Methylprednisolone

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Methylprednisolone Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Methylprednisolone?

Methylprednisolone digunakan untuk merawat keadaan seperti artritis, gangguan darah, reaksi alahan teruk, kanser tertentu, keadaan mata, penyakit kulit/buah pinggang/usus/paru-paru, dan gangguan sistem imun. Ubat ini dapat mengurangkan tindak balas sistem imun anda terhadap pelbagai penyakit bagi mengurangkan simptom seperti bengkak, sakit, reaksi jenis alahan. Ubat ini merupakan hormon kortikosteroid.

Methylprednisolone juga boleh digunakan dengan ubat-ubat lain dalam gangguan hormon.

Bagaimanakah kegunaan Methylprednisolone?

Ambil ubat ini melalui mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda, biasanya dengan makanan atau susu. Ikut arahan dos anda dengan berhati-hati. Dos dan tempoh rawatan berdasarkan keadaan kesihatan anda dan tindak balas terhadap rawatan. Terdapat jadual dos yang berbeza untuk ubat ini. Jika anda tidak mengambil dos yang sama setiap hari atau jika anda mengambil ubat ini pada setiap hari yang berlainan, anda boleh menanda semua ini pada kalendar sebagai peringatan untuk anda. Rujuk doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang soalan.

Jangan tambah dos anda atau guna ubat ini lebih kerap atau lebih lama daripada yang telah dipreskripsi. Keadaan anda tidak akan bertambah baik dengan lebih cepat, dan risiko kesan sampingan anda akan semakin bertambah.

Jangan berhenti mengambil ubat ini tanpa merujuk doktor anda terlebih dahulu. Sesetengah keadaan akan bertambah buruk atau anda akan mengalami simptom sarak (seperti lemah, hilang berat badan, mual, sakit otot, sakit kepala, letih, pening) apabila ubat ini dihentikan secara tiba-tiba. Untuk mencegah simptom sarak semasa mahu berhenti daripada methylprednisolone, doktor anda akan mengurangkan dos anda secara beransur-ansur. Rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut dan laporkan sebarang reaksi sarak dengan segera. Lihat juga pada bahagian Langkah Berjaga-jaga.

Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik atau jika ia bertambah buruk.

Bagaimana saya menyimpan Methylprednisolone?

Methylprednisolone paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan methylprednisolone di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama methylprednisolone yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang methylprednisolone ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Methylprednisolone?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif methylprednisolone atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai jangkitan fungi (selain daripada kulit anda), jangan ambil methylprednisolone tanpa memberitahu doktor anda.
  • Anda menghidapi atau pernah menghidapi penyakit hati, buah pinggang, usus atau jantung; diabetes; kelenjar tiroid kurang aktif; tekanan darah tinggi; penyakit mental; miastenia gravis; osteoporosis; jangkitan mata herpes; sawan; tuberkulosis (TB); atau ulser.
  • Anda akan menjalani pembedahan, termasuk pembedahan gigi, beritahu doktor atau doktor gigi anda bahawa anda sedang mengambil methylprednisolone.
  • Anda mempunyai sejarah ulser atau mengambil dos aspirin yang banyak atau ubat artritis yang lain, hadkan pengambilan minuman beralkohol semasa anda mengambil ubat ini. Methylprednisolone membuatkan perut dan usus anda lebih mudah terkesan dengan iritasi alkohol, aspirin, dan ubat artritis tertentu. Kesan ini akan meningkatkan risiko ulser anda.

Adakah selamat untuk mengambil Methylprednisolone semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan methylprednisolone semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil methylprednisolone. Methylprednisolone termasuk dalam risiko hamil kategori B, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan perhatian perubatan jika anda mengalami sebarang tanda reaksi alahan ini: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Segera hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Penglihatan kabur, penglihatan berterowong, sakit mata, atau melihat halo di sekeliling cahaya.
  • Sesat nafas (walaupun dengan menggunakan sedikit tenaga), bengkak, berat badan bertambah.
  • Depresi teruk, perubahan personaliti, pemikiran atau tingkah laku yang tidak seperti biasa.
  • Najis berdarah atau seperti tar, batuk atau muntah darah seperti kopi kisar.
  • Sawan (konvulsi).
  • Potassium rendah (keliru, kadar degupan jantung tidak sekata, sangat haus, kerap kencing, ketakselesaan kaki, otot lemah atau rasa tempang.

Kesan sampingan yang biasa berlaku termasuk:

  • Sakit kepala.
  • Sakit atau lemah otot yang sederhana.
  • Ketakselesaan perut, kembung.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Methylprednisolone?

Methylprednisolone boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Aspirin (diambil untuk keperluan harian atau pada dos yang tinggi)
  • Cyclosporine
  • Insulin atau ubat diabetes yang lain
  • Wort John
  • Ubat antifungi – itraconazole, ketoconazole
  • Ubat HIV/AIDS – efavirenz, nevirapine, ritonavir
  • Ubat sawan – phenobarbital, phenytoin, dan lain-lain
  • Ubat tuberkulosis – rifabutin, rifampin, rifapentine

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Methylprednisolone?

Methylprednisolone mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Methylprednisolone?

Methylprednisolone akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Katarak
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Sindron Cushing (masalah kelenjar adrenal)
  • Diabetes
  • Jangkitan mata
  • Glaukoma
  • Hiperglisemia (gula dalam darah tinggi)
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi)
  • Jangkitan (contoh, bakteria, virus atau fungi)
  • Perubahan mood, termasuk depresi
  • Miastenia gravis (lemah otot yang teruk)
  • Osteoporosis (tulang lemah)
  • Ulser peptik
  • Perubahan personaliti
  • Masalah perut atau usus (contoh, divertikulitis, kolitis ulseratif)
  • Tuberkulosis, tidak aktif
  • Jangkitan fungi

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Rinitis Alahan

acetate: 80 hingga 120 mg intraotot sahaja.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Lesi Dermatologik

acetate: 40 hingga 120 mg intraotot setiap minggu selama 1 hingga 4 minggu.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Artritis Reumatoid

Acetate: 40 hingga 120 mg intraotot setiap minggu.

Sendi besar: 20 hingga 80 mg intraartikular.

Sendi sederhana: 10 hingga 40 mg intraartikular.

Sendi kecil: 4 hingga 10 mg intraartikular.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Sindrom Adrenogenital

Acetate: 40 mg intraotot setiap 2 minggu.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Antiradang

4 hingga 48 mg/hari secara oral.  

Sodium succinate: 10 hingga 40 mg intravena selama 1 hingga beberapa minit. Beri dos seterusnya melalui IV atau IM.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Kejutan

30 mg/kg IV diulang semula setiap 4 hingga 6 jam atau 100 hingga 250 mg IV diulang semula setiap 2 hingga 6 jam.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Imunotindasan

4 hingga 48 mg secara oral setiap hari.

2 hingga 2.5 mg/kg setiap hari melalui IV atau IM, dikurangkan secara perlahan-lahan selama 2 hingga 3 minggu atau 250 hingga 1,000 mg IV sekali sehari atau pada hari yang berselang untuk 3 hingga 5 dos.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Asma – Akut

Eksaserbasi asma (rawatan kecemasan perubatan atau dos hospital):

Oral atau IV: 40 hingga 80 mg/hari dalam dos yang dibahagi 1 hingga 2 kali/hari sehingga kadar alir ekspiratori puncak 70% yang dijangka atau rekod terbaik peribadi.

Tempoh pendek “ledakan” (asma akut):

Oral: 40 hingga 60 mg/hari dalam dos yang dibahagi 1 hingga 2 kali/hari selama 3 hingga 10 hari; Nota: Ledakan perlu diteruskan sehingga simptom hilang dan kadar alir ekspiratori puncak sekurang-kurangnya 80% daripada rekod terbaik peribadi; biasanya memerlukan 3 hingga 10 hari rawatan (lebih kurang dalam anggaran 5 hari); rawatan yang lebih lama mungkin diperlukan.

IM (acetate): 240 mg sebagai dos satu masa(Nota: Dos ini boleh diberi dalam tempok pendek “ledakan” oral steroid bagi pesakit yang sedang muntah atau jika terdapat masalah dalam mematuhi arahan).

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Asma – Pengekal

Oral: 7.5 hingga 60 mg diberi setiap hari sebagai dos tunggal pada waktu pagi atau setiap hari yang berlainan mengikut keperluan untuk kawalan asma.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa bagi pediatrik untuk Antiradang

Sodium succinate: tidak kurang daripada 0.5 mg/kg/24 jam intravena atau intraotot.

Terapi dos tinggi: 30 mg/kg intravena selama 10 hingga 20 minit. Boleh diulang semula setiap 4 hingga 6 jam, tetapi tidak melebihi 48 hingga 72 jam.

Dos biasa bagi pediatrik untuk Asma – Akut

Sehingga umur 11 tahun:

Eksaserbasi asma (rawatan kecemasan perubatan atau dos hospital):

Oral atau IV: 1 hingga 2 mg/kg/hari dalam dos yang dibahagi (maksimum: 60 mg/hari) sehingga kadar alir ekspiratori puncak 70% yang dijangka atau rekod terbaik peribadi.

Tempoh pendek “ledakan” (asma akut):

  • Oral: 1 hingga 2 mg/kg/hari dalam dos yang dibahagi 1 hingga 2 kali/hari selama 3 hingga 10 hari; Nota: Ledakan perlu diteruskan sehingga simptom hilang dan kadar alir ekspiratori puncak sekurang-kurangnya 80% daripada rekod terbaik peribadi; biasanya memerlukan 3 hingga 10 hari rawatan (lebih kurang dalam anggaran 5 hari); rawatan yang lebih lama mungkin diperlukan.
  • IM (acetate): Nota: Dos ini boleh diberi dalam tempok pendek “ledakan” oral steroid bagi pesakit yang sedang muntah atau jika terdapat masalah dalam mematuhi arahan:
    • Kanak-kanak yang berusia sehingga 4 tahun: 7.5 mg/kg sebagai dos satu masa; maksimum dos: 240 mg
    • Kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun: 240 mg sebagai dos satu masa.

11 tahun atau lebih tua:

Eksaserbasi asma (rawatan kecemasan perubatan atau dos hospital):

Oral atau IV: 40 hingga 80 mg/hari dalam dos yang dibahagi 1 hingga 2 kali/hari sehingga kadar alir ekspiratori puncak 70% yang dijangka atau rekod terbaik peribadi.

Tempoh pendek “ledakan” (asma akut):

  • Oral: 40 hingga 60 mg/hari dalam dos yang dibahagi 1 hingga 2 kali/hari selama 3 hingga 10 hari; Nota: Ledakan perlu diteruskan sehingga simptom hilang dan kadar alir ekspiratori puncak sekurang-kurangnya 80% daripada rekod terbaik peribadi; biasanya memerlukan 3 hingga 10 hari rawatan (lebih kurang dalam anggaran 5 hari); rawatan yang lebih lama mungkin diperlukan.
  • IM (acetate): 240 mg sebagai dos satu masa(Nota: Dos ini boleh diberi dalam tempok pendek “ledakan” oral steroid bagi pesakit yang sedang muntah atau jika terdapat masalah dalam mematuhi arahan).

Dos biasa bagi pediatrik untuk Asma – Pengekal

Sehingga umur 11 tahun:

0.25 hingga 2 mg/kg/hari diberi setiap hari sebagai dos tunggal pada waktu pagi atau setiap hari yang berlainan mengikut keperluan untuk kawalan asma.

11 tahun atau lebih tua:

Oral: 7.5 hingga 60 mg secara oral setiap hari diberi setiap hari sebagai dos tunggal pada waktu pagi atau setiap hari yang berlainan mengikut keperluan untuk kawalan asma.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Methylprednisolone boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Ampaian, Intraotot: 40 mg/mL, 80 mg/mL.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos methylprednisolone, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut