MiraLAX

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: MiraLAX Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu MiraLAX?

MiraLax® adalah larutan laksatif yang boleh meningkatkan jumlah air di dalam saluran usus bagi merangsang pergerakan usus.

MiraLax® digunakan sebagai laksatif bagi merawat sembelit atau pergerakan tidak sekata usus yang kadang-kadang berlaku. MiraLax® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini,

Bagaimanakah kegunaan MiraLAX?

Guna MiraLax® seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang telah dipreskripsi oleh doktor anda. Jangan guna ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau sedikit atau lebih lama daripada yang disarankan.

Untuk menggunakan serbuk MiraLax®, sukat dos anda dengan penutup ubat di atas botol. Penutup ubat ini harus mengandungi tanda dos pada bahagian dalam penutup. Tuang serbuk ke dalam 4 hingga 8 auns minuman sejuk atau panas seperti air, jus, soda, kopi, atau teh. Kacau campuran ini dan terus minum. Jangan biarkan untuk kegunaan seterusnya.

MiraLax® akan menghasilkan pergerakan usus dalam masa 1 hingga 3 hari selepas menggunakan ubat ini. Polyethylene glycol 3350 biasanya menyebabkan najis lembut atau bahkan berair.

Jangan guna MiraLax® lebih daripada satu kali sehari. Hubungi doktor anda jika anda masih lagi sembelit atau tidak sekata selepas menggunakan ubat ini selama 7 hari berturut-turut.

Bagaimana saya menyimpan MiraLAX?

MiraLax® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan MiraLax® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama MiraLax® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang MiraLax® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan MiraLAX?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif MiraLax® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda tidak seharusnya menggunakan MiraLax® jika anda mengalami sekatan usus atau usus tersumbat. Jika anda mempunyai mana-mana keadaan ini, anda akan berhadapan dengan kesan sampingan MiraLax® yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Individu yang mempunyai gangguan makan (seperti anoreksia atau bulimia) tidak seharusnya menggunakan MiraLax® tanpa nasihat doktor.

Sebelum mengambil MiraLax®, beritahu doktor anda jika anda mempunyai alahan pada mana-mana ubat, atau jika anda mempunyai kolitis ulseratif, sindrom iritasi usus, penyakit buah pinggang, mual atau muntah berserta sakit perut yang teruk, atau jika anda mengalami perubahan secara tiba-tiba terhadap tabiat usus yang berlaku selama 2 minggu atau lebih.

MiraLax® akan menghasilkan pergerakan usus dalam masa 1 hingga 3 hari selepas menggunakan ubat ini. Polyethylene glycol 3350 biasanya menyebabkan najis lembut atau bahkan berair.

Jangan guna MiraLax® lebih daripada satu kali sehari. Hubungi doktor anda jika anda masih lagi sembelit atau tidak sekata selepas menggunakan ubat ini selama 7 hari berturut-turut.

Adakah selamat untuk mengambil MiraLAX semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan MiraLax® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil MiraLax®. MiraLax® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan perhatian perubatan jika anda mengalami sebarang tanda reaksi alahan terhadap MiraLax®: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Berhenti mengambil ubat ini dan segera hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Cirit birit teruk atau berdarah
  • Rektum berdarah
  • Terdapat darah di dalam najis anda
  • Sakit perut yang teruk atau bertambah teruk

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuklah:

  • Kembung, angin, perut tidak selesa
  • Pening
  • Banyak berpeluh

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas MiraLAX?

MiraLax® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas MiraLAX?

MiraLax® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan MiraLAX?

MiraLax® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Mual, muntah, atau sakit perut yang teruk
  • Kolitis ulseratif
  • Sindrom iritasi usus
  • Penyakit buah pinggang

Jika anda mengalami perubahan secara tiba-tiba terhadap tabiat usus yang berlaku selama 2 minggu atau lebih.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Sembelit:

17 g (dicairkan dalam 8 auns cecair air, jus, soda atau kopi) secara oral sekali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa bagi pediatrik untuk Penyediaan Usus:

Sembelit sekali sekala:

  • Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 6 bulan: 0.5 hingga 1.5 g/kg setiap hari (dos awal 0.5 g/kg; titrat hingga berkesan)
  • Dos maksimum: 17 g/hari

Asakan Najis:

  • Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun: 1 hingga 1.5 g/kg setiap hari selama 3 hari
  • Dos maksimum: 100 g setiap hari

Penyediaan Usus:

  • Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 2 tahun: 1.5 g/kg/hari
  • Dos maksimum: 100 g setiap hari

Dos biasa bagi pediatrik untuk Sembelit – akut:

Sembelit sekali sekala:

  • Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 6 bulan: 0.5 hingga 1.5 g/kg setiap hari (dos awal 0.5 g/kg; titrat hingga berkesan)
  • Dos maksimum: 17 g/hari

Asakan Najis:

  • Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun: 1 hingga 1.5 g/kg setiap hari selama 3 hari
  • Dos maksimum: 100 g setiap hari

Penyediaan Usus:

  • Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 2 tahun: 1.5 g/kg/hari
  • Dos maksimum: 100 g setiap hari

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

MiraLax® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Serbuk

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos MiraLax®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.