Apa itu mexiletine-hydrochloride?

Oleh

Nama AM: Mexiletine Hydrochloride Jenama: Mexiletine Hydrochloride.

Kegunaan

Apa kegunaan Mexiletine Hydrochloride ?

Mexiletine adalah ubat antiaritmik yang digunakan untuk merawat sesetengah masalah ritma jantung tidak normal yang mengancam nyawa. Ia berfungsi dengan menstabilkan rentak jantung apabila jantung berdegup terlalu cepat atau berada dalam ritma yang tidak teratur.

Bagaimanakah kegunaan Mexiletine Hydrochloride?

Ambil ubat ini melalui mulut dengan segelas penuh air, biasanya 2 hingga 3 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Ambil ubat ini dengan makanan atau antasid yang membantu mengurangkan kesan sampingan tertentu seperti loya atau pedih hulu hati. Tanya ahli farmasi anda jika anda mempunyai soalan mengenai antasid yang sesuai digunakan dengan ubat ini.

Gunakan ubat ini dengan kerap untuk mendapatkan kesan terbaik. Untuk membantu anda ingat, ambil pada masa yang sama setiap hari.

Maklumkan doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik atau jika menjadi lebih teruk.

Bagaimana saya menyimpan Mexiletine Hydrochloride?

Mexiletine hydrochloride lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan mexiletine hydrochloride dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama mexiletine hydrochloride berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam mexiletine hydrochloride ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Mexiletine Hydrochloride?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam mexiletine hydrochloride.
  • Anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak.
  • Anda mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain.

Adakah selamat untuk mengambil Mexiletine Hydrochloride semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan mexiletine hydrochloride semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil mexiletine hydrochloride. Mexiletine hydrochloride adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Mexiletine Hydrochloride?

Apabila menggunakan ubat ini, beberapa kesan sampingan ringan mungkin berlaku:

  • Pening
  • Pedih hulu hati
  • Loya dan muntah
  • Gemuruh
  • Tangan menggeletar
  • Kegoyahan atau kesukaran untuk berjalan
  • Penglihatan kabur
  • Merasa keliru
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Kebas atau kesemutan jari tangan dan kaki
  • Telinga berdengung
  • Ruam kulit
  • Pertuturan tidak jelas
  • Masalah tidur
  • Keletihan atau rasa lemah yang luar biasa

Jika sebarang kesan sampingan yang berikut berlaku semasa mengambil Mexiletine, rujuk dengan doktor atau jururawat anda secepat mungkin:

  • Anoreksia dan dispepsia (masalah pencernaan)
  • Tangan menggeletar
  • Kehilangan ingatan jangka pendek
  • Lesu
  • Sawan
  • Hilang kesedaran
  • Degupan jantung laju dan sakit dada
  • Pengsan
  • Tekanan darah rendah
  • Tekanan darah tinggi
  • Degupan jantung perlahan
  • Masalah konduksi jantung
  • Aritmia atrium
  • Edema
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Pruritis atau kegatalan keseluruhan badan
  • Kulit merah
  • Ruam Papular
  • Diplopia (pandangan berganda)
  • Nistagmus (Pergerakan bola mata tak terkawal)
  • Psikosis
  • Halusinasi
  • Sesak nafas

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Mexiletine Hydrochloride?

Mexiletine hydrochloride mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Ubat yang mungkin bertindak balas dengan Mexilitine hydrochloride termasuklah:

  • Aspir 81 (aspirin)
  • Aspirin Kekuatan Rendah (aspirin)
  • Benadryl (diphenhydramine)
  • Coreg (carvedilol)
  • Coumadin (mexiletine hydrochloride)
  • Crestor (rosuvastatin)
  • Cymbalta (duloxetine)
  • Fish Oil (omega-3 asid lemak poli tak tepu )
  • Lasix (furosemide)
  • lipitor (atorvastatin)
  • Lyrica (pregabalin)
  • metoprolol succinate ER (metoprolol)
  • Nexium (esomeprazole)
  • Provigil (modafinil)
  • sotalol Hydrochloride AF (sotalol)
  • Synthroid (levotiroksina)
  • Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • Vitamin C (asid askorbik)
  • Vitamin D3 (cholecalciferol)
  • Xanax (alprazolam)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Mexiletine Hydrochloride?

Mexiletine hydrochloride mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Mexiletine Hydrochloride?

Mexiletine hydrochloride mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Masalah jantung (contohnya, sekat jantung atau sekat jantung AV, masalah konduksi jantung)
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Penggunaan perentak jantung (pacemaker)
  • Tekanan darah rendah
  • Masalah hati
  • Masalah sawan

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Methylthioninium Chloride yang disyorkan untuk dewasa?

Takikardia ventrikular

Dos permulaan: 200 mg setiap 8 jam jika aritmia tidak perlu dikawal secepat mungkin.

Jarak sekurang-kurangnya 2-3 hari sebelum mengubah dos adalah disyorkan.

Dos boleh diubah dalam lingkungan penambahan atau pengurangan 50 hingga 100 mg.

Aritmia

Dos yang disyorkan adalah 1.4 hingga 5 mg / kg / dos diberikan setiap 8 jam.

Mulakan dengan dos permulaan yang lebih rendah dan ubah berdasarkan kesan ubat dan kadar dalam serum darah yang dikehendaki.

Pelarasan dos untuk pesakit masalah hati

Pesakit dengan penyakit hati yang teruk mungkin memerlukan dos yang lebih rendah dan perlu dipantau dengan teliti.

Pelarasan dos

Kesan memuaskan boleh dicapai dalam kebanyakan pesakit dengan dos 200 hingga 300 mg diberikan secara lisan setiap 8 jam dengan makanan atau antasid. Jika tindak balas yang memuaskan tidak dapat dicapai pada 300 mg setiap 8 jam, dos 400 mg setiap 8 jam boleh dicuba.

Jika aritmia ventrikular perlu dikawal secepat mungkin, dos permulaan sebanyak 400 mg Mexiletine boleh diberikan, diikuti dengan dos 200 mg dalam lapan jam.

Apakah dos Methylthioninium Chloride yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit pediatrik belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Methylthioninium Chloride

Mexiletine hydrochloride boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Kapsul 50 mg, 150 mg, 200 mg, 250 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos mexiletine hydrochloride, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.