backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Midol

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Midol?

Midol® biasanya digunakan untuk kelegaan sementara waktu bagi simptom-simptom yang dikait dengan haid: kekejangan; kembung; berat badan bertambah disebabkan air; sakit kepala; sakit belakang; sakit otot; letih.

Midol® boleh dipreskripsi untuk kegunaan lain, tanya, doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Midol?

Ambil Midol® melalui mulut dengan segelas penuh air, jangan kunyah atau pecahkan ubat ini, telan kaplet sepenuhnya.

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda.

Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau sedikit atau lebih lama daripada yang disarankan.

Tanya pembekal rawatan kesihatan anda sebarang soalan yang mungkin anda ada mengenai cara menggunakan Midol®.

Bagaimana saya menyimpan Midol?

Midol® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Midol® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Midol® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Midol® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Midol?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Midol® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda harus menghadkan penggunaan ubat, makanan atau minuman yang mengandungi kafein kerana terlalu banyak kafein boleh menyebabkan gementar, cepat marah, sukar tidur, dan sekali sekala, degupan jantung laju. Dos yang disarankan bagi ubat ini mengandungi kafein dalam kuantiti seperti secawan kopi.

Adakah selamat untuk mengambil Midol semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Midol® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Midol®. Midol® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan, yang mungkin akan anda alami apabila menggunakan Midol®:

  • Mengantuk
  • Keterujaan boleh berlaku, terutamanya pada kanak-kanak
  • Kerosakan hati yang teruk boleh berlaku jika anda mengambil:
    • Lebih daripada 6 kaplet dalam masa 24 jam, yang mana merupakan jumlah maksimum setiap hari bagi produk ini.
    • Dengan ubat lain yang mengandungi acetaminophen.
    • 3 atau lebih minuman beralkohol setiap hari semasa menggunakan produk ini.

Segera dapatkan perhatian perubatan jika sebarang kesan sampingan ini bertambah teruk dan anda mengalami salah satu daripada simptom berikut

  • Reaksi alahan (ruam; geligata; gatal-gatal; sukar bernafas; dada rasa ketat; bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah).
  • Simptom baru muncul
  • Terdapat kemerahan atau bengkak
  • Sakit bertambah teruk atau berlarutan lebih daripada 10 hari
  • Demam bertambah teruk atau berlarutan lebih daripada 3 hari

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Midol?

Midol® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Midol?

Midol® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Midol?

Midol® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Penyakit hati
  • Glaukoma
  • Sukar untuk kencing disebabkan oleh kelenjar prostat yang membesar
  • Masalah pernafasan seperti emfisema atau bronkitis kronik

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas:

  • Ambil 2 kaplet dengan air
  • Ulang semula setiap 6 jam, mengikut keperluan
  • Jangan melebihi 6 kaplet setiap hari

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Midol® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Kaplet Midol Acetaminophen 500 mg/Kafein 60 mg/Pyrilamine maleate 15 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Midol®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan