Apa itu moriamin-s-2?

Oleh

Nama AM: Moriamin S 2 Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Moriamin S 2 ?

Moriamin® S 2 biasanya digunakan untuk hipoproteinemia (kurang protein dalam darah), kurang zat makanan, serta untuk sebelum dan selepas pembedahan.

Bagaimanakah kegunaan Moriamin S 2?

Ubat ini akan disuntik oleh doktor anda.

Kelajuan kemasukan sebaiknya sekitar 10g amino asid dalam masa 60 min untuk penggunaan di dalam badan; biasanya mencapai 200 mL dalam 80-100 min (lebih kurang 30-40 titis / min) untuk orang dewasa, dan lebih perlahan untuk kanak-kanak, orang tua, dan pesakit dengan masalah serius.

Ia boleh diselaraskan bergantung kepada umur, simptom dan berat badan pesakit, tetapi dos D-sorbitol perlu <100 g setiap hari.

Bagaimana saya menyimpan Moriamin S 2?

Moriamin® S 2 lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan Moriamin® S 2 dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama Moriamin® S 2 berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam Moriamin® S 2 ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Moriamin S 2?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam Moriamin® S 2.
  • Anda hamil, merancang untuk hamil, atau menyusukan anak.
  • Anda sedang mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau makanan sampingan.
  • Anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain.

Memandangkan fungsi badan biasanya berkurang dalam pesakit tua, langkah berjaga-jaga perlu diambil seperti mengurangkan kelajuan kemasukan ubat dan dos.

Selain itu, terdapat beberapa amaran untuk perhatian anda:

  • Sebelum kemasukan: penghabluran boleh berlaku dalam suhu sejuk; dalam hal sedemikian, panaskan larutan 50-60 ° C, dan selepas melarut, biarkan ia sejuk hingga hampir kepada suhu badan sebelum digunakan.
  • Jangan gunakan jika kandungan tidak jernih dan lutsinar.
  • Jangan sekali-kali menggunakan baki ubat yang tinggal selepas digunakan.
  • Penyediaan: Moriamin® S-2 dalam ampul perlu dibuka dengan menarik leher ampul ke arah yang bertentangan dengan tanda biru. Jangan menggunakan alat tertentu untuk membukanya. Sebelum membuka ampul, lap leher ampul dengan kapas yang dibasahkan dengan etanol untuk mengelakkan pencemaran dengan bendasing.
  • Kelajuan kemasukan: Masukkan perlahan-lahan ke dalam vena.
  • Bebuli (vial) 200-mL dan 500 mL tidak mempunyai tiub saluran udara. Untuk mengelakkan kebocoran, jarum perlu dimasukkan sejurus sebelum titisan infusi.

Adakah selamat untuk mengambil Moriamin S 2 semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tidak ada maklumat yang cukup tentang keselamatan penggunaan Moriamin® S 2 semasa mengandung dan penyusuan. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil Moriamin® S2.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Moriamin S 2?

Apabila menggunakan ubat ini, maklumkan doktor jika anda mengalami kesan sampingan, seperti:

  • Ruam
  • Loya
  • Muntah
  • Dada tidak selesa
  • Degupan jantung laju
  • Menggigil
  • Demam
  • Rasa panas
  • Sakit kepala
  • Sakit di pembuluh darah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Moriamin S 2?

Moriamin® S 2 mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Moriamin S 2?

Moriamin® S 2  mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Moriamin S 2?

Moriamin® S 2 mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Asidosis teruk
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Koma hepatik (koma disebabkan masalah hati)
  • Masalah buah pinggang yang teruk atau hiperazotemia (nitrogen tinggi dalam darah)
  • Metabolisme asid amino yang tidak normal
  • Intoleransi fruktosa yang diwarisi

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Moriamin S 2 yang disyorkan untuk dewasa?

Selalunya suntikan perlahan-lahan 20-500 mL IV sekali sahaja atau dengan titisan IV.

Apakah dos Moriamin S 2 yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit pediatrik belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Moriamin S 2

Moriamin® S 2 boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Larutan infusi 20 mL

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Moriamin® S 2, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 7, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut