motilium®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen