Mictasol Bleu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Mictasol Bleu Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Mictasol Bleu?

Mictasol Bleu® biasanya digunakan untuk merawat methemoglobinemia dan jangkitan saluran urinari yang meningkat. Ubat ini bertindak sebagai antiseptik bersifat sederhana dalam membunuh bakteria pada saluran urinari. Anda juga akan disarankan untuk menggunakan antibiotik bagi merawat jangkitan saluran urinari.

Bagaimanakah kegunaan Mictasol Bleu?

Ambil Mictasol Bleu® melalui mulut dan seperti yang telah diarahkan. Jangan ambil ubat ini terlalu banyak atau kurang atau lebih kerap daripada yang diarahkan pada label bungkusan atau disarankan oleh doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan Mictasol Bleu?

Mictasol Bleu® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Mictasol Bleu® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Mictasol Bleu® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Mictasol Bleu® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Mictasol Bleu?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Mictasol Bleu® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda bercadang untuk menggunakan ubat ini kepada kanak-kanak atau orang tua.
  • Anda sedang mengalami, atau pernah mengalami penyakit berikut: penyakit buah pinggang atau kekurangan dehidrogenase glukosa-6-fosfatade (G6PD).

Adakah selamat untuk mengambil Mictasol Bleu semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Mictasol Bleu®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini.

  • Urin berwarna hijau
  • Masalah deria rasa
  • Rasa panas
  • Pening
  • Banyak berpeluh
  • Mual
  • Warna kulit berubah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Mictasol Bleu?

Mictasol Bleu® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Mictasol Bleu?

Mictasol Bleu® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Mictasol Bleu?

Mictasol Bleu® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan/ Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Methemoglobinemia

Methemoglobinemia disebabkan oleh ubat: 1 hingga 2 mg/kg secara intravena. Boleh diulang semula dalam masa 1 jam jika perlu.

Suntik dengan sangat perlahan secara intravena selama beberapa minit bagi mengelakkan kepekatan campuran yang tinggi daripada menghasilkan methemoglobin tambahan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Ensefalopati

Ensefalopati disebabkan oleh ifosfamide (penggunaan tanpa label): (Rawatan mungkin tidak perlu, ensefalopati akan bertambah baik dengan sendiri).

Pencegahan: 50 mg setiap 6 hingga 8 jam

Rawatan: 50 mg sebagai dos tunggal atau setiap 4 hingga 8 jam sehingga simptom hilang.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Mictasol Bleu® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet 20 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Mictasol Bleu®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Rujukan