Micardis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Micardis Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Micardis?

Micardis® digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi). Kadang kala ia diberi bersama ubat tekanan darah yang lain.

Micardis® juga digunakan untuk mengurangkan risiko strok, serangan jantung, atau kematian akibat masalah jantung bagi Individu yang berusia sekurang-kurangnya 50 tahun dengan faktor risiko gangguan jantung yang serius.

Bagaimanakah kegunaan Micardis?

Ambil Micardis® seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin sekali sekala akan mengubah dos anda bagi memastikan anda mendapat hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau sedikit atau lebih lama daripada yang disarankan.

Anda boleh ambil Micardis® dengan atau tanpa makanan.

Jangan hancur, kunyah atau pecahkan tablet Micardis®. Telan tablet ini sepenuhnya. Pastikan setiap tablet berada di dalam pek lepuh sehingga anda bersedia untuk mengambilnya. Koyak atau potong lepuh daripada keseluruhan bungkusan dan koyak bahagian belakang kertas pembalut. Tolak tablet melalui keranjang alumium untuk mengeluarkannya.

Ubat ini mengambil masa 2 hingga 4 minggu sebelum simptom anda bertambah baik. Pastikan anda menggunakan ubat ini seperti yang diarahkan dan beritahu doktor anda jika simptom anda tidak bertambah baik.

Bagaimana saya menyimpan Micardis?

Micardis® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Micardis® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Micardis® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Micardis® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Micardis?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Micardis® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jika anda mempunyai diabetes, jangan guna Micardis® dengan mana-mana ubat yang mengandungi aliskiren (Amturnide, Tekturna, Tekamlo, Valturna).

Anda juga perlu mengelakkan daripada mengambil Micardis® dengan aliskiren jika anda menghidapi penyakit buah pinggang.

Tekanan darah anda perlu dipantau selalu.

Anda mungkin mengalami tekanan darah yang sangat rendah semasa mengambil Micardis®. Hubungi doktor anda jika anda berasa sakit dengan muntah atau cirit birit, atau jika anda berpeluh lebih daripada biasa.

Jika anda sedang dirawat untuk tekanan darah tinggi, terus guna ubat ini walaupun anda sudah berasa sihat. Tekanan darah tinggi selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom. Anda mungkin perlu menggunakan ubat tekanan darah sepanjang hidup anda.

Adakah selamat untuk mengambil Micardis semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Micardis® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Micardis®. Micardis® termasuk dalam risiko hamil kategori D, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan-kesan sampingan yang biasa berlaku termasuk:

  • Hidung tersumbat
  • Sakit pada sinus
  • Sakit belakang
  • Cirit birit

Segera beritahu doktor anda jika anda mengalami simptom-simptom ini:

  • Rasa kepala ringan, seperti anda mahu pitam
  • Kurang atau tidak kencing
  • Bengkak
  • Turun berat badan dengan mendadak
  • Tinggi potassium (kadar degupan jantung perlahan, nadi lemah, otot lemah, rasa kebas)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Micardis?

Micardis® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Digoxin
  • Litium
  • Diuretik atau “pil air”
  • NSAID (ubat antiradang tanpa streoid), aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, atau meloxicam, dan lain-lain
  • Ramipril atau ubat tekanan darah yang lain

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Micardis?

Micardis® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Micardis?

Micardis® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

  • Penyakit buah pinggang (atau jika anda menjalani dialisis)
  • Penyakit hati
  • Penyakit jantung
  • Dehidrasi
  • Diet rendah garam

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Hipertensi:

Dos awal ialah 40 mg secara oral sekali sehari dengan atau tanpa makanan, dengan jumlah intravsskular yang mencukupi.

Dos pengekal ialah 20 mg hingga 80 mg secara oral sekali sehari.

Mengurangkan risiko kardiovaskular

Mengurangkan risiko kardiovaskular bagi pesakit yang tidak boleh mengambil perencat ACE: 80 mg secara oral sekali sehari dengan atau tanpa makanan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Micardis® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet 20 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Micardis®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut