Monistat

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Monistat Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Monistat?

Monistat® biasanya digunakan untuk merawat jangkitan yis vagina. Salap tioconazole dapat mengurangkan rasa seperti terbakar, gatal-gatal, dan lelehan pada vagina yang mana boleh berlaki dengan keadaan ini. Ini adalah ubat antifungal azole. Ia berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan yis (fungal) yang menyebabkan jangkitan ini.

Bagaimanakah kegunaan Monistat?

Jika anda menggunakan ubat ini tanpa preskripsi untuk merawat sendiri, baca semua arahan pada bungkusan produk sebelum menggunakan ubat ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan, rujuk ahli farmasi anda. Jika doktor anda telah mempreskripsi ubat ini, guna seperti yang diarahkan.

Produk ini untuk kegunaan vagina sahaja. Basuh tangan anda sebelum dan selepas guna. Elakkan daripada menyentuh salap ini pada mata anda. Jika ubat ini termasuk ke dalam mata anda, terus basuh dengan air yang banyak. Hubungi doktor anda jika iritasi mata masih berlaku.

Dos berdasarkan keadaan perubatan anda dan tindak balas terhadap rawatan.

Produk ini biasanya diberi sebagai dos tunggal sebelum tidur atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Baca semua arahan penyediaan dan penggunaan  pada bungkusan produk. Baringkan belakang anda dengan kaki rapat ke dada. Masukkan aplikator yang diisi dengan ubat ke dalam vagina sedalam yang anda selesa. Tekan perlahan-lahan pelocok aplikator bagi mengeluarkan dos penuh salap ini. Jika anda mengalami rasa seperti terbakar/gatal di sekeliling vagina (vulva), anda juga boleh menyapu sedikit salap ini pada kawasan tersebut.

Jangan guna tampon, douche, spermatisid, atau produk vagina lain semasa menggunakan ubat ini. Lampin sanitari tanpa wangian boleh digunakan semasa haid atau bagi melindungi pakaian anda daripada terkena ubat ini.

Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik selepas 3 hari atau berlaku lebih daripada 7 hari. Beritahu doktor anda jika jangkitan anda kembali dalam masa 2 bulan. Anda mungkin memerlukan ubat yang lain atau ubat tambahan bagi merawat keadaan anda.

Bagaimana saya menyimpan Monistat?

Monistat® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Monistat® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Monistat® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Monistat® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Monistat?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Monistat® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai alahan terhadap ubat ini; atau agen antifungal azole yang lain (seperti clotrimazole, fluconazole); atau jika anda mempunyai sebarang alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif, yang mana boleh menyebabkan reaksi alahan atau masalah lain. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berikut, rujuk doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat ini: diabetes, masalah sistem imun (seperti HIV-AIDS), kerap mengalami jangkitan yis vagina (lebih daripada 3 kali dalam 6 bulan atau 4 kali dalam 1 tahun).

Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi anda mengenai semua produk yang anda guna (termasuk ubat dipreskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba).

Tanya doktor anda sama ada anda boleh melakukan hubungan kelamin semasa menggunakan produk ini. Produk ini boleh melemahkan produk getah (seperti getah komdom, diaphragm, cawan servikal) dan menyebabkan kegagalan produk ini. Hal ini akan menyebabkan kehamilan. Oleh itu, jangan guna produk tersebut semasa rawatan dengan ubat ini dan selama 3 hari selepas rawatan selesai. Rujuk doktor anda mengenai jenis pelindungan/pencegah kehamilan (seperti kondom polyurethane) semasa tempoh ini.

Jangan guna ubat ini untuk rawatan sendiri jika anda sedang hamil. Semasa hamil, ubat ini hanya boleh digunakan apabila anda benar-benar perlu. Jika anda sedang hamil, ikut arahan doktor mengenai cara menggunakan aplikator bagi memasukkan ubat ini. Sila berbincang mengenai risiko dan manfaat ubat ini dengan doktor anda.

Adakah selamat untuk mengambil Monistat semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Monistat®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Sakit kepala atau rasa seperti terbakar/gatal-gatal/sakit pada vagina/uretra mungkin berlaku. Jika mana-mana kesan sampingan ini berlarutan atau bertambah teruk, segera beritahu doktor atau ahli farmasi anda.

Reaksi alahan yang sangat teruk terhadap ubat ini sangat jarang berlaku. Walau bagaimanapun, segera dapatkan perhatian perubatan jika anda mengalami sebarang simptom reaksi alahan yang serius termasuk: ruam, gatal/bengkak (terutamanya pada muka/lidah/kerongkong), pening yang teruk, sukar bernafas.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Monistat?

Monistat® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Monistat?

Monistat® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Monistat?

Monistat® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Monistat® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Salap

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Monistat®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018