Methotrexate

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Methotrexate Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Methotrexate?

Methotrexate menganggu pertumbuhan sel-sel badan yang tertentu, terutamanya sel yang tumbuh dengan cepat, seperti sel kanser, sel tulang sumsum, dan sel kulit.

Methotrexate digunakan untuk merawat beberapa jenis kanser payudara, kulit, kepala dan leher, atau paru-paru. Ubat ini juga digunakan untuk merawat psoriasis dan artritis reumatoid.

Methotrexate juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Methotrexate?

Ambil methotrexate seperti yang telah dipreskripsi untuk anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang terlalu banyak atau sedikit atau lebih lama daripada yang disarankan.

Anda mesti menggunakan dos methotrexate yang tepat bagi keadaan anda. Methotrexate kadang-kadang diambil sekali atau dua kali seminggu dan bukan setiap hari. Ikut arahan pada label preskripsi anda. Sesetengah orang telah meninggal dunia selepas mengambil methotrexate setiap hari tanpa sengaja. Tanya doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai soalan mengenai dos atau kekerapan untuk mengambil ubat ini.

Guna methotrexate selalu bagi mendapat manfaat ubat ini sepenuhnya. Isi semula preskripsi anda sebelum anda betul-betul kehabisan ubat.

Methotrexate boleh mengurangkan sel darah yang membantu badan anda melawan jangkitan dan membantu darah anda untuk beku. Anda perlu selalu melakukan ujian darah dan kadang kala anda juga mungkin perlu menjalani biopsi hati. Rawatan kanser anda mungkin akan ditangguhkan berdasarkan keputusan ujian-ujian ini.

Bagaimana saya menyimpan Methotrexate?

Methotrexate paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan methotrexate di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama methotrexate yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang methotrexate ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Methotrexate?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif methotrexate atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai atau pernah mempunyai paras folat yang rendah di dalam darah anda.

Jika anda akan menjalani pembedahan, termasuk pembedahan gigi, beritahu doktor atau doktor gigi anda bahawa anda sedang mengambil methotrexate.

Elakkan cahaya matahari atau ultaviolet (katil pemerangan (tanning) dan lampu matahari) yang tidak perlu atau berpanjangan dan pakai pakaian pelindungan, kaca mata hitam, dan krim pelindung matahari. Methotrexate boleh membuatkan kulit anda sensitif terhadap cahaya matahari atau cahaya ultraviolet. Jika anda mempunyai psoriasis, kudis anda akan menjadi bertambah teruk jika kulit anda terdedah kepada cahaya matahari semasa anda sedang mengambil methotrexate.

Jangan ambil sebarang vaksin semasa menjalani rawatan dengan methotrexate tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Adakah selamat untuk mengambil Methotrexate semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan methotrexate semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil methotrexate. Methotrexate termasuk dalam risiko hamil kategori X, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Segera dapatkan perhatian perubatan jika anda mengalami sebarang tanda reaksi alahan ini: geligata; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Berhenti menggunakan methotrexate dan terus hubungi doktor anda jika anda mengalami mana-mana kesan sampingan serius ini:

  • Batuk kering, sesak nafas
  • Cirit birit, muntah, tompokan atau kudis putih di dalam mulut anda atau pada lidah anda
  • Darah di dalam urin atau najis anda
  • Kencing kurang daripada kebiasaan atau tidak kencing langsung
  • Demam, seram sejuk, sakit badan, simptom flu
  • Sakit kerongkong dan sakit kepala dengan lepuh, mengelupas, dan ruam merah pada kulit yang teruk
  • Kulit pucat, mudah kebam atau berdarah, lemah
  • Mual, sakit perut, demam bersuhu rendah, hilang selera makan, urin berwarna gelap, najis berwarna tanah liat, jaundis (kulit atau mata kekuningan)

Kesan-kesan sampingan yang kurang serius termasuk:

  • Mual, muntah, perut tidak selesa
  • Pening, rasa letih
  • Sakit kepala
  • Gusi berdarah
  • Penglihatan kabur

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Methotrexate?

Methotrexate boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Azathioprine
  • Leucovorin
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Theophylline
  • Antibiotik atau ubat sulfa
  • Isotretinoin, retinol, tretinoin
  • NSAID (ubat antiradang tanpa steroid) – ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, meloxicam, dan lain-lain
  • Salicylate – aspirin, Nuprin Backache Caplet, Kaopectate, KneeRelief, Pamprin Cramp Formula, Pepto-Bismol, Tricosal, Trilisate, dan lain-lain

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Methotrexate?

Methotrexate mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Methotrexate?

Methotrexate akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Penyalahgunaan alkohol
  • Anemia
  • Leukopenia (sel darah putih rendah)
  • Penyakit hati
  • Trombositopenia (paras platelet dalam darah rendah)
  • Sistem imun lemah
  • Asites (lebihan cecair pada kawasan perut)
  • Penyakit buah pinggang
  • Efusi pleura (lebihan cecair di dalam paru-paru)
  • Diabetes
  • Penyakit hati
  • Obesiti
  • Ulser peptik
  • Kolitis ulseratif (inflamasi kolon)
  • Jangkitan (bakteria, fungi, virus)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Leukemia Limfoblastik Akut

Induksi: 3.3 mg/m2/hari secara oral atau IM (berkombinasi dengan prednisone 60 mg/m2).

Pengekal (semasa remisi): 15 mg/m2 IM atau secara oral dua kali seminggu.

Dos remisi berselang: 2.5 mg/kg IV setiap 14 hari.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Koriokarsinoma

15 hingga 30 mg IM atau secara oral setiap hari selama 5 hari. Ulang siri rawatan ini 3 hingga 5 kali dengan tempoh rehat lebih atau sama dengan 1 minggu di antara setiap siri rawatan, sehingga sebarang simptom toksik yang berlaku hilang.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Penyakit Trofoblastik

15 hingga 30 mg IM atau secara oral setiap hari selama 5 hari. Ulang siri rawatan ini 3 hingga 5 kali dengan tempoh rehat lebih atau sama dengan 1 minggu di antara setiap siri rawatan, sehingga sebarang simptom toksik yang berlaku hilang.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Limfoma

Bagi tumor Burkitt di tahap I-II: 10 hingga 25 mg secara oral sekali sehari selama 4 to 8 hari.

Limfoma Maligna di tahap III: 0.625 hingga 2.5 mg/kg secara oral setiap hari sebagai sebahagian daripada kombinasi kimoterapi.

Rawatan bagi semua tahap biasanya terdiri daripada beberapa siri ubat yang diselangi dengan 7 hingga 10 hari tempoh berehat.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Leukemia Meninges

12 mg/m2 secara intratekal setiap 2 hingga 5 hari sehingga kiraan sel CSG kembali kepada normal. Pada waktu tersebut, dinasihatkan untuk beri satu lagi dos tambahan. Beri ubat pada selangan kurang daripada 1 minggu mungkin akan meningkatkan ketoksikan subakut.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Mycosis Fungoides

2.5 hingga 10 mg secara oral setiap hari atau 50 mg IM sekali seminggu atau 25 mg IM dua kali seminggu.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Osteosarkoma

Dos awal: 12 g/m2 secara intravena sebagai infusi 4 jam (dengan kombinasi bersama agen kimoterapeutik yang lain). Jika dos ini tidak mencukupi untuk mencapai puncak kepekatan serum 1000 mikromolar di hujung infusi, dos boleh ditambah kepada 15 g/m2.

Rawatan boleh dilakukan pada minggu ke-4, 5, 6, 7, 11, 12, 15, 16, 29, 30, 44, dan 45 selepas pembedahan.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Psoriasis

Dose Tunggal: 10 hingga 25 mg/minggu secara oral, subkutaneus, IM, or IV sehingga tindak balas secukupnya tercapai.

Dose Dibahagikan: 2.5 mg secara oral, IM, atau IV setiap 12 jam untuk 3 dos sekali seminggu.

Dos Maksimum setiap minggu: 30 mg.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Atritis Reumatoid

Dose Tunggal: 7.5 mg secara oral setiap minggu.  

Dose Dibahagikan: 2.5 mg secara oral setiap 12 jam untuk 3 dos sekali seminggu.

Dos Maksimum setiap minggu: 20 mg.

Dos biasa bagi orang dewasa untuk Penyakit Neoplastik

I.V.: Julat yang besar dari 30-40 mg/m2/minggu sehingga 100-12,000 mg/m2 dengan bantuan leucovorin.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos biasa bagi pediatrik untuk Leukemia Limfoblastik Akut

100 mg/m2 selama 1 jam diikuti dengan 35 jam infusi yang memasukkan 900 mg/m2/hari.

Dos biasa bagi pediatrik untuk Dermatomiositis

15 hingga 20 mg/m2 secara oral sekali seminggu.

Dos biasa bagi pediatrik untuk Leukemia Meninges

Kurang daripada 4 bulan: 3 mg/dos secara intratekal.

Lebih daripada atau sama dengan 4 bulan kurang daripada 1 tahun: 6 mg/dos secara intratekal.

Lebih daripada atau sama dengan 1 tahun kurang daripada 2 tahun: 8 mg/dos secara intratekal.

Lebih daripada atau sama dengan 2 tahun kurang daripada 3 tahun: 10 mg/dos secara intratekal.

Lebih daripada atau sama dengan 3 years: 12 mg/dos secara intratekal.

Dos boleh diberi setiap 2 hingga 5 hari sehingga kiraan CSF kembali normal diikuti dengan dos yang diberikan setiap seminggu sekali selama 2 minggu dan setiap bulan selepas itu.

Dos yang diberi pada selangan kurang daripada 1 minggu boleh meningkatkan ketoksikan subakut.

Dos biasa bagi pediatrik untuk Penyakit Neoplastik

7.5 hingga 30 mg/m2 IM atau secara oral setiap 2 minggu.

Dos berselang: 10 hingga 18,000 mg/m2 bolus IV atau infusi berterusan selama 6 hingga 42 jam.

Dos biasa bagi pediatrik untuk Atritis Reumatoid

5 hingga 15 mg/m2 IM atau secara oral sekali seminggu.

Suntikan subkuteneus bagi Atritis Poliartikular Juvenil Idiopatik: 10 mg/m2 secara subkutaneus sekali seminggu.

Dos biasa bagi pediatrik untuk Tumor Pejal  

Kurang daripada 12 tahun: 12000 mg/m2 IV.

Lebih daripada atau sama dengan 12 tahun: 8000 mg/m2 IV.

Dos maksimum: 18 gram.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Methotrexate boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Larutan, suntikan: 25 mg/mL

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos methotrexate, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu Jun 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda